Peninggalan Arwah III

Salam semua, terima kasih sebab sudi tunggu aku post. Banyak kerja kena settle. Hari ni aku offday, so sesuai untuk aku post. Aku ada beberapa issue lepas aku post second confession. Keluarga aku serang aku dengan macam2 soalan dan tuduh aku buka aib keluarga. Ada sebab aku memilih untuk post cerita ni.

Boleh juga baca,

Part I : https://iiumc.com/peninggalan-arwah/

Part II: https://iiumc.com/peninggalan-arwah-ii/

Korang akan faham kalau korang follow cerita aku sampai habis. Korang akan faham apa maksudnya tajuk yang aku letak untuk cerita ni, “Peninggalan Arwah”. Dan aku tahu, ahli keluarga aku takkan comment atau make a scene bila baca post aku ni. Ego keluarga aku tinggi. Diorang tak suka perhatian. Dalam group Whatsapp, diorang semua tanya pasal cincin tu. Then Ok, Lets get started. Aku akan cerita. Mulai dari perenggan ni, cerita aku jadi lebih serius.

Malam tu ada dua Peninggalan Arwah di tangan aku. Keris (Moyang) dan Cincin (Moyang Perempuan). Keris ni unik. Dengan Sarung Keris yang panjang. Dan juga dengan bilahnya yang panjang. Sedangkan Bilah Keris ni dah dipatahkan. Kalau tak dipatahkan, Keris ni lebih panjang. Sarung Keris ni ada sedikit ukiran tulisan yang aku tak jelas nak baca. Jawi tetapi halus. Ada sedikit kesan calar di Sarung Keris.

Ada reader yang tanya pasal Cincin. Secara jujurnya, aku tak reti nak nilai Cincin. Yang aku tahu, Cincin ni lawa. Batu besar warna biru tengah2. Ada dua berlian di kiri dan kanan batu warna biru tu. Ring Silver. Aku try masukkan jari kelinking aku. Tak muat, so aku rasa elok aku simpan je la.

Aku letak Cincin tu dalam poket. Kotak Cincin dan kain aku letak dalam poket lagi satu. Keris ni aku planned untuk letak balik tempat asal. Jadi malam tu aku just kena fikir kat mana aku nak simpan Cincin Peninggalan Arwah Moyang aku ni. Aku ada 2 hari lagi cuti kat kampung. Dalam masa 2 hari ni la aku kena manfaatkan semaksimum mungkin untuk cari apa2 je barang bernilai dalam rumah ni. Sorry, memang aku time ni agak selfish. Jujur aku cakap, kalau aku jumpa apa2 je dalam rumah ni, aku akan ambil dan simpan. Bahasa tersiratnya, “makan sorang”.

Then aku naik balik. Time ni dah pukul 1 AM +. Dalam rumah gelap gila. Lampu beranda je terbuka. Aku pergi ke ruang letak gambar untuk letak balik keris ni.

Ruang letak gambar = Ruang yang aku cerita dalam previous post. Ada gambar2 bekas penghuni rumah ni. Barang2 peninggalan lama. Ruang yang kami satu keluarga bersihkan pagi tadi.

Ruang Letak Gambar ni terletak di Tingkat 2. Berhadapan dengan ruang ni adalah Ruang Tamu Keluarga. Tempat kami sekeluarga lepak2. Tepi belah kanan ruang ni ada satu Lorong (Hallway bahasa inggerisnya) menuju ke ruangan Tok aku bersantai. Lorong ni kecik je. Tepi Lorong tu, Bilik Ayah aku. Tengok gambar ni untuk gambaran jelas.

jnan5zi

Ruang Tok aku bersantai. Ruang ni ada mesin jahit, kerusi dan rack untuk letak surat khabar or apa2 bahan bacaan. Ada beranda tempat Tok aku tidur petang2. Jadi malam tu, masa aku nak letak balik Keris tu, lampu Lorong menuju ke Ruang Tok aku bersantai tu terbuka. Dalam hati aku, bagus la. Takde la aku kena buka lampu phone nak suluh almari nak letak balik keris ni. Betapa bodohnya aku tak terfikir bahawa,

*Kalau lampu lorong tu terbuka bermakna ada orang la area tu*

Masa aku buka almari tu dan ready untuk letak balik Keris ni, tiba2 ada someone tegur aku dari belakang.

“Mus cari apa”

Terkejut toksah cakap la. Aku sikit je lagi nak terlanggar almari tu sebab terkejut. Sumpah aku ingatkan hantu raya ke apa ke. Sebab gelap kan.

“Tok.. Mus ingat sape tadi” Kata aku dalam keadaan masih terkejut

“Mus bagi Tok keris tu”

Time ni aku cuak gila. Biasanya kalau aku kena sergah dari belakang, aku akan cakap macam ni,

“Ishh terkejut Mus. Tok bagilah salam dulu ke apa ke”.

Tapi kali ni, aku senyap je. Gementar jari aku bila hulur Keris ni pada Tok aku.

Tok aku ambil Keris dari tangan aku. Then dia keluarkan Bilah Keris tu. Kemudian dia cucuk belakang Sarung Keris tu guna Mata Bilah Keris. Dalam hati aku,

“Ohh… Macam ni ke cara nak tolak kotak Cincin tu”

Kemudian Tok aku cakap,

**Dalam post ni, aku ubah ayat Tok aku kepada lebih formal dan senang difahami. Kalau ayat asal, banyak slang lama dia pakai. Sebab Tok aku ni dah berusia**

“Mus, bagi Tok Cincin dalam ni”

“Cincin ape Tok. Mus tak tahu apa2 pun”

Tok aku pandang aku dengan jelingan -**Kau jangan nak membongak dengan Tok wahai anak muda**

Then, aku pun keluarkan la Cincin berserta denga kotak dan kain tu. Bila Tok aku ambil Cincin tu, dia letak dalam kotak dan balut dengan kain. Cara Tok aku balut kain tu sama dengan cara balutan kain sebelum aku buka Cincin tu. Tok aku letak balik Cincin tu dalam Sarung Keris. Kemudian dia cakap macam ni,

“Mus adalah ahli keluarga kedua yang jumpa Cincin dalam Sarung Keris ni.”

Sambung Tok aku,

“Dulu Tok pernah bawa Keris ni ke kuliah di UM Singapura. Waktu tu, pensyarah Tok, Liew XXX XXX. Liew la yang perasan ada Kotak Cincin dalam Sarung Keris ni. Cincin ni Mus. Cincin milik Mrs. XXXXXX. Suami dia, Pegawai Daerah British , di negeri kita dulu”

Note 1 : Pegawai Daerah British masa Sistem Residen di perkenalkan di Tanah Melayu dulu

Note 2 : Universiti Malaya Singapura sekarang adalah Universiti Nasional Singapura

Aku terdiam sekejap. Unexpectable. Aku langsung tak expect Tok aku boleh cakap macam ni kat aku. Tok aku yang pendiam. A man with a few words. Kata Tok, Cincin tu bernilai RM X waktu tu. Aku macam, seriously?? Banyak tuh. Sipi2 harga Lord of the Ring.

“Tok, Ayah tahu ke pasal semua ni? Pasal Cincin ni?”

“Ayah Mus? Tak. Dia tak tahu”

Sekarang ni, aku faham.

Ayah Tok dan juga Ayah aku tahu pasal Gambar2 Arwah Moyang dan juga tentang Hidden Drawer. Tapi dorang tak tahu pasal Cincin dan Keris ni.

And Tok aku pulak, dia tahu pasal Gambar2 Arwah Moyang (Macam aku cakap, aku assume dia tengok masa dia kecik) dan dia tahu pasal Cincin dan Keris ni. Cuma dia tak tahu pasal Hidden Drawer.

Aku akui, sebelum ni, aku tak minat sejarah. Tapi sejak dua tiga hari di kampung, aku mula rasa minat dengan sejarah keluarga aku. Lepas Tok aku letak Keris tu dalam almari, dia gerak pergi ke Ruang tempat dia selalu berehat. Aku follow Tok aku. Dia rebahkan badan dia atas kerusi goyang rotan. Dia macam prepare untuk tidur. Mungkin untuk ready bangun pukul 4 pagi (Tok aku biasa bangun pukul 4 pagi untuk beribadah) .Aku ambil satu lagi kerusi (kerusi biasa) dan duduk menghadap Tok aku.

Aku minta Tok aku cerita semua tentang sejarah keluarga aku. Walaupun aku tahu, lagi banyak aku tahu, lagi bahaya. Sebab aku akan jadi lebih gila. Aku jadi lebih yakin bahawa ada lagi peninggalan lain yang aku belum jumpa. Dan time ni, adalah masa yang sangat sesuai. Aku boleh tanya Tok aku “SEMUA”.

“Tok, Mus nak tahu semua pasal Moyang. Dari mula sampai akhir”

“Pasal ape?”

“Semua.”

Tok aku letak cermin mata dia atas meja. Dia gosokkan mata dia. Kemudian dia cakap,

“Tok start tahun 1800 ke atas, Kepala keluarga kita waktu tu adalah Pembesar Daerah dalam negeri ni. Jawatan ni di pegang oleh keluarga kita dari generasi ke generasi. Keluarga kita ada banyak ladang. Lada hitam, kopi, tembakau. Keluarga kita ada gudang untuk buat barang2 perhiasan, perabut rumah dan senjata”

So aku macam, wait wait.. What?? Senjata? Teknologi apa yang orang dulu pakai buat senjata? Senapang ke?

“Senjata apa Tok? Senapang ke?”

“Tok pun tak tahu”

Sekali lagi aku tak expect cerita ni keluar dari mulut Tok aku. Reaksi aku time tu seolah2 aku baru je menyaksikan manusia kena langgar dengan train depan mata aku. Macam tu la reaksi dan perasaan aku time tu. Sangat terkejut. Deep gila sejarah keluarga aku ni. Dan aku hairan kenapa Tok aku tak cerita pasal ni dengan ahli keluarga. Lagi pelik, macam mana Tok aku tahu cerita ni?

Kata Tok aku, keluarga aku dulu kaya dengan hasil kutipan cukai dan hasil eksport. Ramai orang kampung yang kerja dengan keluarga kitorang dulu. Ada yang jadi petani, peladang, jadi skuad bersenjata. Tapi cerita tu semua dah terkubur. Takde sesiapa pun tahu.

Rumah asal keluarga kitorang dulu di ambil oleh British. Ladang2 dan gudang pun kena rampas sekali. Dan keluarga kitorang di halau daerah kerana Kepala Keluarga masa tu menentang penjajahan British. Dia menghantar Skuad Bersenjata menyerang British. Dia juga assist salah seorang pejuang tanah air yang ada dalam buku sejarah. Tapi nama pejuang tanah air tu aku rahsiakan. Keluarga kitorang hilang harta.

Ayah kepada Moyang aku berusaha menghantar Moyang aku ke MCKK atas dasar keluarga kami pernah berjasa kepada tanah melayu. Lepas tu Moyang aku terus berkhidmat dengan British dan kenal seorang Jurutera British, Doughlas (Yang dalam Gambar dengan Moyang aku).

Cerita Tok aku habis di sini. Turn aku tanya soalan pula. Korang boleh guesskan soalan apa yang aku nak tanya?

Pasal harta.

“Tok, zaman Moyang dulu, keluarga kita tak dapat langsung ke harta peninggalan keluarga?”

“Tak”

“Jadi harta Moyang tu semua, Moyang usaha sendiri?”

“Harta apa?” Tanya Tok aku.

Okay time ni aku cuak. Sebab Tok tak tahu yang Ayah aku tahu pasal Gambar2 tu dan juga harta dalam Gambar2 tu. Dan dia tak tahu yang Ayah aku bakar gambar2 lain di bawah arahan Ayah Tok aku.

“Tak Tok. Mus teka je. Tanah ke…” Jawab aku spontan. Agak bodoh jawapan aku sebab tanah dah dibahagi sama rata antara adik beradik Ayah aku. So tanah bukan issue.

Aku gelabah sampai tak boleh nak keluarkan ayat kelentong dah. Then Tok aku sampuk.

“Ada banyak lagi gambar selain dari gambar dalam laci tu. Mus jumpa ke lebihan gambar yang lain?”

“Tak. Sumpah Mus tak pernah tengok tak pernah jumpa”

Dalam cahaya tak berapa terang dalam ruangan kami, muka Tok nampak scary gila. Tapi ni peluang aku.

“Apa yang ada dalam gambar lain tu Tok?”

Aku sambung,

“Gambar apa lagi yang hilang? Gambar Moyang buat apa? Gambar Moyang dengan sape??”

Tujuan aku tanya, sebab aku nak clue untuk next harta peninggalan arwah Moyang aku. Lepas aku tanya, Tok aku jawab,

“Ada benda yang patut kita tahu, tak semestinya kita kena dengar”

Tok aku sambung.

“Mus dah tahu banyak. Tok nak pesan, lupakan benda ni. Mus takkan jumpa. Mus ingat Mus sorang je ke yang cuba cari harta Moyang? Meh Tok bagitahu Mus, dah dua generasi cuba cari harta peninggalan tu. Takde. Jangan buang masa macam Tok.”

Aku agak tergamam lepas Tok cakap macam tu. Aku dah putus semangat. Aku dah malas nak cari harta tu. Jam pukul 3 pagi masa tu. Tok aku senyap. Tak bercakap dengan aku. Kemudian dia tertidur. Aku tak pernah tengok Tok berjaga sampai ke pagi. Dia selalu tidur awal. Bangun pukul 4 pagi semata2 untuk beribadah. Tapi kali ni, dia berjaga sampai ke pagi. So, hanya satu sebab je kenapa dia jadi macam tu. Sebab Keris dalam almari tu hilang. Dan mungkin dia dah tunggu depan almari untuk tengok siapa yang ambil.

Cerita aku dengan Tok terhenti sekejap. Aku tak fikir untuk cari harta lain lagi sebab aku rasa aku takkan jumpa clue. Kalau bekas penghuni rumah ni dah mencari selama berpuluh2 tahun tapi still tak jumpa, apatah lagi aku yang nak cari dalam masa 2 hari ni. Sejujurnya, aku give up. Aku keluarkan rokok, dan aku nyalakan sambil smoke kat beranda. Sambil fikir masalah kerja dalam office pulak.

“Mus.”

Sepantas kilat aku berpaling ke arah Tok aku

“Ada tinggalan lain selain dari Cincin tu.”

Aku tunggu ayat seterusnya keluar dari mulut Tok aku.

“Tok dah tua. Dulu Tok macam Mus. Muda. Bila jumpa Cincin tu, Tok rasa Tok boleh cari tinggalan lain. Tapi Tok tak jumpa.”

“Mus dengar cerita tentang sejarah keluarga kita tadi. Mus fikir. Cuba fikir. Kat mana lubangnya”

Lubang? Lubang apa?? Mungkin maksud Tok aku, **CLUE** ? Lubang yang menghubungkan sejarah lama keluarga kitorang dengan situasi keluarga kitorang sekarang? Serius aku tak nampak. Muka Tok aku pulak macam tengah menduga+kerek. Seolah olah sedang menguji cucu dia. Macam dia nak tengok sejauh mana aku boleh pergi. So dalam hati aku time tu, aku anggap Tok umpama mencabar aku.

“Mus?” Tok aku tanya lagi.

Damn.. Lubang2. Time ni aku perah otak aku laju2. Sejarah lama. Rumah lama kena rampas. Ladang kena rampas. Keluarga kena halau. Ladang?

“Ladang Tok?”

Tok aku senyap kemudian dia angkat kaki nak masuk bilik.

Bukan ladang? Gudang? Barang perhiasan. Perabut rumah.. Perabut Rumah?!

“Tok, Perabut Rumah?”

“Mus nilai sendiri. Tok nak solat”

Arghh.. Separuh separuh pulak Tok aku ni. Tapi. Haah. Perabut Rumah. Keluarga aku dulu ada gudang membuat barang kraf tangan macam ni. Kalau imbas balik, aku jumpa gambar2 lama Moyang dalam laci yang tersorok dalam+bawah meja. Aku jumpa Cincin dalam Sarung Keris. Clearly, Moyang aku masih lagi mewarisi ilmu pertukangan dari keluarga aku. Jadi, tinggalan lain pun mesti di simpan dengan method yang sama. Aku jadi bersemangat balik.

Persoalan lama datang balik dalam kepala aku. Hidden Drawer. Gambar2 lama. The Chartered Mercantile Bank of India. Doughlas. Cincin. Mrs. Walker. Rosen House. Kenchana Cafe. Tulip Coffee. Sarung Keris. Sejarah Lama Keluarga. Yang paling penting sekarang ni. Kat mana semua tinggalan lain tersimpan?

————————————————

Maafkan aku. Aku terpaksa berhenti sampai sini. Aku pernah berjanji untuk habiskan semua dalam post ni. Kali ni aku berjanji sekali lagi untuk habiskan dalam post seterusnya. Dan aku berjanji juga, esok 17/12/16 aku akan post last part. Part 4. Dalam Part 4 ni, aku akan ringkaskan cerita ni. Dan bagitahu readers dan ahli keluarga aku, di mana sembunyinya barang2 tinggalan Moyang. Ya, aku jumpa. Untuk pengetahuan keluarga aku, Keris tu ada dalam rumah Moyang. Tapi Cincin tu ada dengan aku.

Dan untuk pengetahuan ahli keluarga aku juga, Aku tahu semua kisah Moyang. Siapa Moyang sebenarnya. Apa jawatannya. Apa lagi tinggalan Arwah Moyang. Jangan risau. Confession aku dalam ni bersebab. Korang akan faham nanti. Tunggu aku post esok. Untuk Nora, sorry aku belakangkan kau.

– Mus

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit