Rumahku Bukan Rumahku

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. saya menulis ni sekadar ingin berkongsi cerita, jika di publish, dapatlah dikongsi, jika tidak, maka hanya luahan dapat diberi.

saya merupakan anak perempuan bongsu dalam keluarga. cerita saya mungkin tak berapa menarik tapi apa yang saya ingin sampaikan mungkin akan membuatkan sesetengah individu berfikir tentang diri mereka. saya pun tak tahu nak mulakan dari mana cerita saya ini sebab sudah terlalu lama saya pendam, dan kini rasanya tak tertahan lagi.

saya pelajar di salah sebuah universiti di selangor. saya tinggal di kolej jadi jarang lah duduk di rumah. dalam dua minggu sekali saya akan pulang ke rumah tu pun sekejap saja sebab hanya cuti hujung minggu. apabila ada cuti sem, barulah saya duduk di rumah lama sikit. ahli keluarga saya ramai, dan saya juga duduk bersama abang serta kakak-kakak ipar.

anda semua mesti tertanya-tanya kenapa tajuk cerita saya ni rumahku bukan rumahku. ceritanya begini, saya tinggal di rumah yang berasingan daripada ibu bapa saya tp rumah mereka dekat dengan rumah saya. saya duduk di rumah ini dengan abang saya dan kakak ipar beserta anak mereka. kadang-kadang, kalau adik beradik yang lain balik, adalah, jika tidak, hanya kami. saya pula, pada siang hari akan pergi ke rumah ibu bapa saya, dan hanya balik rumah hanya untuk tidur. boleh dikatakan, di rumah ini, ruang yang saya gunakan sepenuhnya adalah bilik saya.

tapi, bukan saya nak merungut atau memburukkan sesiapa, saya boleh dikatakan jadi hamba/orang gaji/sukarelawan (saya tak tahu nak klasifikasikan sebagai apa) di rumah saya walaupun ruang yang saya guna adalah bilik tidur saya. mesti pembaca rasa ‘alah, biasalah, takkan duduk rumah nk goyang kaki je kot’. ok, sabar, nanti dulu. tunggu saya cerita habis dulu ye.

rumah saya dulu, kemas, bersih, teratur, di ruang tamu, dapur, bilik mandi, laman rumah, semualah, tp masa tu ibu bapa kami masih tinggal serumah dengan kami. disebabkan masa tu saya jarang balik, so saya consider ibu saya kemas rumah bersama menantunya lah. tapi kadang-kadang saya pelik jugak, kenapa masa saya balik, saya dengan ibu je kemas rumah. bersangka baik, mungkin sebab saya ada kat rumah, turn saya lah pulak mengemas. ok, saya tak kesah sebab saya pun jenis suka mengemas. tapi lepas ibu saya pindah, ternyata, ibu saya seorang yang buat kerja rumah selama ini.

masa cuti sem, saya sengaja buat eksperimen, nak tengok, selama mana abang dan kakak ipar saya akan biarkan ruang tamu dan dapur tak kemas. seminggu berlalu, masih tiada tanda-tanda lantai disapu, dapur dibersihkan, bilik mandi dicuci. sinki dapur kosong tetapi sisa makanan berulat, pinggan mangkuk yang dibasuh masih berminyak, kuali di dapur masih disitu, hanya dibasuh jika ingin diguna. bukan saya tak nak tolong kemas, tp sy saja nk tengok, dan sebab saya tak guna pun, saya pergi ke rumah ibu bapa saya pada siang hari, balik malam hanya untuk tidur, tengok tv pun jarang.

minggu kedua, masih sama, tiada perubahan, mungkin ada tapi sedikit, sisa makanan dibuang, tp lain-lain tidak dibersihkan. saya mula tak tahan dengan keadaan rumah macam ni. habuk merata-rata, pinggan berminyak, lantai jangan cakaplah, nak pijak pun rasa geli. saya dididik oleh ibu saya untuk mementingkan kebersihan. saya dah terbiasa, jadi saya kemas rumah saya atas dasar, saya sayang rumah yg ibu bapa saya sediakan, atas dasar saya kesiankan abang saya tinggal dirumah yang sebegitu rupa. eh, lupa nak bagitau, kakak ipar saya suri rumah. dia duduk di rumah, 24/7, kecuali kalau dia ikut abang saya keluar. jadi dengan rasa marah, geram, sedih, kesian dan macam-macam lagilah perasaan yang bercampur-baur ni, saya mengemas di setiap sudut rumah saya, termasuklah bilik mandi mereka yang mana tandas awam lagi bersih daripada bilik mandi mereka yang mereka guna hari-hari tu (bilik mandi saya lain, dan sudah pasti saya pastikan ia bersih).

setelah saya bersihkan rumah saya yang jarang saya duduk tu, sedikit ucapan terima kasih pun tidak saya dengar. ok, tak apa, saya cuma harap selepas ni mereka sedar dan tahu apa erti kebersihan dan dapat bezakan antara rumah yang bersih atau tidak. sangkaan saya meleset. sungguh, makin teruk, malah barang mereka di merata tempat. ruang tamu, luar rumah, dapur, di mana-mana saja. tiada rasa bersalah, tiada rasa tanggungjawab. tiada. dapur kembali kotor. ruang tamu kekal tak bersapu. masih sama. dan saya juga masih sama, bersihkan rumah setiap minggu, walaupun saya tak gunakannya.

setiap kali saya lihat rumah begini, macam-macam bermain dalam pemikiran saya. pertama, mereka tiada rasa bersalah? tanggungjawab? bukankah kebersihan sebahagian daripada iman? adakah ibu bapa kakak ipar saya tak ajarkan tentang cara-cara menjaga kebersihan rumah? abang saya tak ada rasa tanggungjawab untuk menyuruh isterinya mengemas rumah ke? abang saya tak rasa yang rumah ini berserabut sebab mereka ke? tak rasa bersyukur ada tempat tinggal percuma tanpa perlu menyewa? eh, macam-macamlah yang saya fikir. tak ingin tulis kesemuanya di sini sebab rasa lebih banyak pemikiran negatif daripada positif.

poin saya di sini, sebagai perempuan, isteri, anak, menantu, tolong jaga imej anda di mana jua. yes, nampak macam saya cuma menyalahkan kakak ipar saya. tp tak, saya salahkan abang saya juga cuma sy ingin ketengahkan tentang kewanitaan di sini. ya, memang kemas rumah apa semua tu tanggungjawab suami. saya tahu. tp sebagai isteri, suri rumah, dan hanya ada seorang saja anak, tak boleh ke dia jaga rumah yang disediakan oleh ibu bapa suaminya ini. saya tak kesah kalau rumah ini milik mereka berdua, nak sepah macammana sukahatilah, tp masalahnya rumah ini turut didiami oleh adik-beradik yang lain, cuma kadang-kala saja mereka ada. anda yang tinggal tetap dirumah ini, tak bolehkah jaga dengan sebaiknya? saya tak minta rumah ini dijaga seperti hotel, tak, sebab saya pun tak mampu tp sekurang-kurangnya jaga dengan rapi. susah sangat ke? anda beruntung sebab dapat ibu mertua yang tak kuat merungut atau membebel. ibu saya bukan tidak tahu keadaan rumah itu, tp mungkin ibu hanya berdiam sebab tak mahu menantunya terasa jika beliau menegur.

di sini, saya ingin berpesan, kepada wanita, sebelum berkahwin, belajarlah mengemas rumah, tak pandai masak tak apa, boleh beli. tapi kalau tak pandai mengemas, tak rajin mengemas, rumah berserabut, siapa nak kemas. kalau ada orang gaji tak apalah, tapi kalau suami tak mampu, anda tak mampu, ringankanlah tulang tu mengemas. kepada lelaki pula, jangan pandang pada rupa je, tengok juga kemahiran mereka, kerajinan mereka. bukan apa, untuk kesenangan anda juga.

sekian daripada adik bongsu perempuan yang kasihan akan dirinya, abangnya, dan juga rumahnya.

– adik

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit