Maafkan Kakak, Abah

Assalamualaikum. Terima kasih admin sebab siarkan confession ni. First of all, tujuan aku post ni bukan lah nak mengaibkan sesiapa. Tapi korang ambil lah sebagai pengajaran dan take good sides of benda ni. Sebab ni luahan aku sebagai seorang anak terhadap abah kandung sendiri. Yang mana aku rasa ramai je alami benda ni, tapi pendam je atas dasar ‘tak nak mengaibkan’. Thats why aku pilih untuk confess kat sini. Sebab korang tak kenal aku and tak tahu tentang siapa aku sedang bercerita.

Panjang kan mukadimah? Sebab aku tahu perkataan ‘aib’ akan keluar dari mulut korang yang berfikiran sempit tanpa fikir perasaan orang yg alami benda macam aku.

Cerita ni bermula sejak aku sekolah rendah lagi. Mak aku hadiahkan ayah aku handphone nokia 3310 la masa zaman tu. Ada handphone di zaman tu di anggap kaya lah. 90’s kids faham lah kan haha. Sampai satu masa ni, kitorg keluar jalan2 satu family. Tetiba time dalam kereta phone ayah aku berbunyi tanda masuk text message. Mak aku pun ambik lah phone tu nak baca. Aku tak ingat the exact sentence, tapi ada perkataan ‘sayang’. Mak aku baca kuat2 text message tu. Ayah aku pon terkejut gila lah kan. Tapi mak aku act cool lagi. Dia tanya siape yang hantar tu siap sayang2. Ayah aku cakap kawan je. Aku, walaupun still kecik time tu, tapi aku dah cukup cerdik untuk tahu yg abah aku dah ada perempuan lain. Aku menangis diam2 sepanjang perjalanan, muka hala ke tingkap je hahahah

Pernah sekali tu, mak ayah aku bergaduh teruk sangat. Yang boleh jadi teruknya sebab ayah aku dah janji tak nak buat lagi dah. Tapi malam tu kantoi dengan mak aku. Mak aku mengamok siap pecahkan pintu sebab ayah aku kunci pintu dari dalam. Dua buah pintu mak aku pecahkan malam tu. Brutal tak mak aku. Memang malam tu teruk gile ar. Mak aku nangis jerit2 sebab mak aku dah terasa hati lama dah tapi dia pendamkan je selama ni. So bila abah aku dah janji nak berubah, tapi dia buat balik, memang mak aku tak tahan dah.

Aku adik beradik nangis2 malam tu tengok mak dengan abah aku. Aku ingat lagi mak aku cakap ‘saya tak tahan dah selama ni saya diam je tapi abang masih buat belakang saya’ sambil nangis2. Abah aku asyik ulang ‘tak buat dah tak buat dah abang sayang isteri abang’. Abah pelok mak aku tapi mak aku meronta2 mintak lepaskan. Dalam hati aku kesian gile tengok mak aku, at the same time aku malu gile sebab jiran2 mesti dengar, for sure. Esok pagi tu lebam2 badan mak aku sebab bergelut ngan abah aku malam tu.

Benda tu tak terhenti kat situ. Abah aku still dengan dunia dia. Sampai satu tahap dia cakap dia nak cari rumah lain yg dekat dengan tempat kerja dia. Tempat kerja dia agak jauh, sejam perjalanan. Aku faham jauh dia berulang alik. Tapi selama berapa puluh tahun ni takde pulak dia ngeluh, kenape skrg? Tak ke lagi tinggi belanja kalau dia sewa rumah lain berbanding die ulang alik, gaji die pun time tu cukup2 je utk kami sefamily, dan dikira bawah kategori sederhana, cukup utk makan, takde simpanan. Tak ke pelik? Ke sebab senang takde mak aku utk kawal die message sesuka hati dengan perempuan lain?

Pernah abah aku cakap kat aku, dia nak ceraikan mak aku. Lepas tu dia cerita dia dah takleh terima mak aku sebab mak aku seems tak hormat dia sebagai suami. What? Abah yg curang dengan mak tapi mak pulak yg tak hormat abah? Siapa yg tak hormat siapa ni?

Tapi alhamdulillah. Allah panjangkan lagi jodoh diorang. Tapi aku dah tak sama macam dulu. Aku start jadi panas baran. Melawan abah aku. Tak hormat abah aku. Aku tahu benda tu salah tapi setiap kali aku tengok muka mak aku, aku jadi marah dekat abah. Walaupun abah tak pernah abaikan nafkah die untuk kami sekeluarga, but still, kami ada hati dan perasaan kot. Mak aku selalu ngadu kat aku pasal abah. Die terasa hati gile dengan abah aku. Die mcm dah tak anggap mak aku ni isteri die. Kesian mak aku weh :(

Masa aku naik sekolah menengah, abah kena posting kat negeri lain. Negeri yg taraf hidup tinggi, so kami buat keputusan utk stay, abah je pindah. Awalnye abah balik 2 minggu sekali, tapi lama2 sebulan sekali, kadang 2 bulan kadang 3 bulan. Sebab kenaikan gaji yg die dapat sikit je, tak berbaloi pon untuk pindah sana. Lagi banyak makan belanja ada lah. So die takleh la balik selalu, tak cukup belanja nanti.

Sejak dia pindah sana, lagi lah perangai die berubah. Dah lah jarang balik. Lepas tu setiap kali balik ade je bende die nak marah mak aku. Cakap dengan mak aku pon tengking2. Tak pun mak aku cakap die diam je. Kalau dia bercakap, dia akan marah. Mmg nampak sangat la panas baran die tu padahal sebelum ni abah sangat loving, jarang marah, suka buat lawak, suka melayan kami adik beradik. Tapi sejak tu, takde dah. Aku kesian kat adik aku je, sebab die kecik lg, tapi tak merasa kasih sayang ayah aku. Bile balik je, die asyik dengan phone, gayut depan mak aku, message depan mak aku. Kitorg ni mcm tunggul je. Ajak keluar jalan pon taknak. Tau2 je dia dah keluar sorang. Sobss

Mak aku sampai dah tahap tak larat nak marah dah. Mak aku biarkan je. Mak aku syak dia ade isteri lain kat sane. Tapi aku tak caye sebab gaji die untuk kami pun tak cukup, apatah lagi nak ada family lain.

Lepas tu hidup kitorg jadi makin sempit, sampai mak aku buat keputusan utk kerja. Kerja biase je la. Tapi boleh la dapat dekat RM2k setiap bulan, which sangat membantu utk keluarga kitorg. Tapi, mak aku ingat bila ada duit lebih, boleh buat nyimpan. Tapi habis dekat abah aku je. Die pantang dengar mak aku ada duit. Setiap bulan mak aku hantar duit belanja dekat dia. Sebulan lebih RM500. Tak masuk duit minyak mak aku kena bagi setiap kali dia balik lg. Duit repair kereta lagi. Boleh kate setiap bulan die repair kereta. Tah ape la yg direpairnya. Yg paling best, sejak mak aku kerje, die dah stop bayar bil2 kat rumah. Alasan die sebab die kene bayar banyak bende lain lagi. Tapi duit belanja rumah tak bagi lebih pulak, so mak aku la yg kene bayar astro api air semua. Bil credit card die pon kadang mak aku yg bayar setiap bulan RM500++. Camne nak cukup duit? Barang makin mahal. Die tahu mintak je kat mak aku. Mak aku sampai sakit2 fikir pasal duit utk family kitorang.

Time raya, mak aku lah yg bawak keluar duit. Mak aku simpan untuk aku, adik2 aku, and abah aku. Tapi untuk diri sendiri takde. Abah aku nak pakai yg mahal2 je. Crocodile, kasut kulit. Dah nak ambik duit mane? Mintak kat mak aku je la. Banyak duit mak aku.

Yang aku bengang, setiap kali balik rumah ade je benda dia nak kate kt mak aku. Rumah tak kemas lah, rumah kotor lah, serabut la duduk rumah sendiri, macam2 lah. Wehhhhh. Mak aku keje kot siang malam selalu buat ot sampai diri sendiri sakit apa semua semata2 nak cukupkan belanja rumah, nak bagi abah aku lagi. Bukan nye nak terima kasih kt mak aku. Cakap mak aku pemalas lah, ape lah. Pikir la, mak aku keje. Pagi sebelum keje bangun masak kemas rumah, balik malam mesti la sepah dah ade adik aku kat rumah. Kalau takde sape memang la tak sepah. Time aku ade, yela aku kemas. Kalau aku takde memang takde sape kemas la.

Baru ni mak aku beli phone baru untuk abah aku, sebab die bodek takde phone nak whatsapp2 kawan keje. Kawan keje lah sangat. Mak aku pun belikan guna duit die simpan nak beli tv kat rumah sebab yang lama dah rosak. Even nak beli cover phone RM20 pun mintak duit kt mak aku. Mak aku pakai phone koman je takde nak whatsapp2 pun.

Haa kau, dah dapat phone canggih kan? Tunggu lagi? Segala mama papa abang sayang ayang anje keluar. Ada dekat 5 6 perempuan gak ar abah aku whatsapp dengan panggilan berlainan. Aku curi2 baca hahahaha. Aku pon geli nak bermama papa. Yang paling aku takleh belah, sorry ar, tapi ni dah melampau sangat. Abah aku siap video call dengan perempuan sembang lucah2. Aku tahu pon sebab perempuan tu chat die kate taknak lucah dah. Perempuan tua sekarang pon menggatal Ya rabbi. Ingat abah aku layan perempuan muda ke? Semua dah tua weh. Geli aku.

Sekarang? Still same je la. Aku dah masuk U dah pun. Tapi setiap kali mak aku tanye, aku cakap je abah tak whatsapp sape pun. Abah tak buat dah la tu. Hakikatnya, hmmm. Aku cuma nak jaga hati mak aku je. Aku tak sanggup tengok muka dia senyum tapi dalam hati dia Allah je yg tahu. Die still layan abah aku dengan baik. Buatkan air, tanye nak makan ape, ajak sembang, cerite benda lawak2.

Raya tahun lepas, sepupu aku kenduri. Kitorang tak pergi sebab jauh. Tapi ramai la sedara mara yg pergi kan. Esoknya tu, makcik aku aka kakak mak aku call. Die cakap ade perempuan ni, tak kenal, tapi datang kat die sembang2 then cakap die kenal mak aku, abah aku dah kawen lain dah. Mak aku teros tersentak. Sape perempuan tu? Camne die kenal abah and mak aku, and pasal abah aku. Mak aku cerita senyum2, tapi aku tahu jauh dalam sudut hati die, die sedih sangat. Die selalu ade saat abah aku susah. Setia dgn abah aku.Tapi abah aku? Tapi aku pujuk mak aku, cakap tak mungkin die kawen lain dengan condition die skrg. Belanja kitorang sekeluarga pun tak cukup, camne nak sara family lain lg. Mak aku senyum je la.

Time aku balik rumah baru ni, mak aku cite. Die terbaca whatsapp abah aku. Abah aku tanye perempuan tu, anak die dah baik ke, hari tu dah bawak pergi hospital. Tak ingat la the exact sentence. Tapi maksud ayah aku tu, diorang dh bawak anak perempuan tu sama2 pergi hospital. Wowwwww. Anak sendiri sakit pun tak bawak pergi hospital, isteri sendiri sakit pon maki2 suruh beli ubat sendiri. Orang lain senang pulak bawak? Huh. Pernah sekali mak aku sakit, mak aku gitahu die. Tahu die jawab ape? Die cakap mak aku bodoh, tak usaha sendiri untuk cari ubat kalau dah tahu sakit. Ni pun aku tahu dari adik aku, mak aku tak cite. Pernah die cakap aku bodoh sbb dapat masuk U yang tak famous macam orang lain, aku ingat lagi hahahaha

Abah tak buat salah dengan aku. Die layan aku elok je, kadang je kene maki sikit. Tapi aku takleh terima layanan die kat mak aku. Seolah mak aku ni hamba abdi die. Kena ikut je cakap die, buat je apa die suruh buat. Tak boleh bantah tak boleh bersuara tak boleh terasa hati. Kalau bersuara je, bertubi2 die maki. Bodoh, anak haram, semua keluar mulut die. Walaupun die tak pernah angkat tangan kat mak aku, but, still, words do kill orang putih kate. Mak aku seolah orang gaji yg takde perasaan je. Macam robot mungkin?

Kadang aku rase berdose gile aku biadap dengan abah aku. Tapi bila teringat ape yg die buat, aku tak boleh tahan kemarahan aku. Bila tengok muka mak aku, aku sedih. Aku jadi rebellious sangat. Aku kesian dekat adik aku. Die macam tak dapat kasih sayang parents. Die dah masuk sekolah menengah. Abah jarang balik, mak pulak setiap hari keje. Aku pulak belajar jauh. Die takde sape kat rumah. Aku jadi macam tu bukan sebab diri aku. Tapi sebab adik dan mak aku. Walaupun abah baik dengan aku, tapi apa yg abah dah buat aku tak boleh nak lupa. Kadang aku nak je cerita benda baik2 pasal abah aku dengan kawan2, sbb diorg selalu cerita gak, tp aku dah tak ingat kenangan manis aku dengan abah aku. Semua tinggal yg pahit je. Kalau orang lain boleh cakap my father is my hero, aku tak rasa aku boleh cakap benda yg sama.

Maafkan kakak, abah.

Abah aku dah nak dapat duit KWSP die, aku takut gile. By the time die dah dapat duit tu, mesti die nak kawen lain. Confirm punye.
Yelah, perempuan diuji saat lelaki tak punya apa apa, tapi lelaki diuji saat dia punya segalanya. Mak aku dah pass, abah aku?

Kalau ada antara korang yg ada terfikir untuk curang atau dah pun curang, fikirlah balik. Perasaan anak dan isteri korang yg selama ni dengan korang. Jangan tanye la kenape anak2 korang biadap, mungkin berpunca dari korang sendiri yg buat benda tak betul kat isteri dan anak korang sendiri. Aku tak kate biadap tu bende elok, tapi we’re human beings, bro, bukan malaikat. Pikir2 la ek.

– Nana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit