Adab

Siang tadi aku singgah di sebuah shopping mall. Alhamdulillah sempat menunaikan solat zohor di suraunya yang dijaga oleh seorang makcik guard.

Usai solat, surau diganggu oleh bunyi suara seorang gadis manis bertudung labuh yang berbual dengan rakannya. Suaranya kuat. Semua boleh dengar. Excited bunyinya. Makcik guard tegur beliau supaya perlahankan suara, tetapi gadis manis ni still buat juga. Lalu makcik guard terpaksa tegur sekali lagi kerana menganggu orang-orang yang mahu beribadah. Akhirnya gadis ini akur, alhamdulillah.

Situasi sebegini bukanlah asing. Duduk di surau dan berbual-bual kuat hingga menganggu semua orang. Dari yang bertudung biasa hinggalah kepada golongan yang bertudung labuh sempurna. Fyi, mengikut pengalaman aku, geng tudung labuh yang selalu buat begini.

Aku pernah solat di surau universiti, dan geng2 ini berbual kuat tanpa mempedulikan aku yang sedang solat. Bukannya sekali, tapi berkali-kali. Nak dijadikan cerita, ada seorang gadis free hair yang suka study dalam surau. Tak kiralah masa dia berseorangan atau dengan kawan, tapi dia tahu memperlahankan suara semasa aku beribadah.

Tidak adil menilai seseorang dari segi pakaian, aku tahu. Kerana aku bukan tuhan, dan aku bukan siapa-siapa.

Ah apa yang aku mengarut ni. Okay sebenarnya, aku cuma nak bagitau. Apa kata kita semua fokus kepada adab sesama manusia juga, selain adab berpakaian. Apatah lagi geng-geng usrah. Setelah menjaga sempurna adab berpakaian, apa kata kumpulan usrah anda kupas betul-betul mengenai adab-adab yang lain.

Ada orang pernah pesan kat aku, perkara yang paling penting adalah adab. Segala jenis adab. Mungkin kita semua terlalu fokus pada adab berpakaian sehingga terlupa akan adab-adab lain. Maka sebab itulah banyak sekali kisah yang free hair lagi beradab dari segi kelakuan berbanding yang menutup sempurna. Kerana kita terlebih fokus pada yang luaran. Kerana kita hanya fokus kepada adab yang satu itu.

Belajar adab bunyinya senang, tapi nak buat memang susah. Jadi, mari kita sama-sama berusaha untuk menjadi manusia beradab. Bukankah tamadun itu juga bermaksud peradaban, yang bermakna manusia yang bertamadun adalah manusia beradab?

– Kirana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit