Perlu Ke Sambungan?

Assalamualaikum dan hai. Nama aku Zi ( nama sebenar ). Tujuan aku menulis ni, untuk bagi luahkan apa yang aku rasa. Jangan risau, cerita ni tak perlukan part II.

Aku perhatikan dah jadi trend ” nantikan part II selepas ini “.
Well, aku sebenarnya nak tanya korang. Perlu ke setiap luahan bersambung-sambung? Melainkan kisah Mus ( bukan backup ). Aku pasti kalau korang buat keputusan untuk luahkan dekat sini, maknanya kau ada banyak masa terluang. Mean, kau tak perlu buat kisah sambungan.

Risau tak ada orang baca cerita kau kalau panjang2 ? Percayalah, kalau cerita kau best, orang sanggup je baca. Yang penting, kau jangan buat kisah novel kau kat sini.

Kepada confessor, kalau kau dah luahkan dekat sini, bermakna kau memang nak kisah tu di publishkan. Mean, kau bagi hak kepada pembaca untuk komen. Kau marah bila ada yang bagi komen negatif? Sebaiknya yang negatif jadikan pengajaran, yang positif ambil jadi teladan. Jangan acah2 taknak maafkan blabla.

Akhir kata, aku just bagi pandangan. Mungkin ada yang setuju, ada yang tak. Maaf jika ada yang mengguris hati. Sekian.

– Zi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit