Kelemahan Seorang Guru

Assalamualaikum dan greetings kids. Eheh. Macam dalam kelas pulak. Terima kasih didahulukan sekiranya pihak IIUM confessions sudi menyiarkan cerita saya ni. Biarlah saya perkenalkan diri sebagai Chegu sahaja. Saya hanyalah guru sekolah rendah yang mengajar bahasa Inggeris. Mohon kebenaran untuk penggunaan ‘aku’ untuk ayat-ayat seterusnya. Ada orang yang tak biasa dengan penggunaan ni jadi aku minta maaf dulu. Aku akan menceritakan kelemahan aku sebagai seorang guru dan sikap anak sekarang yang semakin menjadi-jadi.

Aku akan cerita beberapa kejadian yang agak sadis aku hadapi sebagai seorang guru. Walaupun begitu, aku tetap suka dengan kerja aku. Menyampaikan ilmu dan membantu anak bangsa. Cuma, situasinya amat berlainan dari apa yang aku bayangkan. Perasaan aku? Sedih is an understatement. Later korang akan faham kenapa.

Aku baru memulakan perkhidmatan di sebuah sekolah pinggir bandar. Aku bayangkan ia sebuah sekolah yang guru-gurunya peramah dan bersifat kekeluargaan. Muridnya pula bersopan santun dan beradab. Jangkaan aku benar part guru-gurunya. Kebanyakannya peramah dan sangat welcoming. Part murid tu jangkaan aku jauh meleset.

Dalam seminggu aku di sekolah, aku diberi kelas paling ‘otai’ di sekolah. Geng-geng vandalisme, buli, samseng, pau duit, merokok and vape kat sekolah, ambil dadah, cakap lucah, kacau budak perempuan dan ponteng. Banyak sebenarnya dalam rekod disiplin tapi tak mampu la nak senarai semua. Masa dapat tu aku tak tahu menahu yang kelas tu kelas otai. Aku cuma makcik baru start keje yang super excited nak bantu anak murid aku. Hahah.

Jika aku imbas kembali pendekatan aku mula-mula tu. Aku memang tak naik suara. Aku ni jenis yang agak soft spoken. Tak reti marah (itu sebelum part Harley Quinn aku keluar mengamuk) Ye lah sekarang zanan saman sokmo. Mungkin ini silap aku. Pengajaran aku banyak berbentuk games untuk tarik minat anak murid. Murid aku jujur aku katakan waktu tu vocabulary diorang almost none. Bayangkan lah eja basic sight words pun tak reti pada usia 12 tahun. Paling sadis. Lima daripada diorang tak reti baca bahasa Malaysia pun. English lagi la susah. Aku kesian kat diorang so aku lagi nekad nak bantu.

One fine day, masa aku mengajar dalam kelas. One boy aku namakan Bully kicked one of his classmates. Kick dia ni bukan jenis yang perlahan tau. Ni kick penerajang tu berkali-kali. Masa tu aku tengok muka dia lain macam. Dalam hati aku syak dia kena rasuk. Haha. So aku baca ayat kursi (dalam panik itu je yang aku baca) sambil tarik dia dari kawan tadi. Ada budak tanya aku baca jampi ke. Haha. Aku tanya Bully kenapa dia sepak kawan. Dia kata sebab kawan tu ejek dia.Kawan tu pulak ckp Bully ejek dulu. Nafas si Bully turun naik menahan darah baran. Aku hantar diorang dua jumpa guru disiplin. Lepas hantar tu macam-macam kawan-kawan Bully cerita. Dia memang agak samseng. Aku tak percaya lagi cakap budak-budak ni. So aku tanya cikgu-cikgu. Diorang cakap budak tu memang macam-macam masalah disiplin. Tambah diorang lagi, bukan sorang je bermasalah. Almost semua dalam kelas tu. Aku mula cuak. Macamna lah aku nak handle ni?

Since then, sifat baran Bully menjadi-jadi. Selain tu, yang lain pun dah mula tunjuk perangai. Ada yang tak reti duduk diam asyik nak berjalan bersembang padahal cikgu tengah mengajar (tapi ini lebih kepada kurang peka tentang adab bagi aku). Ejek nama mak bapak tu memang habit diorang. Jenuh marah. Tak lekat. Aku pula jadi helpless nasihat tak masuk ke hati diorang. Aku memang tak selesa sokmo nak marah naik suara. Dah la nak kejar silibus dalam masa yang sama distracted dengan perangai diorang pulak tu. Kerja diluar kelas lagi. Memang stress.

Bayangkan setiap hari guru-guru, pakguard, ibubapa murid lain, pekebun dan makcik cleaner datang lapor pada aku pasal diorang. Setiap. Hari. Wajib. Ada. Kes.

“Chegu, tadi Sonaone pau duit murid Tahun satu. Makbapaknya cari Sonaone.”

“Chegu, si Black, Bully dengan si Mantino ponteng waktu agama, ada murid nampak diorang merokok belakang sekolah.”

“Chegu, Yuna dengan budak perempuan kelas chegu gedik menari-nari lagu korea belakang kelas.”

Yang paling kerap aku terima aduan berbunyi…

“Chegu, si _____ bergaduh dengan si _______ tadi.”

Aku bersabar dengan semuanya. Tindakan aku hanyalah marah dengan nasihat diorang. Catat kesalahan. Sehinggalah aku dah capai limit aku.

Satu hari, aku masuk mengajar macam biasa. Sewaktu mengajar, si Bully mula datang syaiton baran dia dan menumbuk si Black bertubi-tubi. Aku dumbfounded lagi untuk yang ke seratus kali. Lol. So aku leraikan macam biasa sambil minta sorang murid cari guru disiplin. Tiba-tiba si Bully mengejar Yuna pula sebab budak perempuan tu marah si Bully pukul si Black. Aku cover si Yuna dan Black sambil si Bully berpusing-pusing nak cari ruang nak pukul. Aku rimas so aku suruh dia pergi jumpa cikgu disiplin. Dia geram then tunjuk jari tengah dan cakap “Butuh, pegi mampus lah kau!”

That’s it. Itu line merah aku yang dia dah crossed. Time tu aku rasa panas satu badan. Tak pernah rasa macam tu. Bayangkan murid yang aku one on one ajar baca dan tulis setiap hari. Hari ni tunjuk jari tengah dan suruh aku pegi mampos? Wow. Luka tu masih belum sembuh.

Since then, aku tak bagi muka kat seorang pun. Tocang Harley Quinn aku dah tahap mengganas sampai budak-budak tu panggil aku Joker. Bukan sebab kelakar tapi sebab denda yang kejam. Daripada dulu tak denda langsung sampai lah sekarang diorang takut kalau aku glare. Adalah salahnya tu. Daripada dulu masuk kelas senyum sokmo sampai lah sekarang diorang seronok kalau aku tergelak sebab jarang senyum dengan diorang. Lepas sedar tersenyum, masam muka balik. Psycho. Lol. Bukan berdendam tapi aku made up my mind since hari bersejarah tu, aku kena tegas.

Kebanyakan budak-budak ni mengadu masalah di rumah. Mudah cakap antara penyumbang masalah sikap diorang ni datang dari rumah dan pilihan kawan-kawan. Tapi mostly datang dari diri sendiri lah kan.

“Chegu, mak saya dalam penjara.”

“Chegu, saya rindu ayah saya. Mak ayah dah cerai. Semalam ayah kawin baru tapi saya tak dapat jumpa ayah. Mak tak bagi.”

“Chegu, saya dah takde ayah. Chegu ada ayah lagi?” (ayahnya hidup lagi cuma Bully masih marah kena sebat dengan ayahnya)

“Chegu, pernah minum arak? Saya pernah. Pakcik saya bagi. Semalam saya teman dia beli ganja.”

Maaf lah tapi cikgu-cikgu kebanyakan yang rapat dengan murid memang akan tahu serba sedikit masalah family. Budak-budak tu kadang-kadang cuma nak tempat meluahkan masalah. Pada umur 12 tahun mesti lah diorang runsing memikirkan masalah orang dewasa dan diorang pula tak boleh beri bantuan apa-apa untuk ubah keadaan.

What if budak-budak ni besar nanti tunjuk jari tengah dan mencarut pada mak bapak diorang pula? Thinking of this yang buat aku nekad berubah total. Aku kena step up untuk bentuk adab diorang. Takut sebenarnya sebab banyak cikgu-cikgu sekarang kena saman walaupun sekadar membebel. Sikap budak-budak ni aku dah nampak pada most budak-budak sekarang. Tak ke kita takut or risau? Generasi ni nanti akan join masyarakat. Aku tak sanggup fikir yang masyarakat kita akan terdiri daripada vulgar people. Hopefully murid-murid aku ni akan berubah dah besar nanti. Apa boleh kita buat untuk ubah semua ni? Aku seru bantuan ibu bapa dalam hal ni. Didikan awal bermula di rumah. Bentuk anak-anak. Dekati diorang. Tegas dengan diorang. Usaha dari rumah akan sangat-sangat membantu pihak sekolah dan anak-anak ni. Untuk guru-guru baru, stay strong! Salute pada guru-guru lama. Doakan jiwa kami sekuat kalian.

– Chegu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit