Assalamualaikum Admin dan readers semua.
Hari ni terlintas dihati aku untuk berkongsi rasa dan untuk meminta pendapat semua. Untuk pengetahuan aku baru sahaja graduate dari salah satu IPTA di Malaysia dalam jurusan engineering. Selepas dua bulan aq grad aku dipanggil untuk bekerja di area kuala lumpur. Bagi aku ini adalah rezeki yang tidak disangka sangka apabila aku apatah lagi ramai graduan diluar sana yang masih lagi tercari cari pekerjaan. Aku sangat bersyukur memandangkan ini adalah peluang aku untuk membantu keluarga aku dikampung. Ibu dan ayah aku telah menghabiskan banyak duit untuk menghantar aku ke kuala lumpur dari mencari rumah sewa, kenderaan dan duit belanja semuanya keluarga aku yang tanggung memandangkan duit simpanan aku tidak mencukupi. Jadi aku berasa sangat bersalah apabila menggunakan duit keluarga aku dan berazam untuk ganti balik semua duit tu nanti.
Untuk pengetahuan semua, aku adalah seorang yang gugup dan mudah nervous apabila berdepan dengan audience yang ramai. Aku cuba untuk mengatasi sedikit demi sedikit perasaan nervous dari zaman university dengan join kelab persatuan tapi perasaan tidak yakin itu tetap ada. Aku pasti kerja sebagai engineer harus mempunyai confidence level yang tinggi dan harus berani berdepan dengan semua orang. Jadi perasaan takut aku semakin menebal dan menyebabkan aku nervous dan takut. Ini menyebabkan aku menjadi pendiam apabila berada di dalam meeting. Masalah ini bertambah apabila staff lama di situ dingin dengan ku apabila terdengar isu gaji ku tinggi berbanding mereka yang sudah lama bekerja disitu. Aku boleh hidup sendirian, tiada teman semua, keseorangan, aku tak kisah. Aku tetap bertanya kepada mereka walaupun mereka kadang kadang buat muka meluat atau menyampah. Yela fresh graduate yang muda, apa la yang mereka pandang apatah lagi tersebar yang gaji aku lagi tinggi daripada mereka. Aku tak tahu dari mana mereka tahu. Aku juga tahu yang mereka bergosip di belakang ku tapi aku membuat muka tembok, muka tiada perasaan dan tetap bertanya apa yang aku tak faham. Yela kita baru dalam company jadi semua benda kita tidak tahu ibarat bayi baru lahir. Muka tiada perasaan tapi hati berdarah.
Apabila semua ini terjadi, aku menjadi stress. Aku membantu keluarga aku tetapi aku stress setiap kali mahu pergi kerja. Setiap malam aku nekad untuk bertahan tapi abapila sampai tempat kerja, perasaan untuk berhenti kerja itu tetap ada. Setiap hari aku berdoa, sebelum masuk kerja aku berdoa supaya aku dapat bertahan. Sebenarnya aku baru 2 minggu bekerja jadi aku rasa ni proses untuk aku adapt dengan semua ni. Adakah aku sorang yang rasa begini atau semua orang yang baru bekerja mengalami perasaan yang sama. aku beritahu keluarga aku yang aku stress kerja disini n keluarga aku tak kisah kalau aku berhenti tapi dalam hati aku tahu mereka tetap mengharapkan aku kekal kerja. Sebab itu aku harap aku dapat bertahan selagi aku mampu demi keluarga aku di kampung. Aku juga mula mencari kerja kosong lain dan bercadang sekiranya aku dapat kerja kat tempat lain, aku ingin berhenti disitu. Tapi buat masa ni, aku harus kuatkan semangat dan cuba untuk bertahan. Doakan aku
-Rose-
– Cik siti
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit