Backpacking dengan jumlah yang ramai tidak menjadi masalah
Selalunya bila kita hendak ber ‘backpacking’ kita akan pastikan berapa orang yang akan bersama-sama dengan kita. Pada saya, cukup backpacking dengan jumlah 4 atau 5 orang kerana memudahkan lagi untuk kita bergerak.Tetapi baru-baru ini saya ber ‘backpacking’ dengan jumlah 8 orang. Oleh kerana, idea ke Labuan Cermin di Kalimantan Timur merupakan idea saya maka kebanyakan urusan seperti urusan dengan tour guide, membayar deposit, membeli tiket flight semua saya uruskan. Mula-mula saya setuju hanya 4 orang tetapi lama -kelamaan menjadi 8 orang. Mereka ini merupakan junior- junior saya waktu kami belajar hanya 2 orang sahaja yang baru saya kenal. Jujur saya katakan menguruskan 8 orang ni tidaklah susah, kerana mungkin kami sekepala dan tidak banyak kerenah. Banyak cabaran yang kami lalui seperti tidak cukup duit untuk membayar pakej, pada ketika itu hanya seorang saja dari kami yang mengaktifkan kad ATM mode oversea. Mahu tidak mahu kami meminta tolong sahabat itu menggunakan akuannya untuk mengeluarkan duit. Selain itu, cabarannya apabila perjalanan yang kami lalui sangat jauh. Itu juga tidak menjadi masalah bagi kami kerana kebanyakkan dari kami merupakan guru di pedalaman. Ada juga pada suatu malam di pulau, tiba-tiba tiada elektrik dan kami bergelap sehingga pagi. Itu juga tidak menjadi masalah kerana sudah biasa melalui keadaan itu di sekolah. Saya sangat berpuas hati menguruskan backpackers ini kerana tiada sedikit pun saya dengar mereka mengeluh itu dan ini. Pelbagai lagi cabaran kami hadapi dan ia betul- betul menuntut kesabaran. Kami sama – sama gembira dengan apa yang kami bawa balik. Betul kata orang, travel ini bukan tentang berapa banyak kita habiskan duit, tapi berapa banyak pengalaman yang kita bawa balik. Sebelum ni mungkin orang di luar sana tidak suka backpacking dengan jumlah yang ramai. Saya syorkan supaya mencuba dahulu, di situ kita kenal rakan-rakan kita. Kalau saya cadangkan memang lucu, tapi dengan jumlah yang ramai itu boleh dilantik pelbagai peranan contohnya AJK pengangkutan, AJK makanan, AJK kira-kira dan beberapa lagi yang dirasakan penting.Nampak lucukan? Tapi percayalah ia berguna sebenarnya. Selain melantik sifat tanggungjawab. Jadi jangan takut
ber’backpacking’ dengan jumlah yang ramai. Di sini, kita akan belajar pelbagai nilai terutama hormat dan sabar.
– Dian
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit