Assalamualaikum.. tq kpd admin sebab sudi siarkan confession ni. sbenarnya confession ni bkn sy yg tulis tp sy dh dpt kn kebenaran dr admin page tersebut utk disiarkan dlm page iium confession ni. utk pengetahuan korg sy adlh slh sorg trainee tok Cat B1.1. ape bnda tu.. nti korang google sendiri ye. kalau nk citer panjang nti.
Ape tu Licensed Aircraft Engineer or in short form LAE? mereka2 ni adlh unsung hero. mereka2 ni yg bertanggungjawab memastikan kapal2 terbang kt malaysia ni fit to fly. kalau korg perasaan tiap2 kali kapal kat gate before take off, dorg2 ni lah yg check kapal from nose to tail and from wing to wing. So klu 1 hari korg kna flighy delay or cancel jgn nk marah2. ada sbb nper dorg x released kapal tu to fly. it all about safety guys.. bkn cket2 nyawa tau. klu a320 max pax 180 org. x ke bnyk tu..
So here the real confession.. baca dan hadam kan.. klu ada adik beradik or sdare mare korg yg nk blajar psal kapal terbang sruh dorg baca ni dlu pastu pikir sedalam2 nya.. jgn mnyesal di kemudian hari.. tapi sebelum tu nak warning yg confession ni sgt2 panjang but worth to read. maaf kalau ada yang x berapa paham pasal confession ni. sebab ia ditulis khusus untuk DCA Malaysia aircraft engineering trainee.
Licensed Aircraft Engineer (LAE), Aircraft Technician, atau Aircraft Specialist adalah satu jawatan/pekerjaan yang diimpikan setiap pelajar/trainee ATO/IPT yang mengambil bidang Aircraft Maintenance Engineering sama ada di peringkat SKM/Diploma/Degree atau Basic Training DCAM.
Pelajar harini ini, lebih-lebih lagi lepasan-lepasan SPM banyak dibuai dengan perasaan kagum apabila dapat bekerja dengan pesawat yang besar dan serba mewah, malah merasa hebat dan gah. Ada yang beria-ia bercerita kepada orang “kampung” yang si fulan bakal bekerja dengan pesawat besar.
Berimpian tidak salah bukan?
Sudah tentu, ramai menganggap pekerjaan sebagai seorang Aircraft Technician atau LAE adalah satu pekerjaan yang bagus dan bergaji besar serta hebat dan glamour.
Majoriti pelajar apabila ditanya “Mengapa anda ambil bidang ini?” dengan yakin pelajar menjawab “Sebab kerja ini gaji besar” tetapi dalam fikirannya “Sebab gaji besar, dapat girlfriend pramugari, ada life, dapat pakai baju engineer yang kemas dan cantik, dan tak lupa juga dapat memiliki dan menunggang Superbike ke tempat kerja” dan pelbagai lagi ragam impian mereka dan bukan sekadar ‘passionate’ semata-mata.
Saya hanya mampu tersenyum tanpa bicara, kerana saya tahu yang dia (pelajar) masih mentah seperti ‘kita’ dahulu. Pelajar-pelajar atau insan ini, mereka yang baru mengenal dunia luar dan masih muda untuk merasa penyesalan/kesilapan dan saya tak menyalahkan mereka kerana saya dahulu pun begitu juga.
Saya percaya mereka hanyalah generasi muda yang mudah termakan dengan tawaran serta janji-janji manis yang “orang-orang itu” lontarkan kepadanya tanpa berfikir panjang kerana kurangnya pengetahuan am serta mengambil nasihat daripada orang yang salah.
Pelajar tidak tahu-menahu, betapa susahnya untuk mendapatkan bukan sahaja lesen DCAM tetapi struggle untuk mendapatkan pekerjaan. Belum tentu, anda mempunyai lesen DCAM dan segulung diploma, anda akan bekerja sebagai LAE/Technician atau mungkin tidak bekerja langsung.
Di mata kasar pelajar, mereka anggap mendapatkan lesen itu mudah, semudah cukup sekadar belajar dan membuat module examination. Hakikatnya, pelajar belum lagi merasa azab menyiapkan task card dan menunggu giliran mendapatkan assessment slot, OJT dan English Assessment (jika ada).
Saya sudah bertemu dengan bekas-bekas pelajar, technician, LAE dan Senior Formen sendiri dan bertanya dengan mereka akan status ekonomi sektor penerbangan di dalam negara kita, jauh sekali berbeza dengan maklumat yang saya dapat daripada pihak ATO.
Anda dah boleh agak sebenarnya apa yang berlaku. Jawatan-jawatan yang diimpikan pelajar/trainee sangat-sangat terhad dan jika ada sekalipun, mereka mengenakan syarat yang amat-amat ketat dan kadangkala tidak munasabah. Ini terjadi kerana, pelajar/trainee dalam negara terlalu ramai, bukan sahaja pelajar tetapi juga institusi ATO/IPT yang mempunya bidang Aircraft Maintenance Engineering yang semakin bertambah ibarat Cendawan Tumbuh Selepas Hujan.
Pada pendapat saya, pihak ATO/IPT melakukan pelbagai kesalahan terutamanya misleading information dan menyembunyikan kesalahan tersebut dari pengetahuan semua orang demi menjaga nama baik institusi mereka. Antaranya ialah:
1. MENJANJIKAN LESEN
Majoriti ATO menjanjikan lesen selepas tamat tempoh belajar.
Tempoh untuk mendapatkan lesen ditetapkan adalah selepas tempoh 4 tahun atau 4 tahun setengah (pelajar perlu complete 800 hours untuk CAT A, 2000 hours untuk B1.2 dan 2400 hours untuk B1.1/B1.3/B1.4/B2) tetapi yang saya lihat ada yang lebih lama dari itu akibat daripada pengurusan pembelajaran yang tidak teratur. Bukan itu sahaja, majoriti tidak dapat menyempurnakan OJT dengan baik dan Task Card/Assessment yang bergantung pada tempahan slot-slot Assessment yang sangat-sangat terhad.
2. JAMINAN PEKERJAAN
Pihak ATO/IPT mengiklankan Jaminan Pekerjaan 100%, hakikatnya mereka tidak membantu mencari kerja untuk kita tetapi inisiatif kita sendiri. Mereka hanya memberi panduan sahaja. Ini salah satu kesalahan misleading. Tidak lain dan tidak bukan, ini adalah strategi marketing berbentuk penipuan. Maaf jika kasar tetapi ini adalah kebenaran.
3. ATO/IPT TIDAK MENGGUNAKAN PRINSIP “SUPPLY & DEMAND”
Menurut pemerhatian saya, sebahagian ATO/IPT mengambil pelajar tanpa mengira kelayakan akademik, pendirian saya bukanlah kita hendak meminggirkan pelajar yang tidak bagus dalam akademik tetapi dengan jumlah pelajar/trainee dlm bidang/negara ini yang terlalu ramai, sepatutnya ATO/IPT mempunyai limit tertentu, bagi memudahkan lagi kemasukan trainee OJT atau Fresh Grad mendapatkan tempat untuk bekerja. Ini juga satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Sudah tentu, prinsip “Supply & Demand” tidak dapat terlaksana.
*Lebih mendukacitakan, ada pelajar/trainee kita bukan sahaja menganggur selepas graduation malah mereka sudah pun menganggur sebelum graduation lagi akibat daripada kesukaran untuk mendapatkan tempat membuat On Job Training (OJT) pada tahun akhir. Ini adalah disebabkan, tiada lagi slot OJT dalam sesebuah syarikat kerana sudah ramai pelajar/trainee dari ATO/IPT luar merebut-rebut untuk memenuhi slot-slot tersebut.
4. “PENGANGGUR OJT”
Hampir semua ATO/IPT mempunyai masalah, itu saya tak nafikan. Sebahagian masalah itu tidak dapat dielakkan bagi sebahagian ATO/IPT antaranya adalah pelajar tidak dapat slot OJT. Disebabkan kesalahan ketiga yang saya sebutkan di atas slot OJT yang limited atau boleh jadi tiada langsung. Saya pernah menemubual beberapa“Penganggur OJT”, ada antara mereka sudah menunggu 3 bulan untuk dapatkan tempat tetapi mereka terpaksa extend dan menjadi kuli sementara untuk ATO/IPT (tanpa paksaan dan bayaran).
Antara sebab lain pelajar tidak dapat slot OJT ialah hubungan yang tidak baik antara ATO/IPT dengan AMO/MRO Company. Disebabkan hubungan yang tidak baik inilah ATO/IPT itu di’ban’ atau disenaraihitamkan dari pengambilan trainee OJT.
Pernah saya jumpa kes, sebuah syarikat penerbangan mempunyai masalah dengan Kordinator Latihan Industri sebuah IPT tanpa mengetahui sebab dan membuatkan sekelompok pelajar juga menjadi “Penganggur OJT”.
5. PRODUK
ATO/IPT banyak menghasilkan pelajar/trainee yang tidak terlatih. Apa yang saya maksudkan adalah pelajar yang bukan sekadar ‘pandai’ dalam akademik tetapi juga pandai aplikasi dalam dunia pekerjaan sebenar. Inilah akibatnya jika ramai yang pakai ‘cable’(bantuan dalaman) untuk dapatkan kerja, tanpa membuat penilaian prestasi semasa kursus.
Pihak ATO/IPT menyembunyikan pelbagai hal, termasuklah status ekonomi dalam dalam sektor ini, mereka tidak mahu kehilangan pekerjaan atau “bisness”/”periuk nasi” mereka agaknya. Mereka lebih rela menjaga hati pelajar/trainee mereka tanpa beritahu perkara yang sepatutnya mereka tahu.
JABATAN PENERBANGAN AWAM MALAYSIA (DCAM) sepatutnya memantau pergerakan ATO secara meluas termasuklah mengawal pertumbuhannya dan menghadkan pengambilan trainee, jika dibiarkan, nasib yang sama akan menimpa bakal Technician dan LAE dengan Juruterbang yang menganggur dan terpaksa diserap masuk ke dalam industri Minyak & Gas selain agensi penguatkuasaan berkaitan demi menampung lambakan juruterbang yang ketika ini diaggar lebih 1000 orang dan menampung hutang dengan Akademi Penerbangan yang jauh lebih banyak berbanding ATO/IPT.
Tahukah anda?
1. Berbekalkan wang ratusan ribu daripada keuntungan yuran para pelajar, ‘mereka’ lebih bersungguh-sungguh mencari pelajar/trainee atau “mangsa keadaan mungkin” untuk belajar di tempat mereka. Kita akan dapati iklan mereka di dada akhbar, media sosial dan TV. Kerana wang, orang sanggup lakukan apa sahaja termasuklah menawarkan internal commission, rebate, lawatan ke LIMA, aircraft free ride, pakaian yang cantik persis seperti seorang LAE dan pelbagai lagi. I’ve gone thru all that folks.
2. Di dalam negara kita punya 27 pusat latihan yang melatih bakal technician dan engineer pesawat termasuklah ATO-Part 147, UA, IPTS dan Pusat Latihan Industri tanpa status ATO atau IPT (Private) dengan RATUSAN pelajar/trainee bersama-sama mereka dari pelbagai latar belakang, dan pelbagai kategori termasuklah CAT A, B1.1, B1.2, B1.3, B1.4 dan B2. Saingan terlalu tinggi pada ketika ini.
3. Tahukah anda, berapa angka/ramai DCAM Trainee sedang menunggu lesen, menunggu untuk convert lesen dan sedang menunggu untuk ‘remove limitation’ lesen DCAM mereka?
Ini yang dikatakan menganggur sebelum grad.
4. Tahukah anda, sebahagian pelajar Diploma dan pelajar basic training DCAM pernah bermusuhan kerana slot-slot OJT mereka. Biasalah, masing-masing merebut slot-slot OJT yang amat-amat terhad, dan mereka menyalahkan antara satu sama lain kerana mengambil slot-slot mereka.
Pelajar DCAM umum mendakwa mereka lebih layak mendapatkan slot-slot OJT tersebut kerana OJT mereka mengambil tempoh 2 tahun berbanding pelajar diploma hanya 6 bulan dan mendakwa pelajar diploma boleh gunakan diploma secara universal berbanding DCAM yang hanya khusus untuk Aircraft Engineering sahaja. Ada betulnya juga, tetapi adakah ianya salah pelajar atau pengurusan ATO/IPT?
5. Disebabkan kegawatan ekonomi dalam sektor penerbangan, sebahagian kecil pelajar/trainee terpaksa (terdesak) menggunakan “cable” untuk dapatkan kerja. Faham-faham sendirilah.
6. Cuba bayangkan seorang pelajar bayar RM6500 per semester. RM6500 x 120 Pelajar satu ‘batch’ = RM780,000. Itu kalau standard Diploma, bagaimana dengan pelajar ATO yang yuran mencecah RM250K?
7. Gaji majoriti Aircraft Technician yang baru dalam linkungan RM1500 sahaja, polis bantuan dengan kelayakan SPM lagi tinggi rasanya.
8. Mari kita lihat kes-kes menarik yang saya pernah jumpa ini,
Kes pertama
Beberapa orang pelajar telah berhenti belajar di peringakat Degree di Universiti tempatan untuk sambung DCAM di ATO, bila saya temuramah mereka, mereka jawab, Aircraft Engineering tawar pekerjaan yang lebih baik dan lumayan.
Kes kedua
Pelajar yang dahulunya menyertai sebuah program peluang kedua (program juruteknik pembinaan komponen pesawat) untuk lepasan SPM dengan JAMINAN PEKERJAAN, ini betul-betul jaminan pekerjaan. Tetapi saya jumpa pelajar ini sedang menyambung DCAM atas dasar ‘ingin sambung belajar’.
Kes ketiga
Pelajar sambung ambil EASA di luar negara dengan tajaan 100%, balik memohon kerja di dalam negara. Sedangkan ratusan pelajar EASA dalam negara masih menunggu giliran untuk memohon kerja/jawatan yang sama dengan pelajar EASA luar negara.
Kes keempat
Pelajar sambung ambil EASA di luar negara dengan tajaan 100%, tetapi failed satu modul, balik negara sebentar, kerja sebagai Lecturer mengajar pelajar Diploma, sehingga kini pelajar tersebut tidak habiskan modul yang failed tersebut. Orang kata, bila dah sedap dapat gaji, tak pandang kiri kanan dah.
Kes kelima
Pelajar sambung diploma dan selepas itu sambung degree atas alasan nak jadi LAE, DCAM tak ambil pun.
SPM + DIPLOMA + DEGREE = LAE???
Sebetulnya adalah, (bergantung kepada pilihan)
1. SPM + DIPLOMA + DEGREE + DCAM part time = LAE (Berapa banyak masa dan duit dah habis dalam tempoh itu)
2. SPM + DIPLOMA + DCAM = LAE (Boleh terima lagi tetapi tetap buang masa dan duit)
3. SPM + DCAM = LAE (Baru betul, itupun kalau dapat kerja)
4. SPM + TECHNICIAN (tambah dengan relevant work schedule + pengalaman + skill) + DCAM part time = LAE (Ini baru brilliant, sebab kita lepas risiko pada company, collaboration antara AMO-145 dengan ATO-147, kita masih bekerja sbg Tech jika tak dapat kerja sbg LAE)
Kes keenam
Pelajar ada DCAM/EASA sudah lama, tetapi masih jadi technician sampai sekarang.
Kes ketujuh
“Pelajar sambung Diploma, Degree & DCAM/EASA tetapi akhir sekali JUAL ANGGUR, hahaha!!!”
Tetapi tidaklah menganggur sebenarnya, mereka ada yang bekerja retail di Airport, RAMP, technician airport, dan pelbagai lagi.
….
Saya hanya mampu tersenyum sinis, bagi saya, biarlah masing-masing merasa kesilapan tersebut. Tetapi tidak mengapa, REZEKI MASING-MASING, ALLAH SUDAH TENTUKAN.
Kini bicara santai….
Nasihat saya untuk pelajar/trainee,
1. Dapatkan kerja
Dapatkan pekerjaan dahulu dalam industri, tidak kira apa-apa jawatan teknikal, saya ulang teknikal (engineering), tetapi jika dapat kerja pejabat, grab sahajalah. Jangan demand jawatan technician jika tahu susah nak dapat. Be humble, jika anda cukup bijak, anda boleh survive kerana anda sudah tahu selok belok industri/syarikat dan mungkin juga anda boleh dapatkan cable untuk diri sendiri, tidak salah mencuba.
Bagi pelajar diploma, jika anda masih berdegil untuk ambil DCAM, sebaiknya anda mengambil ambil basic training DCAM secara part time (sambil bekerja), atau mengambil modul sahaja sama ada secara bersendirian atau kolaborasi Company-ATO, itu lebih jimatkan masa dan wang.
2. Sambung belajar
Jika anda menganggur selepas habis belajar, saya rasa tidak perlulah anda membuang masa, wang dan tenaga menyambung belajar sama ada sambung Diploma-DCAM, Diploma-Degree, atau DCAM-Master (with rec.) yang sudah jelas terang lagi nyata saingan tinggi tetapi jika kamu orang berduit terpulanglah tapi sila UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI atau anda ingin me’ramai’kan lagi warga pendidik (penyarah), maka itupun terpulang.
“Bertambah-tambah hutang, tapi kerja tak dapat-dapat lagi. Umur sudah 25 tahun, rumah tak beli-beli lagi dan simpanan perkahwinan tiada, hmm”
Perlu diingatkan, aplikasi pembelajaran hanya terhad dalam sektor ini sahaja. Sebagai contoh, pelajar ambil Aircraft Engineering sebagai major tetapi aplikasi kerja hanya dalam sektor Aircraft Engineering sahaja, tidak boleh lah bekerja dalam Automotif atau Mekatronik.
Ada juga pelajar Diploma yang menganggap jika melanjutkan pelajaran ke peringkat Degree, gaji mereka lebih tinggi.
“Menurut pemerhatian saya, tangga gaji juruteknik lepasan diploma dan juruteknik lepasan Degree tak jauh beza, hanya beza beberapa ratus sahaja. Saya rasa tak wajar anda nak habiskan 3 atau 2 tahun tambahan untuk gaji yang tidak seberapa, lebih baik buat bisnes kalau begitu gamaknya”.
3. Menunggu kerja
Jangan sesekali anda terus-menerus menunggu dan menunggu tawaran bekerja dengan mana-mana Airlines atau MRO company tanpa ambil inisiatif mencari pekerjaan lain di luar major/bidang anda. Jika tidak, sampai bila anda hendak menganggur?
“Kau takut atau lebih kasar lagi pengecut nak beritahu kenalan rapat yang kau kerja bukan di dalam bidang penerbangan. Yelah dulu masa mula-mula belajar kau bukan main canang lagi bidang yang kau belajar dengan rasa gah dan sekelumit riak dalam diri tu”.
4. Study Abroad
Jika anda dapat peluang menyambung pengajian ke luar negara, nasihat saya, kerjalah di sana terus, tak perlulah anda nak bawa balik degree luar negara dengan harapan dapat kerja di sini (dalam negara), buat malu sahaja. Orang lain ambil degree dalam negara dan kerja dalam negara, anda ambil degree luar negara dan kerja dalam negara, tidakkah itu sesuatu yang merugikan tapi tidak salah, saya hanya nyatakan pendapat peribadi.
Jika anda anggap belajar luar negara itu untuk dapatkan pengalaman, kamu harus sedar dna cakna satu perkara, peraturan kewangan/ekonomi berubah-ubah, faham-faham sahajalah.
“Kini, berapa ramai pelajar ada degree atau EASA luar negara, balik Malaysia berharap untuk dapatkan kerja sebagai Engineer? Yang saya lihat, mereka pulang, ‘end up’ menjadi lecturer untuk pelajar diploma atau training instructor dan ada juga yang menjadi technician. Latihan dan lesen yang sama diterima pelajar yang ambil degree dan EASA dalam negara”
5. Skill dan pengalaman
Syarikat sekarang amat ‘demand’ akan pekerja yang terlatih dan berpengalaman, peluang untuk diterima bekerja amat tinggi jika anda memenuhi kedua-dua ciri tersebut.
Jika tidak dapat pekerjaan sebagai technician sekalipun, berbekalkan skill yang ada, anda boleh sahaja bekerja dalam division yang lain.
6. Improve your English
English dikatakan adalah punca ramai graduan mengganggur. Kita berada di sebuah negara yang mana menjadikan bahasa asing sebagai bahasa urusan di pejabat dan jabatan-jabatan. Sedangkan urusan itu berlaku di kalangan bangsa sendiri, rakyat negara sendiri yang mempunyai bahasa sendiri. Lainlah jika ia melibatkan urusan dengan pihak asing, maka keutamaan English itu menjadi wajib. Maka terperuklah orang-orang Melayu dan Bumiputera yang tinggi ilmu, cekap tadbiran dan bijak berfikir duduk di jawatan-jawatan dan pekerjaan kelas rendah kerana tidak fasih berbahasa asing.
7. Keep applying for slots
Assessment – Nak siapkan 147 task card, anda perlu tempah slot untuk assessment dengan assessor yang berdaftar, tiada slot? Teruskan mohon dua tiga kali, kamu tidak tahu berapa lama untuk menyiapkan untuk satu task card dan bersaing dengan senior-senior kamu dan pelajar ATO/IPT lain. Siapkan task card secepat mungkin ASAP!
8. Keep up the good work
Jika anda dapat tempat untuk OJT, kerjalah dengan bersungguh-sungguh, dan ‘please be humble’ dan jika tak tahu sila bertanya, salah satu sebab pelajar satu-satu institusi di’ban’ oleh sesebuah company adalah disebabkan sikap pelajar sendiri. Misalnya, datang lewat ke tempat kerja, banyak berbual, sombong dengan senior worker dan macam-macam lagi kes.
“Once mereka nampak potential kamu, kamu sudah ada peluang yang baik dapatkan kerja tetap disitu atau paling ‘kurang’ pun dapat surat recommendation yang baik (please jangan lupa minta surat recommendation dari supervisor anda sebelum tamat OJT) and behave well!”
9. Supervisor dari neraka
Sebahagian supervisor atau training manager akan pastikan anda tidak kekal lama di’situ’, anda akan diuji. Anda perlu kuatkan mental dan fizikal. Cukupkan ilmu didada, pernah rakan saya diuji, supervisor bertanya, ‘How to hold a micrometer’, rakan saya pegang salah cara, dia dikutuk di salah satu forum online di internet, nama kolejnya juga disebutnya.
10. Keep planning ***VVIP
Kesalahan besar pelajar/mahasiswa ialah meletakkan harapan 100% pada pekerjaan/jawatan utama. Akibatnya, setelah grad. kerja tak dapat dan menyalahkan kolej sebab menganggur. Sebenarnya, that is the game, and you’re in it! Kenapa, baru tahu?
Anda perlu bersedia untuk menganggur! Prepared yourself, sekurang-kurangnya bila sudah menganggur, anda sudah ada back-up plan, sama ada nak berbisnes atau dapatkan pekerjaan yang lain.
Tak perlu nak salahkan kolej jika anda tak dapat kerja, tapi salahkan kolej kerana Mis-leading information.
11. Minta nasihat dari siapa?
Jika ada ingin dapatkan apa-apa sahaja info atau nasihat berkaitan kerjaya dan politik industri, sila bertanya kepada orang yang betul. Maksud penulis adalah, sila minta nasihat daripada Aircraft Engineer/Techniacian yang berpengalaman.
Bukannya apa, menurut pemerhatian saya, jawapan daripada LAE yang berpengalaman dan jawapan daripada ATO amat-amatlah berbeza. Ini kerana,
LAE
Advisory Approach
ATO
Sale Approach
Logik bukan?
Kebanyakan LAE yang saya jumpa meminta nasihat, mereka tidak memihak kepada sesiapa pun dan tidak berat sebelah. Mereka terus menjawab persoalan ‘orang-orang baru’ dalam industri. Mereka lebih tahu apa yang berlaku dalam industri kerana mereka kerja dalam industri.
Berbeza pula jawapan dari ATO, mereka lebih cenderung menawarkan courses dengan jaminan sekian-sekian. Nasihat mereka lebih kepada berbentuk panduan daripada menceritakan status ekonomi industri.
Kini pelajar rasa tertipu dengan institusi yang melatih mereka, ‘suara’ mereka juga tidak didengari, tidak kiralah dibentangkan dalam parlimen mahasiswa sekalipun.
Harus juga sedar bahawa aplikasi pembelajaran atau silibus hanya wujud di alam pekerjaan di dalam bidang ini sahaja bukannya boleh digunakan dalam kehidupan seharian, maksud penulis adalah, jika tidak dapat pekerjaan sebagai Aircraft Technician atau yang berkaitan, diploma anda itu pointless.
-Penulisan saya sudah tentu akan dikecam oleh pihak “itu”, pernah ditanya dengan sinis “Mana kau tahu tiada peluang pekerjaan dalam sector ni, sila kemuka bersama bukti statistic dari pihak ATO/DCA?”-
Jawapan saya (secara peribadi),
“What do you expect from them(ATO/IPT) to give me their bad reputation as a prove in statistic? And what do they expect from me to have their statistics that will knock their reputation if I spread it to the public?”
Jumlah pengangguran adalah statistik tertutup. Takkanlah kamu expect yang ATO/IPT akan beritahu jumlah pengangguran pelajar mereka kepada saya, tidakkah perkara demikian akan menjejaskan “business” mereka. Ini adalah untuk melindungi kepentingan mereka terhadap institusi dalam erti lain, menjaga “periuk nasi”.
Keep that in your mind folks, CANT TRUST ME? UP TO YOU but please take a moment to think on what I am saying to you.
Kebenarannya terpulang kepada anda sendiri untuk menilainya.
Disediakan oleh,
MAR
20 MEI 2016
– Another young soul
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit