Assalammualaikum wbt. Terima kasih kalau admin siarkan confession ni. Mungkin confession ni panjang. Mungkin lah hehe. Makanya, harap korang tak bosan membaca okay.
Nama aku Elisya. Aku anak tunggal dalam keluarga tapi dulu baba pernah berkahwin dengan someone and dapat 5 orang anak. And then, diorang bercerai disebabkan kehendak ‘perempuan’ tu sendiri. Dari awal diorang kahwin, memang perempuan tu tak pernah suka baba. Tak suka tak suka pun 5 orang juga keluar. Dengar cerita diorang kahwin sebab perempuan tu kena paksa dengan mak ayah dia. Yang si baba ni pun mak ayah dia juga yang carikan, tapi baba jenis tak memilih dan terima je pilihan mak ayahnya lagi pula masa tu baba kerja dekat ‘negara sebelah’ so tak ada masa nak mencari jodoh sendiri. Diorang kahwin dan sepanjang diorang hidup bersama, perempuan tu tak pernah nak anggap baba suami dia. Yang kelakar, bila dia ada hutang dia akan suruh baba bayar. Nampak sangat nak guna-gunakan bapak aku haih *nasib aku tak wujud lagi masa tu*. Baba terlalu redha dan tabah, baba ikut je kata perempuan tu. Sampai ada yang kata baba suami yang dayus. Tapi betul, kalau tengok dari pandangan mata, baba seorang suami yang dayus *tapi aku tak tengok lah, ni saudara-mara cerita hehe*. Baba hidup dengan dia lama juga, sampai ada 5 cahaya mata and diorang semua pun dah besar-besar dah sekolah, abang yang sulung and kedua mungkin dah habis sekolah. Ada satu hari, baba dikenalkan dengan umi oleh seorang makcik ni tak tahu lah dia siapa tapi umi kata tu kakak angkatnya.
Terima kasih makcik sebab kenalkan umi and baba hikhik. Masa tu baba masih belum bercerai lagi dengan perempuan tu. Umi dan baba kenal-kenal. Umi kata masa tu, dia tak terfikir pun nak kahwin dengan baba. Apa yang umi fikir, dia nak satukan hati baba dengan perempuan tu. Tapi ada satu hari, perempuan tu suruh baba ajak umi keluar sekali sebab katanya dia nak tengok siapa perempuan yang boleh gantikan tempat dia nanti. Hari tu, hari yang umi tak kan lupa sampai bila-bila. Umi always story pasal tu dekat aku berulang-ulang kali. Nak tahu sebab apa? Hari pertemuan mereka bertiga dan hari dimana umi tengok sendiri dengan mata umi perempuan tu buruk-burukkan ‘suami sendiri’ depan orang dan ditunjal-tunjalnya kepala baba. Hello, whts goin’ on? That time dia masih isteri baba tau. Masa tu umi rasa sangat kesian dekat baba and masa tu umi terbuka hati nak ambil baba jadi suami. Jujur kata, mula-mula umi nak kahwin dengan baba sebab umi kesian. Cinta tu boleh dipupuk lepas kahwin kan. Masa tu umi kata dengan perempuan tu “kalau saya jadi awak, saya tak kan ada dekat atas pelamin masa tu dan saya tak akan beranak 5 ekor anak” EKOR KAU! Hahahaha okay lol. Okay betul juga apa yang umi kata. Manusia macam tu, kena diajar lantaklah orang sekeliling nampak and dengar apa yang umi cakap tapi lagi memalukan apa yang perempuan tu cakap kan. Umi tak apa lah, umi bukan isteri baba pun time tu. Lepas umi cakap macam tu je, perempuan tu terus pasang koyok kat kepala. Konon-konon pening lah kena sembur dengan umi hahaha kesian huh. Lama-lama umi dengan baba makin rapat, umi dah boleh terima baba seadanya. Korang bayangkan eh umi anak dara tau masa tu and terima duda yang ada 5orang anak dimana anak-anak baba semua dah besar-besar. Sangat dugaan juga tu. And then, pada tahun 19**, baba and umi getting married. Dalam masa baba and umi hidup sebagai sepasang suami isteri, terlalu banyak dugaan yang Allah beri. Perempuan a.k.a bekas isteri baba, masih belum berdiam diri. Dia menghasut sorang-sorang anak dia, tinggal dengan dia. Bila anak dia dah besar and dah kerja je, dia suruh tinggal dengan dia. Yang masih bersekolah, dia biar je. Umi kata masa tu, umi lah yang belikan baju seluar kasut sekolah apa semua dekat anak-anak tiri dia ni. Umi anggap diorang anak-anak kandung umi yelah kena lah dah kahwin dengan bapak dia kan. Baba pula jenis busy dengan kerja. Jadi umi lebih ambil berat tentang anak-anak tiri dia ni. Masa mula-mula baba and umi kahwin, semua anak-anak baba panggil umi “mak” lepastu mak diorang kata “mak tu ada satu je kat dunia ni” and sampai sekarang, abang-abang kakak panggil umi “makcik”. Okay tu umi kata umi tak kisah. Perempuan tu mak diorang, diorang kena ikut kata mak diorang. Tapi makin lama, diorang ni pun makin menjadi-jadi perangai bila mak diorang ni menghasut. Umi kata makin diorang besar, makin banyak cabaran dan dugaan yang umi kena hadapi. Baba pula jenis malas nak pandang belakang semula. Apa yang perempuan tu jaja cerita buruk pasal baba dekat orang lain, baba tak ambil port. Dia sangat suka menjaja cerita buruk a.k.a fitnah dan menghasut orang dengar cakap dia. Sampai anak-anak dia pun terhasut. Sampaikan umi pernah kena pukul teruk dengan abang yang sulong masa period. Period okay period. Bayangkan lah perempuan tengah period macam mana, dengan lemah dia *ni perempuan je tau k*. Bayangkan, anak tiri pukul mak tiri. Selalunya mak tiri yang jahat kan? Hahaha tapi tu kebanyakan dalam drama je. In reality, some of anak tiri pun tak boleh percaya sangat. Sampai macam tu umi kena. Masa tu dekat kampung, baba pergi solat jumaat dengan pakcik-pakcik lain. Yang ada perempuan je. Bayangkan masa tu betapa kelang-kabut semua sorokkan segala bahan tajam macam pisau, parang etc. Aku masih tak wujud masa tu tapi aku dapat bayangkan situasi tu macam mana. Umi juga pernah gugur tahun kedua perkahwinan umi dengan baba sebelum mengandungkan aku, sampai kemana-mana dijajanya cerita oleh perempuan tu dikatanya tuhan tu nak tunjuk perbuatan umi dengan baba sebab tu anak tu gugur. Dia taktahu kisah sebenar, and dia boleh fitnah macam tu je. Tapi umi redha, umi kata tu kerja dia jadi biarkan. Okay tu semua cerita lama.
Sekarang ni, alhamdulillah umi and anak-anak tiri dia semua dah okay. Diorang pun ada yang dah ada family sendiri so diorang lebih matang kan sekarang. Cuma mak diorang je masih tak berdiam diri. Bila aku umi dan baba pergi mana-mana kenduri saudara, bila perempuan tu ada je, dia akan cerita macam-macam kat orang sampai orang tu akan pandang kiteorang serong gila sedangkan masa mula-mula orang tu okay je dengan kiteorang senyum-senyum. Tahu tak perasaan bila dipandang rendah gila-gila? Tapi kiteorang tak nak ambil port pun. Biar lah, kalau dia rasa dia sanggup nak hidup macam tu sampai bila-bila, apa kiteorang boleh buat. Pahala juga datang kat kami. Tahu kan dosa fitnah orang tu macam mana em. Ada satu hari tu wedding abang aku no3, lepas je habis wedding tu, tiba-tiba perempuan ni panggil aku datang kat dia. Dia kata dia suruh aku kata kat baba and umi bagi semua duit ‘salam keruk’ which is duit yang tetamu-tetamu datang bagi kat mak pak pengantin tu dekat abang aku tu. Okay lah itu tak kisah. Tapi dalam masa yang sama, dia burukkan baba and umi depan aku weh. Dia kata macam-macam dekat aku pasal baba and umi. Yang paling aku tak boleh lupa dia kata baba and umi pernah masuk bilik sebelum kahwin dulu. Astaghfirullahaladzim. Aku masa tu tak reti nak melawan orang cakap apa. Jadi aku diam and dengar je apa dia cakap. Sampai menitis air mata aku orang cakap macam-macam kat baba and umi. Lepas je dia cakap all that, aku terus balik rumah and masuk bilik menangis sorang-sorang dalam bilik. Waktu tu aku jujur, fikiran aku jadi celaru and confuse. Aku asyik fikir “betul ke baba and umi pernah buat benda terkutuk macam tu” walaupun umi banyak kali cerita macam mana diorang kenal and blablabla. Aku tahu aku tak patut fikir macam tu, tapi bayangkan bila orang dah kata dekat telinga kau sendiri. Masa tu aku pendam je, aku decided aku taknak cerita pasal tu dekat sesiapa pun. Tapi esoknya, abang aku no2 tanya aku depan umi and baba apa yang mak dia cakap dekat aku masa dekat dewan tu sebab dia nampak. Aku terus menangis, lepastu umi terus tanya bertubi-tubi apa yang perempuan tu dah cakap kat aku sampai umi menangis-nangis sebab umi tahu mesti dia akan cerita buruk-buruk pasal umi and baba. Aku diam je masa tu. Lepastu abang aku tu minta maaf kat aku, umi and baba kalau mak dia masih sakitkan hati kami. Umi kata, umi tak tahu apa salah umi dekat dia. Abang aku kata dia ada tanya dengan mak dia lepas kejadian yang mak dia cakap dekat aku tu, dia tanya apa mak dia cakap kat aku. Tapi aku tak tahu apa yang mak dia jawab sebab abang aku tak cerita. Lepas je abang aku balik, umi tak puas hati, umi masih tanya kat aku apa yang dia cakap kat aku. So aku pun cerita everything from A to Z. Sebab aku rasa aku tak mampu nak pendam sorang-sorang. Dalam pada aku bercerita, aku tengok baba setitik air mata dia pun tak menitis. Aku tahu baba dah terlalu kuat selama ni hidup dengan perempuan tu. Jadi baba dah kenal perangai perempuan tu macam mana and baba memang jenis malas nak ambil port macam aku kata awal tadi. Atau mungkin juga baba lawan ego rasa sedih taknak tunjuk depan kami yang dia turut terasa dan sedih. Itu aku tak tahu, sebab baba bukan jenis suka bercerita isi hati dia. Hanya aku dengan umi menangis itu ini, yelah perempuan kan hati sangat sensitif. Lepas kejadian tu, aku move on. Aku rasa aku tak perlu dah nak fikir benda buruk-buruk dekat baba and umi dengan apa yang aku dengar. Cuma kadangkala, bila aku duduk sendirian aku tetap akan terfikir. Biasa lah anak tunggal kan, hidup alone. Cuma aku tak faham apa yang dia terlalu tak puas hati dengan baba and umi. Dulu dia juga yang nak bercerai dengan baba, benci sangat katanya dengan baba tapi dia cerita kat anak-anak dia, baba yang ceraikan dia. Tapi orang lain tak sebodoh dia, dah kalau hak penjagaan anak-anak jatuh kat baba, dia masih nak salahkan baba ke? Sehingga sekarang, aku doakan Allah bukakan hati dia supaya jejak kat bumi yang nyata ni. Dia nak cerita apa, ceritalah. Orang lain ramai yang tahu perangai sebenar dia dari dulu. Orang kalau dah berdendam atau hasad dengki, memang payah nak padam dalam hati. Dia sebenarnya dah banyak kali minta maaf dekat baba and umi sampai minta izin dekat umi nak bermaafan dengan baba, tapi baba tak nak ambil port baba tahu tu lakonan semata-mata, nanti dia akan ulang balik perangai dia dulu. And finally, memang betul pun apa baba cakap tu. Bermacam lagi sebenarnya dia fitnah keluarga aku tapi cukup lah, aku taknak bukak aib dia banyak-banyak macam mana dia bukak aib family aku. Niat aku buat confession ni bukan nak jadi macam dia membuka aib tapi aku hanya nak luahkan isi hati aku yang lama dah aku pendam. Aku harap lepasni, aku lebih tenang. Tapi aku bersyukur aku dilahirkan dengan sentiasa ada disisi baba and umi. Kemana kiteorang pergi, mesti bersama. Alhamdulillah, abang-abang dan kakak aku semua dah berkeluarga sendiri. Mereka pun sekarang melayan umi macam ibu diorang sendiri dan mereka pun dah kenal perangai sebenar mak diorang macam mana. Tapi apa boleh buat, dia tetap mak diorang, syurga diorang tetap di bawah tapak kaki dia. Sekarang kiteorang semua pun dah bahagia dah cuma mak mereka aku tak tahu lah bila nak berubah. Semoga hubungan baik kami berpanjangan dan kehidupan kami dijauhkan dari sebarang kata-kata kotor dan hasad dengki orang lain. Aku doakan semua yang senasib macam aku dan family, diberkati Allah. Yang pasti, apa pun orang nak buat biarkan dia buat. Kita teruskan hidup macam biasa. Kalau tu bukan salah kita, kita akan bahagia inshaAllah amin.
– Elisya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit