Bismillah and Assalammualaikum . First,thanks kepada admin yang sudi approve confession aku ni for second time. Kisah yang aku nak kongsi ni lebih kepada luahan hidup aku.
Masalah yang aku lalui ni adalah masalah keluarga aku sendiri.Aku ada 7 adik beradik. Aku anak ke-5.Yang aku nak cerita ni abang aku,dia anak ke-4.Aku dengan dia jarak umur setahun je.Aku gelarkan dia ‘H’ kat sini.H ni dalam family memang lain sikit.H suka memberontak.Waktu H darjah 2 ,perangai dia dah mula nampak dah.Kalau balik dari sekolah tu,H taknak ayah and mak aku hantar amik dia dari sekolah. H lagi sanggup jalan kaki.Lagipon sekolah tu kat kampung kitaorang sendiri.Lebih kurang jaraknya 1km.Kalau aku yang balik dulu dari sekolah,H akan mengamuk.Nanti balik tu mesti ada barang yang dihempas hempas.Kalau buka kunci pintu lambat ,pintu tu diketuk kuat bagai nak pecah. Kadang tu basikal ditumbangkan dia.Bila mak ayah nampak perangai H lain macam,mak ayah decide untuk bawa dia berubat . Sekurangnya dapat kurangkan panas baran dia.Bukan tak pernah nasihat,marah,sebat,tapi perangainya semakin menjadi jadi.Mak aku tak bawa H sekali untuk berubat sebab dia jenis mengasingkan diri dalam keluarga. Kalau gi keluar jalan pon H ambil haluan dia sendiri walau mak aku panggil dia. Jadinya,bila berubat tu , ustaz akan baca kan beberapa ayat kat minuman . Niatkan dia berubah.Lastly ustaz tu kata makin besar H tu akan dapat kawal sendiri perangai dia. Sambil parents aku berdoa untuk dia berubah,parents aku pegang kata kata bahawa dia akan berubah bila dia membesar.
Tahun demi tahun berlalu,perangai dia tetap sama.Barang barang dalam rumah rosak kerana H. Barang sekolah aku juga banyak rosak kerana H.Perabot dalam rumah dicalarkan,hiasan pasu bunga mak aku dia selerakkan,pensil aku dipatahkan dan banyak lagi. Perasaan aku waktu tu memang marah tapi aku masih boleh bersabar. Kalau aku hilang sabar aku menjerit sambil menangis.Aku rasa dalam family aku macam takde kebahagiaan.Sekejap sekejap ada je masalah yang H ni bagi .Tapi waktu ni aku masih di alam sekolah rendah,aku masih belum hadam secukupnya lagi tentang masalah ni.Tahap kesedihan aku belum memuncak lagi
Masuk ke alam persekolahan menengah,perangai dia makin menjadi jadi.Baju yang dia nak jadikan sasaran digunting.kadang diludah..H ni macam tak puas hati kat kitorang tanpa sebab.. Memang dia tak kira baju tu parents aku punya ke,memang dia buat jugak.Kalau ejek ejek tu memang dah selalulah.Kadang bila tak ada orang,dia geledah bilik cari duit.Habis je dari tingkatan3 (tahun lepas),dia berhenti sekolah.Puas parents and abang aku yang lain marah nasihat H ni tapi dia keras kepala.Bila dia tak sekolah lagi tu,memang pengurusan diri dia tak jaga.Rambut dia dibiarkan panjang dan diperangkan.Panas baran dia juga makin menjadi jadi.Ada suatu haritu,mak aku tegur H,entah apa dia buat aku lupa,H ni bagai api dismbah minyak.Meledak kemarahan dia sampai dia amik besi basikal dia and hentak kat pintu,peti ais.Besi tu diseret ke lantai sambil mundar mandir depan bilik kitaorang. Kejadian berulang juga bila satu hari tu dia cari minyak masak tak jumpa. Padahal waktu tu minyak dah habis.Apa yang dia fikirkan,minyak tu kitaorang nyorokkan. Bila dah tak tahan tu,parents pon report polis.Bukan nak memanjangkan masalah tapi sebab dah tiada pilihan dah. Fikirnya nak hantar ke pusat pemulihan akhlak Bila polis datang H ni lari.Lastly masalah ni terhenti je sebab polis pon taknak campur tangan lagi.Parents faham.
H ni juga suka meludah . Dalam satu jam tu mesti dia meludah and berkahak.Kadang meludah kat sinki,kadang meludahnya sembarangan tak kira kat ruang tamu.Lagi sekali,H dibawa berubat. Tapi yang ustaz ustaz tu kata ada saka nenek moyang dulu yang menumpang badannya.Lebih tiga orang ustaz yang berkata demikian. Sorang ustaz tu pukul lah sejadah kat badan H,dan memang H ni menggigil. Tapi parents dah tak teruskan sangat perubatan ni sebab masalah kewangan. And nampak perangainya still sama. Tapi H dah tak hentak besi lagi. Kitaorang satu family memang bingung tengok keadaan macam ni sama ada perangai yang dibuat buatnya sendiri atau dari gangguan H . Doa memang tak pernah putus.Air yang dibacakan yasin pon kitaorang buat.Tapi still sama.H ni kadang memberontak nak sangat masuk ke sekolah sukan . Tapi dengan masalah dia berhenti sekolah,memang agak sukar . Hari hari dia bebel nak masuk sekolah sukan.Ada sorang kawan mak aku ni cakap,dia ni istimewa yang mana dia tak paham orang lain dan orang lain juga tak akan paham dia.Dia cuma luahkan dalam bentuk memberontak.Lagi satu,kawan mak aku ni cakap yang H tak boleh lapar.Kalau lapar makin kuat dia memberontak .Tapi kitaorang memang sejak tu lebihkan dia,cuma dia je yang tak perasan semua tu.Sungguh,aku dalam usia remaja ni rasa ujian ni terlalu berat bagi aku. Aku jadi seorang yang sering termenung sampai selalu menangis. Aku buntu. Aku dah tahan benda ni bertahun tahun lamanya. Aku jadi seorang yang selalu mempersoalkan jalan hidup aku.Aku sedar yang tu semua takdir yang patut aku terima,tapi hati mana lagi yang mampu bertahan tengok keluarga porak peranda . Sedangkan kalau H ni ada kat dapur pon,kitaorang tak berani nak sama sama untuk kedapur.Memang kitaorang lepaskan dia dulu untuk beredar dari dapur. Hati aku dah penat. Aku terluka dengan sikap dia. Aku nak sangat ada keluarga bahagia macam orang lain ada. Bila aku luah ,hanya perkataan “sabar” menjadi jawapan. Aku penat sangat menanggung ni semua.Hanya senyuman je yang dapat aku sembunyikan masalah aku ni.Memang aku akui walau setabah mana pun aku nak lalui semua ni,kadang ada juga aku cederakan diri aku . Bila aku sedar aku cepat cepat beristighfar. Tapi aku ulang balik bila aku dah terlalu penat .Hati aku penat dengan ujian sama yang tak ada kesudahannya sampai sekarang . Pada aku,buat apa kejayaan dalam pelajaran sedangkan kegembiraan tu akan menjadi duka dengan masalah yang aku tanggung ni . Usia remaja aku tak seperti usia remaja yang lain.Tapi aku berjanji pada diri aku yang aku tak akan berputus asa.Allah maha mendengar.Mungkin Allah tunggu masa yang sesuai untuk aku.Maafkan aku yang kadang bertindak agresif bila rasional aku hilang.Aku tunggu saat saat Allah makbulkan doa dan harapan aku.
Terima kasih kepada yang sudi membaca.Aku cuma mahukan kata kata semangat dari korang semua . Aku memang jarang cerita hal ni kecuali kat sahabat aku yang aku percaya.Aku sorok masalah aku di sebalik senyuman aku . Sebab aku tahu ,tak akan ada orang yang faham apa yang sebenarnya aku rasa.Dan aku nak tanya,ada ke keluarga orang lain yang hadap masalah sama macam aku?
Terima kasih sekali lagi .
– ariza
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit