Assalamualaikum wbt,
Dear brothers and sisters, sy nk reply sikit pasal ramai sekarang yang menunding jari kat lelaki sekarang ni xpandai menjaga mata. Intro: Saya lelaki.
Banyak isu macam perempuan berhak nak pakai seksi2. Lelaki yang tergoda and bernafsu tu kena menjaga pandangan.
Ada jugak isu yang samar2 macam share gambar breastfeed atau susu breast perempuan. Alasan untuk education dan motivate. Lelaki yang ada berfikiran negatif di cop miang and mental.
Adakah post begini biasa dalam budaya masyarakat melayu tu sendiri? Ada tak mak mak kita or nenek kita tunjuk dekat tetamu or jiran sebelah berapa susu dia harini? And anak2 diorang pon still ramai kan? Benda ni xbiasa dalam masyarakat. Ada baik dan buruknya. Pendapat saya, better elakkan benda yang effect public. Sebab dari komen pon ramai yang kurang senang…walaupon ramai jugak yang sokong. Bukankah mengelakkan perkara syubhah itu menjaga agama dan maruah? (Hadis). Kalau yang upload seorang, yang tengok 100 orang. Yang setuju 50, yang malu jugak 50. Jadi nak cegah yang mana? Yg malu 50, or upload sorang lebih mudah?
Dan untuk pengetahuan wanita yang senang bash lelaki gatal, zaman sekarang bukanlah zaman yg senang nk menundukkan pandangan. Bukak je insta, ada free porn. Kadang2 facebook, youtube pon selalu keluar even kita xnak tengok. Kalau uninstall semua social media pon, bila keluar rumah ada jgk free show. Kalau hari2 ternampak sesaat, agak2 sebulan tak ker terbayang bukan2.
Nilah zaman yang nabi kita cakap menjaga agama ibarat genggam bara api. Sebagai lelaki yang nk elak tengok aurat wanita harini, sangatlah susah. Zaman nilah wanita berani pertahankan hak nak tayang harta karun diorang.
Pernah sy terdengar ceramah alim ulama, nak tahu tak bagaimana islam kita harini? Bayangkan suatu hari Rasulullah datang ke rumah kita. Agaknya adakah baginda s.a.w. senang dengan rutin harian kita? Di situ dah tahu nilai agama kita. Bayangkan jika haritu kita upload gambar susu breast di facebook. Bayangkan jugak haritu kita keluar pakai seksi2. And bayangkan jugak kalau lelaki tengok porn pada hari tu. Fikirkan sendiri apa yang baginda akan sabdakan kepada kita?
Cuma saya berharap, lelaki iaitu suami tak jadikan trend upload gambar2 minyak lintah/pil peransang dsbgnya dengan caption “baru guna sebulan bini aku dah mengandung”. Walaupun atas alasan memotivate suami2. Mesti bini dia and perempuan yang tengok post tu rasa malu. Then, lelaki jangan marah perempuan yang tegur dengan alasan berfikiran negatif (sarcasm).
Memang susah jadi lelaki yg nak jaga agama zaman sekarang. Isu hantaran tinggi, xjaga pandangan, dan macam2 isu membuatkan lelaki kelihatan lemah dan jahat. Lelaki baik masih ramai. Cuma perempuan pn hati kena baik kalau nak jumpa lelaki baik. Jgn terpengaruh sangat dengan drama tv (nak hensem, dr, kaya, romantik je).
– Lelaki xgatal
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit