Bayar RM9,500, Tapi Anak Masih Tidak Pandai Mengeja Dan Membaca

Salam Sejahtera kepada Semua,

Di sini kami ingin berkongsi pengalaman kami menghantar anak yang berumur 6 tahun ke Pra-Sekolah (PreSchool in English)

Tujuan kami berkongsi pengalaman ini adalah dengan niat seikhlas hati agar perkara yang sama tidak akan dialami ataupun dilalui oleh mereka yang lain. In Sha Allah.

Sebagai pembuka bicara, ingin kami kongsikan serba sedikit mengenai diri kami. Kami merupakan sepasang suami isteri yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Ibu Negara. Berkelulusan ijazah dalam bidang kejuruteraan dan alhamudlillah bekerja di bidang yang sama. Kami dikurniakan 3 orang cahaya mata, 2 lelaki dan 1 perempuan berumur 6 tahun, 3 tahun dan 1 tahun. Alhamdulillah kesemua mereka cukup akal, sifat, aktif dan sihat walafiat. Memandangkan kami berdua bekerja jadi kedudukan kewangan kami agak stabil. Sepertimana ibu bapa yg lain, kami juga berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk anak anak kami dalam segenap perkara memandangkan kewangan bukan penghalang untuk kami.

Segala nya bermula pada bulan November 2015, apabila ketika itu kami sedang mencari pra-sekolah yang bersesuaian untuk anak sulung kami yang bakal memasuki usia 6 tahun pada 2016. Memandangkan kami menetap di Setia Alam jadi kami memfokuskan pencarian Pra-Sekolah untuk anak kami di sekitar Setia Alam. Tidak dinafikan di sekitar Setia Alam terdapat pelbagai Pra-Sekolah yang mempunyai ‘brand name’ yang agak bagus. (anda boley google/yahoo Pra-Sekolah di Setia Alam atau PreSchool at Setia Alam)
Sebagai persiapan sebelum anak kami menjengah usia 7 tahun, jadi kami berpendapat bahawa anak sulung kami perlu dihantar ke Pra-Sekolah yang boley memupuk minatnya untuk belajar tanpa paksaan di umur 6 tahun. Jadi kami tertarik dengan kaedah MONTESSORI. (anda boley google/yahoo sendiri apa itu MONTESSORI)

Kami tertarik dengan sebuah Islamic Montessori yang diberi nama BXH (nama samaran). Jadi kami pergi ke kampus BXH di Setia Alam. Pertama kali kami pergi ke kampus berkenanan. Branch manager di kampus tersebut memberikan penjelasan ringkas tentang kampus BXH (jumlah pelajar, ruang belajar, ruang makan) dan juga jadual yuran yang perlu dibayar. Kami tidak langsung diberikan penerangan apa itu program membaca yang mempunyai tahap (level) GRAPE SERIES, LEMON SERIES, STRAWBERRY SERIES etc yang dilaksanakan di kampus BXH. Okay, nanti kami terangkan secara ringkas apa itu GRAPE SERIES, LEMON SERIES, STRAWBERRY SERIES etc. Apa yang nk diberitahu di sini adalah tiada langsung (ZERO) penerangan berkenaan program mereka. Leaflet, pamphlet ke apa ke langsung tidak ada. Masa itu kami tidak tahu betapa pentingnya penerangan secara JELAS tentang program BXH. Maklumlah ‘EXCITED’ terlebih sebab kononnya dapat bagi pendedahan suasana pembelajaran yang menggunakan kaedah MONTESSORI kepada anak sulung kami. (Dulu time kami bebudak mana lah tahu MONTESSORI tue apa, yang penting dapat pergi tadika)

So Hujung bulan November 2015, kami buat keputusan untuk ‘enroll’ anak kami ke kampus BXH. (Menyesal sangat sebab tidak buat banyak ‘research’ di internet berkenaan BXH sebelum ‘enrolled’ anak ke kampus BXH. Nasi dah jadi bubur – sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya).

Kami pergi semula ke kampus BXH di Setia Alam dan membuat pembayaran sebanyak RM 2700++ secara TUNAI – lump sum untuk semua perkara dan aktiviti i.e sports day, field trip, learning material for term 1 & term2. Branch manager tue pun apa lagi, ‘EXCITED’ lah kan sebab dapat customer baru. Dia just bagi simple receipt kepada kami yang tidak mempunyai perincian lengkap(‘payment details’) untuk perkara/aktiviti yang kami bayar (payment method pun dia tidak TICK – pada hal kami bayar CASH). Nasib baik Kami jenis yang simpan semua resit walaupun resit yang branch manager nie bagi nmpk cam resit bodoh je. Ingtkan pihak BXH akan email official receipt kepada kami. Habuk pun tak ada.

Okay, dipendekkan cerita, anak kami pun join kampus BXH mulai January 2016. Mereka ada perkenalkan program “XX plan” pada hujung Feb 2016 untuk semua pelajar berusia 6 tahun – konon nya program ini bertujuan untuk memastikan mereka yang berusia 6 tahun boley membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan English serta mengira. Program itu tamat dalam bulan April. Tapi kami tidak dapat melihat pencapain positif daripada anak kami. Masa itu kami rasa masih awal lagi dan x tak perlu untuk beri sebarang tekanan pada anak kami sebab umur dia baru je 6 tahun. So kami bersangka baik dan berharap akan ada perubahan dari segi pencapaian anak kami.Di rumah kami ada ajar dia membaca menggunakan buku tambahan (beli sendiri kt kedai bukan pihak BXH bg ye)

Bulan Jun, pihak BXH anjurkan ‘progress report day’ untuk semua pelajar. Masa kami ambil progress report untuk anak kami, aunty IX (nama samaran) yang in-charge untuk group belajar anak kami bgtahu yang anak kami agak terkebelakang dari segi pencapaian dan dia masih belum boleh membaca samada dalam Bahasa Malaysia atau English. Aunty IX explain pasal GRAPE SERIES, LEMON SERIES, STRAWBERRY SERIES etc (ini semua tahap/level yang pihak BXH buat untuk program MONTESSORI dalam mengenal huruf, mengeja, membaca dalam bahasa English. Dorg guna phonics untuk mengenal huruf). Aunty IX kate memang normal untuk pelajar untuk ambil masa yg lama dalam GRAPE SERIES. Bila kami tanya ada apa2 plan untuk tolong ‘improve’ kan pencapaian anak kami tak supaya dia boleh catch up? Dengan selamba je si aunty IX cakap tak ada. Dia kater dia hanya akan ikut program yg pihak BXH aturkan. Tak ada langsung usaha dia nak bawak perkara nie (slow progress anak kami) ke pengetahuan pihak BXH di HQ. Sebelum sampai giliran kami ambil progress report anak kami, ada juga ibu bapa lain yang complaint anak dia selalu confuse dengan huruf dan masih tak boleh membaca. Aunty IX nie bagi respons yang sama mcm dia bagi pada kami, sungguh mengecewakan. Tak ada langsung kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk buat dan bagi yang terbaik untuk pelajar umur 6 tahun dalam group yang dia jaga. Drpd situasi ini, memang jelas yang Aunty IX nie memang below expectation.

So lepas hari progress report tue since kami dah tahu yang Aunty IX nie memang tak boleh pakai, jadi kami maklumkan kepada branch manager kampus BXH. Kami bgtahu dia kalo boleh tolong ‘improve’kan pencapaian anak kami dalam membaca mungkin adakan latihan extra untuk anak kami. Tapi, senang je branch manager tue respons dengan muka dia yang sangat annoying “ooo, sepatutnya kalo umur dah 6 tahun budak dh kena masuk LEMON SERIES. Selalu nya umur 5 tahun budak2 akan belajar GRAPE SERIES dan boleh kuasai GRAPE SERIES jadi bila dh 6 tahun dorg akan start dengan LEMON SERIES jadi senang pelajar nak pandai membaca” Biadap sungguh si branch manager nie respons cmtue, padahal dia memang tahu anak kami bukan nya join kampus BXH drpd umur 5 tahun. Masa dapat duit CASH RM2700++ dari kami, si branch manager nie tak ada langsung terangkan tahap/peringkat membaca i.e GRAPE SERIES, LEMON SERIES, STRAWBERRY SERIES etc yang digubah menerusi kaedah MONTESSORI untuk pelajar kuasai sebelum mereka dapat membaca. Memang below expectation betul. Tahu nak ambil duit je tapi tak peduli langsung untuk jalankan tanggungjwb selari dgn objective BXH.

Kami rasa kecewa sangat sebab, selain branch manager kampus BXH, kami tak tahu saluran apa yang boleh diguna pakai untuk ‘voice out’ kan concern kami.

Sampailah hujung bulan September, ada incident anak kami dapat kesan luka yang sangat jelas lagi nyata kat dahi – kemudian barulah ade Division Manager (atas daripada branch manager) daripada pihak BXH call kami. Barulah kami tahu kewujudan division manager nie. Division Manager nie call sebab branch manager tak dapat nk selesaikan issue luka kt dahi anak kami. Jadi pihak BXH di HQ akan siasat kes luka anak kami.
Selain kes luka, kami ‘voice out’ kan concern kami berkenaan pencapaian anak kami yang dh 9 bulan kt kampus BXH Setia Alam tapi tak boleh membaca.

Kemudian ada sesi antara kami dan division manager serta CXO BXH. Mereka setuju untuk membantu dalam pencapaian anak kami. Mereka turun ke kampus Setia Alam, lakukan penilaian terhadap pencapaian anak kami dan kemudian arahkan kampus BXH Setia Alam untuk adakan latihan tambahan secara konsisten untuk anak kami mulai bulan October (‘corrective action’ untuk membantu perkembangan anak kami).
Alhamdulillah dalam bulan November, kami dapat lihat perkembangan positif anak kami. Walaupun anak kami tidak dapat membaca dengan lancar (perlukan 80% bimbingan semasa membaca) tapi bolehlah daripada dulu.
Bayangkan sekiranya ‘corrective action’ yang disarankan oleh CXO dan division manager ini dibuat seawal bulan Jun, sudah tentu anak kami pencapaian anak kami tidak seteruk ini. Dah sangat jelas kat sini bahawa branch manager & Aunty IX nie gagal mainkan peranan dan jalankan tanggungjwb mereka.

Selain daripada itu, kami tak sangka rupanya ada lagi kanak2 lain yang dah join kampus BXH seawal umur 4-5 tahun tapi masih tidak boley membaca apabila mereka mencapai usia 6 tahun. Bila kami kongsikan masalah kami dengan rakan sepejabat, rupanya kes budak yang dihantar ke kampus BXH tidak boleh membaca nie adalah perkara biasa. Ramai ibu bapa lain yang alami nasib yang sama dgn kami. Ada yang update masalah anak mereka tidak pandai membaca etc di blog/FB tapi selepas tue mereka dapat surat lawyer daripada pihak BXH. Yes, BXH ini satu brand name yang agak popular di Malaysia. Merata rata ada kampus mereka tapi quality tidak dijaga. Kasihan anak2 yang jadi mangsa pencapaian tertinggal di belakang dan ibu bapa terpaksa berkorban duit & perlu cari alternative lain untuk selesaikan masalah anak tidak pandai membaca.

Hujung bulan September CXO tue ada juga cakap yang mereka plan nak buat sesi Ibu Bapa di kampus BXH Setia Alam .Sekarang dah bulan Disember, tak ada apa2 update berkenaan sesi tersebut. CXO pun ada offer untuk anak kami sambung belajar membaca selama 2 minggu (half-day session) di bulan Disember kat BXH Setia Alam tapi kami tolak. Sebab kami dah tawar hati nak berurusan dgn Aunty IX dan branch manager yang below expectation tue. Hantar 9 bulan pun tak ada hasil, kena tunggu campur tgn daripada CXO dan division manager barulah ada improvement untuk anak kami. Untuk sesi selama 2 minggu dalam bulan Disember, what could we expect?

Sebagai penutup bicara, pengajaran yang kami dapat:
1. Tidak semestinya bilamana kita bayar premium untuk Pra-Sekolah anak i.e RM9500++ untuk setahun , pihak Pra-Sekolah akan janjikan ‘output’ (pencapain anak) yang ‘premium’.
Sebab ape? Sebab semua nya bergantung pada tenaga pengajar di kampus berkenaan. Tidak semestinya pihak Pra-Sekolah akan menggaji kan tenaga pengajar yang berkualiti (i.e diplom/degree holder in early childhood education etc) kerana mereka sudah tentu mahu menjimatkan kos operasi mereka. Mereka ini sebenarnya mahu membuat keuntungan semata-mata. Bukannya nak develop anak2 menerusi kaedah MONTESSORI yang sebenar.

2. Kaedah MONTESSORI ini sangat bagus dan ianya akan Berjaya dengan berkesan sekiranya tenaga pengajar berkenaan betul2 kompeten dan bijak membimbing pelajar tersebut. Kalo dapat yang below expectation mcm dalam kes kami, hasil nya sudah tentu mengecewakan. Mereka ibarat makan gaji buta je. Sekiranya anak anda tak dapat catch up dengan program BXH itu bukan masalah mereka, yang penting mereka dapat duit gaji dan faedah lain tiap2 bulan, (i.e branch manager tue anta anak2 dia 3 orang kt BXH tapi satu sen pun tak byr, free je . Aunty IX tue duduk kat kampus BXH tak perlu nk sewa rumah, bayar bill elektrik, air etc, free je)

3. Buatlah ‘research’ yang teliti sebelum menghantar anak anda ke mana-mana Pra-Sekolah. Cari feedback/komen drpd ibu bapa yang pernah menghantar anak mereka ke Pra-Sekolah tersebut.

Oh ya, berkenaan dengan bayaran RM2700++ yang kami buat, si branch manager tidak pernah update dalam sistem. Nasib baik kami simpan resit bodoh tue, so setiap kali kami dapat invoice mengatakan kami belum buat bayaran, kami akan ambil gmbr resit tue dan hantar kepada branch manager tersebut. Bayangkan kalo kami tidak simpan resit bodoh tue dan kami bayar lagi. Agak2 siapa yang dapat keuntungan? Rasa macam dia nie ada ‘gelap’kan duit kampus BXH tue tapi kami x ada bukti. Biarlah benda tue jadi urusan dia dgn pihak BXH & Allah SWT. Malas nak campur.

Peringatan– jgn buang resit yang diberi selepas pembayaran, jangan bayar lump sum amount in advance (seperti yang kami buat). Bayar untuk setiap aktiviti/program bila sampai masa/tarikh untuk buat bayaran (tak perlu bayar in advance)

Sekian, sekadar renungan untuk semua. Kami dah dapat pengajaran kami jadi kami kongsikan supaya dapat memberi manfaat pada semua. Daripada berbelanja besar untuk Pra-Sekolah anak, adalah lebih baik kita berbelanja besar untuk pendidikan rendah, menengah atau university anak. Memandangkan keadaan ekonomi yang tidak bagus, harap ibu bapa di luar sana dapat mengambil ikhtibar daripada kisah yang kami kongsikan.

– Izzara Jasmine (Bukan Nama Sebenar)

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit