Mangsa MLM Semasa Internship

Assalamualaikum. Firstly, thank you admin sbb sudi approve luahan aku.

Okay, berbalik kpd tajuk, aku nak story pasal aku pernah terjebak dengan benda MLM ni. Semuanya bermula bila aku diterima masuk untuk buat internship dkt 1 company ni. Aku punya laa noob and tak selidik panjang before accept tu, rupa2 nya aku termasuk dkt company MLM. Serius weyhh, hari first intern pun aku dah menyaksikan bebudak intern kene tengking. masuk hari kedua, aku pulak kena. Masa tu, aku dah tak keruan da. Bos pulak kepala angin, salah sikit tengking2, bentak2. Bebudak intern baru first time masuk office kot. Terkejut laa weyhh. Aku call lecturer bagitau nak tukar tempat intern. Masa tu, aku ada gak cari2 tempat intern lain. Alhamdulillah ada laa 2 big company offer aku intern. Tapi, malangnya lecturer aku tak bagi tukar sebab tak mahu aku malukan nama Universiti. Sedih weyhhh. Then, aku pun terpaksalah teruskan jugak intern dkt company tu.

Disebabkan semangat nak grad on time, aku gagahkan jua. Nangis bila balik kerja masa otw lrt tu tak payah cakap laa. Selalu sangat weyy.. Rasa nak jeee habis intern cepat2..huhu.. Alhamdulillah akhirnya aku berjaya habiskan intern aku dkt situ. Tapi, aku tak tau laa kenapa laa aku ni lemah sangat. Aku boleh terpedaya and termakan plak kata2 bos. Dia basuh kepala otak aku weyhh. Aku mcm dipengaruhi dengan duit. Time tu aku fikir mcm duit ni segala-galanya. Aku pulak mmg dari family yg susah. So, dengan kata2 pujukan and phsyco diorang tu, aku sambung utk jd agent MLM dkt company tu. Dengan niat nak tolong family aku. Nak ubah nasib keluarga aku.

Aku takde gaji basic. Just makan komisyen je. Komisyen pun takde laa banyak mana. Paling banyak aku pernah dpt RM 600 jee sebulan. Imagine laa camne aku nak survive dkt KL ni. Makan, sewa bilik, transport nak jumpa client. Memang tak cukup. Aku pun takde kenderaan masa tu. Demi untuk dptkan client, aku gagahkan diri naik bas, teksi, lrt. Dari KL sampai ke Nilai, sampai ke Sungai Buloh, USJ, Shah Alam, Damansara, semua aku redah demi mencari rezeki. Upline pun memang suruh main terjah jee semua orang. Aku gigih jumpa gak sebab nak closed sale punya pasal. Bodoh gila bila teringat. Camne laa boleh dpt kekuatan mcm tu. Hanya Allah je yg bagi kekuatan masa tu.

Part yang paling menyedihkan, aku terpaksa pinjam duit dengan kawan2 aku untuk survive. Kawan2 rapat aku je yang boleh aku minta tolong masa tu. Nak mintak dkt parent, lagi laa aku menyusahkan diorang pulak kan. Aku pun dipaksa join training2 berbayar. Ade yg training dkt hotel. Memang mahal laa citer dia kan kene bayar. Disebabkan kene paksa join, aku terpaksa pinjam duit kawan2 lagi. Sampai lah satu saat ni tiba, aku ajak kawan aku join sekali buat benda ni dengan aku. Dia pun terkejut laa sebab rupa2 nya ini yang aku alami. Dia tak sanggup nak tanggung risiko. Lastly, kitorang dpt petunjuk kot masa tu Alhamdulillah…Finally dpt buka mulut bagitau dkt upline yg kitorang tak mampu buat dah. Ikutkan memang nak blah mcm tu je. Tapi nak jugak quit in proper way kan. Taknak laa bermusuh dengan orang.

Lepas tu, aku cari kerja lain sebab nak survive hidup. Alhamdulillah dpt kerja yg ade basic + komisyen. Dapatlah aku bayar hutang kawan aku sikit. Sampai sekarang ni aku masih belum habis byr hutang kawan2 aku. Serius aku trauma dengan benda ni. Sebab ia berkait tentang hutang dengan orang. Orang ni 200 orang tu 300, bila dah ramai,, berapa riban dah tu aku kena bayar. Doakan aku dpt lunaskan hutang2 aku ni secepat mungkin. Semoga korang dijauhkan dpd nasib mcm aku. Apa yang dah berlaku, aku redha and anggap ini ujian untuk aku. Alhamdulillah aku tersedar sebelum ia menjadi terlalu terlewat.

-Mell

– Mell

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit