16 Hari Sakit Dan Anugerah 111116

Assalamualaikum dan terima kasih buat admin sekiranya confession aku ini disiarkan.Maaf kalau confession ni agak membosankan.Aku saja nak share pengalaman aku yang tahan sakit selama 16 hari selepas melahirkan.Cerita aku ni mungkin sesuai untuk yang dah berkahwin atau bakal kahwin.So aku cite step by step lah ye.

Aku pregnant macam wanita lain.Mengidam macam-macam jenis food,fast food(mcd),korea food la(part ni aku memang minat korea food selagi HALAL) and sebagainya.Alahan,yang jadi ibu atau bakal ibu pasti merasa.Berat badan takyah cakap la.naik berkilo-kilo dari sebelum kahwin.Tapi alhamdulillah encik suami jenis yang memahami.Dia tak pernah downkan perubahan fizikal aku.

Siapa kata masa pregnant aku takda penyakit.Aku ni semua package ada darah kurang(setiap kali amik darah,darah aku mesti tak keluar,inject lah berapa kali memang susah nak dapat),obes,kencing manis(preggy time je).And masa berapa hari lagi aku nak deliver.Aku diberitahu kurang air ketuban(bahasa doktor aku tak tahu sangat).Dan amat membahayakan kandungan aku.

Doctor kata aku due 10.11.2016.Tapi sehingga tarikh tu aku belum ada tanda-tanda nak deliver.So doc(doctor) kata kalau aku masih takda apa tanda.10.11.2016 aku mesti masuk LR(Labour Room) haritu.Pagi tu aku sempat la makan cucur kodok yang mak aku buat sebelum suami hantar aku pergi hospital.Masa kat hospital dalam LR perut aku dah start sakit,macam nak berak tapi tak juga.Doc silih ganti check aku.tapi laluan masih lagi 1cm.Masa aku masuk LR,aku dah pesan kat suami suruh balik rumah dulu.nanti baru datang lagi.yela dalan LR mana ada tempat nak menunggu.

Tengahari aku masuk wad dah sebab laluan baru 2cm,dalam keadaan aku sakit yang amat aku call suami supaya teman aku di hospital.Selepas tu mak dan suami aku datang jenguk aku dan bawakan makanan(Tapi aku tak dapat makan sebab sakit yang melampau).Masa ni aku dah nagis kat mak dan suami aku sambil minta ampun supaya permudahkan semuanya.Sakit masa ni aku rasa semua bakal ibu pernah merasa.Ye aku preggy anak pertama.Sampai kemalam nurse duk ulang alik check laluan aku yela aku tak dapat nak tidur pun malam tu.Sepanjang masa aku nagis sambil berdiri sebab sakit yang amat.Patient lain senang je dapat tidur.Tapi aku duk ulang alik masuk toilet sampai nurse pun kena follow aku.

Jam 12.30am aku akhirnya ditolak masuk LR.Laluan aku masa ni dah 6cm.Ikutkan aku belum lagi masuk LR kata nurse.Disebabkan nurse dah semakin risau tengok keadaan aku diorang hantar aku masuk LR.Masa kat LR doc check dan jangkakan aku deliver jam 5am.Disebabkan aku terlampau sakit doc minta nurse simpan ubat untuk aku tahan sakit(aku rasa takda kesan pun ubat tu).Masa ni nurse yang duk cucuk tangan aku bagai,aku rasa nak bagi penendang.yela sakit tu takdapat nak dikata.Macam-macam doa aku baca(nasib doa makan aku tak baca sekali).

Jam 2.00am keadaan aku semakin teruk.Btw,maybe korang ada yang tertanya kenapa cerita aku dalan LR ni,aku boleh bagi tau masa dengan teperinci.Sebenarnya katil aku menghadap jam dinding.So setiap keadaan berlaku aku tengok masa.Jangkaan doc meleset,aku tak mungkin deliver 5.00am.Tapi aku deliver 2.53am.Dan berpusu-pusu doc dan nurse ke katil aku.Doc perempuan dan lelaki semua ada.

2.53am 11.11.2016 bersamaan hari jumaat.Aku selamat melahirkan baby boy berat 3.45kg secara normal.Anugerah pertama aku dan suami.Masa ni juga aku nak say tq untuk para petugas di Hospital Miri Sarawak yang sambut kelahiran baby boy aku.Terutama doc afiq(serta doc yang aku tak sempat nak tengok id tag diorang sebab menahan sakit)doc nabeela(yang check aku waktu pagi@shift dia waktu pagi masa tu),para nurse(di wad 7&bilik LR)yang sabar dengan karenah aku.Kena tunggu lagi dalam LR yela,nurse nak jahit menjahit pula(macam jahit kain).Sambil baring aku pelukan baby yang nurse letakkan kat bahagian dada aku.Jam 6.00am aku ditolak masuk wad 7 balik.Suami aku dah ada menunggu dan azankan baby kitaorang(Masa ni aku nampak suara dan muka suami aku menahan nagis).Aku discharge sebelah malam(mak,bapak dan suami jemput aku balik) tanpa ada masalah sepanjang proses.

16 hari menahan sakit.Disinilah babak aku dimana aku start sakit setelah semalamnya aku discharge.Aku start tak dapat nak berak dalam 2 hari.Mula-mula aku duk tanya la,kawan,ipar dan sedara pasal tak dapat berak.Diorang masa ni bagitahu itu normal,siap ada yang perli ketawakan dan kata aku fobia berak bila aku minta pendapat.Keadaan aku semakin teruk sampaikan aku menagis dan terduduk di lantai dalam toilet sebab nak ‘berak’ yang tak dapat.Mak,bapak dan suami aku mula risau.Yela aku dah start berpantang,tapi aku menahan sakit untuk berak.Suami ada beli ubat di pharmacy tapi masih tak dapat nak berak.Yes aku ada pergi clinic,sebab aku nak hantar baby aku checkup kuning baby sekali.Tapi doc di clinic hanya endah tak endah dengan masalah aku.Siap marahkan aku kononya aku fobia nak berak.Setahu aku,aku siap meneran untuk berak.Tapi orang kata tak elok selepas bersalin meneran berak.Terfikir part mana aku fobia.

20.11.16 jam 2.30am aku tak dapat nak kecing pula.Aku hampir hilang akal sebab menahan sakit.sepanjang 9 hari sebelumnya aku tak dapat berak.sekarang aku tak dapat kencing.Aku hampir marah kan baby aku sebab menangis nak menyusu.Sedangkan badan aku terlampau sakit.Aku dimarahi suami masa tu,kerana aku marahkan baby.Akhir suami menghantar aku ke hospital 2.30am dan aku dimasukkan ke emergency.

Aku di xray(diognis@maaf kalau salah ejaan).Doc agak keliru tengok keputusan xray aku.Laluan aku untuk berak dan kencing(berdarah)tersumbat serta ada sedikit koyak untuk laluan berak aku disebabkan aku meneran untuk berak.Sampaikan doc di hospital hairan kenapa keadaan aku boleh sedemikian,sedangkan belum ada wanita selepas melahirkan punyai masalah sedemikian.Doc masukkan ubat berak,tapi masih tak berkesan sepanjang beberapa jam aku di emergency.Doc silih berganti mencari punca masalah aku yang tak diketahui keputusannya.Akhirnya doc putuskan untuk pasangkan urine bag(beg kencing) untuk aku dan bekalkan ubat spray berak serta pil jangkitan.Sepanjang seminggu aku hanya berharapkan bantuan urine bag.Rimas?sakit?tak dapat nak dikata bertapa aku menahan kesakitan selamat 16hari.

Siang malam aku menagis menahan sakit,duduk mahupun tidur aku tak lena.Sehingga aku susah untuk menyusukan baby.Bermacam cara suami dan mak aku carikan.Masa ni aku kecewa dengan sikap doc di clinic yang sambil lewa dengan masalah aku sebelum ni,yang sepatutnya seorang doc harus check patient terus dan mencari punca(Lebih-lebih lagi wanita yang beberapa hari selepas bersalin).Bukan marahkan patient kononnya fobia.Dan sikap orang sekeliling yang ketawakan dan kata aku fobia untuk berak semasa aku minta pendapat.Akhirnya berakhir juga pada hari ke 16.Setelah berhari-hari aku menahan sakit berak dan meneran sehingga jahitan selepas bersalin aku sedikit putus.Mak terpaksa menyuruh aku makan buah betik(walaupun betik tak elok ketika berpantang)supaya aku lawas untuk berak.Dan suami aku suruh aku makan buah prune.Dengan izin Allah aku akhir dapat berak.

Setelah itu urine bag aku juga dicabut selepas seminggu.Tetapi doc juga tak dapat kesan masalah yang berlaku dengan kencing aku.Dan pihak makmal sampai kehari ini masih tidak dapat berikan keputusan tepat tentang air kencing dan keputusan berak aku.Dan aku sampai sekarang masih dalam pemerhatian doc.

Bila aku terfikir balik,kemungkinan ini ujian yang Allah nak uji dekat aku.Untuk mendapat cahaya mata kedua?yang ni aku fobia bila aku perlu menahan sakit.hehe..Sampai hari ini aku terfikir bagaimana aku boleh sakit sedemikian sedangkan orang lain selepas bersalin elok je.

Tinggal beberapa hari lagi 24.12.2016 aku akan habis berpantang.Aku berdoa dan berharap checkup aku seterusnya akan ada keputusan yang baik.Inilah kisah aku menahan sakit 16 hari.Mungkin ada pembaca yang pernah ada masalah seperti aku dapat kongsikan petua supaya dapat dijadikan panduan sekiranya aku punya kandugan kedua nanti.

Dan jadikan iktibar serta buang sikap manusia yang sambil lewa dan memperlekehkan masalah orang lain ketika seseorang itu meminta bantuan atau pun pendapat.Tamatlah cerita aku.

– Isteri Mr E,Mama AL

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit