Escalator Dan Lif

Assalamualaikum. Dekat nak sebulan saya ambil masa untuk berfikir samada perlu atau tidak post ini ditulis. Tapi selepas observation demi observation dibuat di kebanyakan shopping mall, maka post ini ditulis.

Mungkin (mungkin ye) saya mewakili parents di luar sana yang seringkali ke shopping complex pada hari minggu sebagai aktiviti bersama keluarga.

Mempunyai anak kecil, maka penggunaan stroller amatlah penting bagi kami sekeluarga. Jadi kebanyakan esclator di shopping mall telah diletakkan palang di tengah tengah yang mana kami sebagai parents tidak boleh menggunakan esclator tersebut dengan stroller..

Hanya lif sahaja yang ada untuk kemudahan kami sebagai parents dengan stroller anak. Ada juga sesetengah shopping mall dah tulis di lift “priority untuk ibu mengandung, OKU, wheelchair dan keluarga menggunakan stroller”.

Tapi kenapa masih ramai orang awam yang sihat tubuh badan atau pasangan pasangan bercinta yang sama sama berebut rebut menggunakan lif tersebut. Apalah salahnya letakkan kesedaran untuk menggunakan esclator sahaja.

Minggu lepas pada waktu bukan puncak kami terpaksa tunggu 3 kali giliran lif sebelum boleh masuk ke dalamnya. Bila saya lihat di dalam itu saya yakin mereka sihat dan boleh menggunakan esclator.

Post ini bukan untuk bash sesiapa. Cuma diharap sedikit pertimbangan diberi kepada kami parents yang tidak mempunyai pilihan sewaktu berada di shopping mall melainkan menggunakan lif.

Terima kasih.

– Mummy 3 anak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit