Kerana Wanita Itu Indah

First, Thanks admin sebab approve confession aku ni.

Assalamualaikum semua.
Intro sekali. Nama manja aku Awang. Ya aku teruna. Jangan risau takde sape kenal aku. Sebab baru guna dlm confession ni.
Straight to the point. Sebenarnya aku teruja nak share dgn korg pasal perempuan. Leklu jangan ingat aku nak bash gadis2 di luar sana. Of course not sebab korang semua ‘indah’ di kaca mata lelaki aku.

Aku ni suka berkawan. Bila datang tempat baru aku senang dapat kawan baru. Maybe sebab aku peramah, ada gaya maskulin, senang masuk dengan perangai orang. And aku suka benda tu sebab aku banyak belajar tentang hidup dengan manusia2 ni. Aku jenis pemikir. Bila aku tengok gelagat manusia aku selalu bermonolog and fikir macam2. Part yang paling aku suka is PEREMPUAN.

OK. Aku nak confess satu benda yang tak berapa nak surprise kot bagi korang pompuan2 kt luar sana. Aku suka tengok body perempuan and imagine it. Dari dulu perangai aku macam setan smpailah sekarang aku baru nak berjinak2 ke masjid. Memang suka tengok benda2 yang ‘indah’ ni. Now tak mcm dululah. Aku belajar tundukkan pandangan tapi kadang tewas kak! Tak tengok rugi. Tertengok berdosa plak rasa. Brader2 kt luar sana takyah nak bajet2 ‘pebende ko citer bro, xsemua laki mcm kau’. Go to hell. Ntah2 otak kau lagi ‘blue’ dari aku. Sorry guys, i really have to say this. Sebab aku kesian dowh kat korang pompuan2 yg free2 bagi laki2 gampang mcm aku ni tgk body korang sebelum yang ‘selayaknya’ merasmikan. Korang takyah nak meroyan ‘kau patut tundukkan pandangan kau’. Eh kalau kau tak tunjuk aku tak tengok. Yes both parties must take part. Tapi kesian la kat kitorang laki2 yang douchebag ni kadang2 tewas sebab iman tak berapa tough.

Aku scroll fb semalam ad sorg minah up status “LAKI SEMUA PERVERT”. Tahniah dik, akhirnya kau terima jugak kenyataan tu. Itupon sebab kau melayan. Cuba kau tak layan, tak mungkin kau akan dapat up status tu kan? Kalau korang nak taw, memang fitrah laki2 ni pervert. Serius. Kau jumpa laki2 baik sebaik malaikat pon mesti ada kepervertan dye walaupon sebesar zarah. Sebab fitrah laki2 memang sebegitu kejadiannya. Aku xnak sentuh bab gay kat sini sebab dia dah lari dari fitrah. Damn. Ada sorg gay mintak kapel ngan aku semalam. What the hell, man. Aku straight. Aku nak yang indah.

Dulu, aku ada sorang member perangai na’uzubillah aku tak tau nak cakap apa. Supplier video porn bhai. Memang thorbaek waktu tu. Aku antara regular customer dye. Pikir balik memang setan perangai aku waktu tu. Kau nak video dari mana? Russia? Canada? Malaysia?India? Saudi arabia? semua hado. Aku pernah tanya member aku ni, “apsal kau tengok bende2 ni?”.Kau tau dia jawab apa? Ni ilmu bro. Cane kau nak buat ngan bini kau esok kalu kau pon blur tak tau nak start mcm mne. Macam gampang jawapan dia. Yang aku ni dulu tolol iyakan je jawapan dia. Memang seronok layan bende haram jadah tu. Kau try sekali memang nak lagi smpai kau ketagih. Tu yang smpai kau nak imagine je bila ada sorang dua awek hot tayang body pakai baju sendat, tudung pendek, high heels, mekap 2 inci, wangi plak tu lalu depan kau. Kalau awek tu tayang dia punya cleavage bonus bro!.

Nasihat aku, jangan kau start tengok porn. Susah beb nak stop. Wallahi. Aku ckp bnde betul bukan main2 nih. 2 bulan lepas Allah jentik hati aku nak tanya khabar member aku tu. Ntah tetibe. Sekali, dia dah join tabligh siot. MasyaaAllah tabarakallah. Aku salute kau bro. Betullah,hidayah milik Allah. Moga dia istiqamah tapi aku percaya dia still pervert tu. wakaka. ok gurau2. aku doakan iman dia makin tough setough nya badan dia.

Benda sekarang kami ni laki2 adalah insan yang lemah. Aku tak tau lah ada laki2 yang kuat imannya untuk tepis semua dugaan ni. Aku perhati skang ni memang trend budak2 baru nak up, upload gambar ngan balak masing2 ea? Ke dah lama trend ni aku je yg baru keluar gua? Siap buat video pegang tangan cium pipi wish surprise bufday party. wei budak sekolah kot. mak bapak kau hantar gi sekolah untuk belajar bukan bercinta. setakat nak admire sorg dua bolehla tapi smpai dh tahap show off dosa kau kt public memang melampau siot. kau ingat kau up-to-date sangatlah bila kapel2 nih. dah macam omputih lagaknya- “its really awkward when you get to know that your friend is still virgin”.tak ke mcm omputih tu.

aku pernah jadi cikgu tuisyen budak sekolah rendah. borak2 gelak ngan dorg memang best. dapat pulak seorang cikgu yang hensem lagi ceria mcm aku ni lagilah dorg suka. satu hari, lepas habis kelas ada 5 orang budak laki gelak2 kt belakang kelas sambil kemas buku memasing. aku curios nak tau. aku datang kt dorg and aku tanya apa yang korg gelak2 ni. sorang bdk ni cakap “teacher, ikmal cakap ‘barang’ cikgu lisa sedap”. lepastu dorg gelak ramai2. macam gampang bdk2 nih. kecik2 otak dah blue. rosak..rosak, pikir aku. tapi memang aku tak nafikan body cikgu lisa memang sedap mata memandang. setiap hari pakai baju adik. xcukup kain. budak2 ni takkan imagine yg bukan2 kalau cikgu lisa tak start tayang. mungkin cikgu lisa pon pikir, benda indah nak simpan2 buat apa? ye dok?

memang makin kuat dugaan nak jaga anak sekarang ni kalau kau takde ilmu agama once kau nak berumahtangga. aku percaya kalau korang laki bini didik anak2 dengan ilmu agama yg cukup, kau campaklah anak kau ke ceruk mana sekalipun insyaaAllah dia pandai jaga diri and Allah juga jaga dia. Kalau anak buat onar jugak check balik mne silap and mungkin itu dugaan bagi korang. Bersangka baik dengan Allah. Repent.

Berat bagi perempuan ni nak tutup aurat sepenuhnya. kan? Aku perhati member2 pompuan aku semua giler online shopping. design baju sekarang merapu meraban aku tengok. baju kurung kalu tak fit ikut bentuk badan tak sah. pendek lak tu. tak ke designer juga dapat saham dosa sama dengan si pemakai? yes kena ikut trend and fashion tapi niat tak menghalalkan cara dik. ada sorang member pompuan aku ni dulu tudung tutup dada. memang labuh. pakai stokin. sekarang stokin entah ke mana, tudung pon makin pendek menampakkan dua ‘bukit’nya. damn. aku sje perli dlm whatsapp ‘lawa dressup kau tadi. tapi tudung kau tadi salah pilih saiz ke?’ dye boleh jawab dengan selamba, “alaa, labuhlah tu…. ada orang lilit leher je. lagipun sesuailah ngan baju yang aku pakai tadi”.. alahai senangnya kau jawab. mcm mana kau nak jawab ngan Tuhan esok. Ya, kau nak ikut fashion boleh tapi observe betul2 aurat kau. apa guna kau dapat like beribu2 dalam IG kau pada masa yang sama kau mengundang murka Allah. eh lupa, benda indah buat apa nak sorok2? tak gitu?

Aku dalam proses rejuvenate iman aku. kerja as engineer bukan penghalang aku untuk mencari ilmu agama. selalu usha2 majlis ilmu sekitar KL sebab kalau aku tak isi masa aku dengan ta’lim, memang mengundang aku untuk buat bende2 yang tak berapa senonoh. tu je tips nya bang. kalau kau rasa nak stop bende2 haram jadah kau pegilah majlis ilmu. mula2 mmg susah tapi lama2 insyaaAllah hidayah Allah datang sebab kita mencari. Ada member aku cakap “busylah bro xde masa”. aku mampu cakap, masa lapang tu kau kena cari. bukan kau tunggu ada masa baru kau pergi. kalau nak tunggu kau punya masa lapang smpai bila bro?. aku selalu doa supaya Allah beri izin untuk aku hadiri majlis2 ilmu yang ada. byk group whatsapp fokus utk kuliah agama yang aku join. dorg byk share masjid2/surau2 yg buat kuliah agama. alhamdulillah Allah tunjuk jalan.

Allah tu maha Adil. Dia takkan kecewakan doa2 hambanya. Dia malu kalau tak beri apa2 pada hamba2nya yang meminta. aku akui aku dulu memang jahanam. tapi sejak aku join usrah ni rasa macam malaikat pulak. padahal itulah starting point aku nak kembali jadi setan balik. so anggap diri selalu ada dosa. alhamdulillah Tuhan beri hidayah pada aku sebelum nyawaku direnggut ajal. doakan aku istiqamah.

aku abang sulung. adik2 pompuan aku semua pelik bila aku tegur tudung dorg pendek. dorg pelik bhai. seolah2 ada seorang pencuri tegur kau jangan mencuri. and aku pernah kantoi layan porn depan dorg. damn it. kena bantai dengan tali pinggang ngn arwah bapak aku berbirat badan aku. aku buktikan yang aku dah berubah. dorg admit bende tu. and skang kalu dorg nak keluar make sure tutup aurat sempurna kalau tak, mmg makan pelempang aku. nak sidai baju tutup kepala. sepupu dtg umah, aku terus jerit ‘paklong datang ni!’. menggagau dorg cari tudung. bapak aku dah xde. so tanggungjawab atas aku. aku agk garang tapi hati ada manis. hehe… aku rasa mak aku org paling gembira dengan perubahan aku. aku rasa lah…kalu ya alhamdulillah. tapi terkilan tak sempat tunjuk kt bpk aku yg ank laki dia yg jahanam dulu ni sudah berubah. tsk. sedih bhai. meleleh air mata jantan aku bila teringat bpk aku. moga dia tenang disana.

Benda nak citer pasal aurat pompuan sebenarnya. sebab pening aku kdg2 xleh wat keje sebab bende2 mcm ni. eh, suara kau yang lembut tu pon boleh buat aku imagine mcm2 kau tau? shit. aku tau kau buat2 je suara lembut tu. sebab cara kau ckp ngan member pompuan kau xsama cara kau cakap ngn laki2. ladies, kemon. suara itu aurat. Aku ada sorang member mengaku depan aku memang dia naik ‘syeikh’ setiap kali dia gayut dgn awek dia. damn it. aku kapel gak tapi aku bukan jenis suka gayut2 nih. bukan type aku lah. tu yg ramai kot awek lari. kahkahkah. selamat akuu. kalu aku kaki gayut mcm dia nih ntah2 aku lagi teruk dari dia kot.

Panjang bhai aku cerita. sorry kalau bosan. saja nak mengisi malam2ku sambil mendengar alunan zikir sebaik pulang dari masjid tadi. aku ada blog tapi kantoi ar kalu aku share kat sini. wahaha. btw, aku ada usha sorang awek ni. kaki masjid, kaki bola mcm aku. haa… ni baru indah! niat dihati ingin menyunting si gadis. masih dalam proses istikharah and doakan urusan jodoh aku dipermudahkan. dah 30 tahun hidup bujang. nak gak merasa hidup berkeluarga mcm kwn2 aku. dorg semua kawen muda. alhamdulillah jodoh dorg smpai awal. tapi yang gampangnya dorg ckp jodoh aku lmbt sbb suka layan porno dulu. shit. wakaka. aku percaya jodoh tu Allah yang tentukan. kita hanya perlu iktiar,usaha,tawakkal,doa. yang lain biar Dia yang urus.

OK lah guys, aku tidur dulu. Esok ada appointment penting. Projek juta2 hehehe..alhamdulillah rezeki Tuhan. doakan aku istiqamah di jalan Allah ni guys please. inilah yg selalu aku mntk kt mak aku-doakan aku istiqamah.sorry confession byk carut. tapi tak heavy kan? mne yang baik, ambiklah buat pedoman. yang buruk abaikan..khilaf aku. ladies, tutup aurat sempurna okay? banyak mata2 keranjang kt luar sana yang spesies mcm aku suka tgk bnde2 indah ni.dorg tungu peluang je tu. kalau korg tak buka peluang tuh dorg takdelah nak tgk body korang dari atas smpai bwh.jaga diri okay? abang tidur dulu.

– Abang Yang Sikit Lagi Nak Sado

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit