Pulanglah Tajul

Assalamualaikum dan salam penuh cinta. Terima kasih andai luahan ini disiarkan.

aku chempaka. Dari keluarga yang sederhana besar. Kami sepupu2 tidak begitu ramai. 20 orang pun tak sampai. Tapi kami sangat rapat kerana hubungan ibu bapa kami sangat rapat.

seiring masa berlalu kami kian dewasa. Ada yang mendirikan rumah tangga. Ada yang melanjutkan pelajaran. Alhamdulillah rata2 kami semua diberi rezeki melanjutkan pelajaran.

begini ceritanya. Bonda aku sendiri punya 6 orang adik beradik. Dalam ramai2 makwah aku sedari dahulu lagi diuji dengan masalah kewangan. Pakwah aku bekerja dan sangat rajin. Tapi rezeki mereka hanya cukup2 makan. Mereka dikurniakan 4 orang anak yang cukup bijak dan kacak dan cantik.

anak sulung si tajul. Anak kedua megat. Anak ketiga nadim. Dan puteri bongsu si dara. Bapak aku selalu belikan mereka perkakas2 sekolah. Saudara2 lain jugak turut sama meringankan beban mereka sekeluarga.

Masa berganti masa. Mereka semua sudah berjaya ke menara gading melainkan anak sulung si tajul. Tajul sering menimbulkan masalah yang memeningkan makwah dan pakwah dan kami sekeluarga.

Dari sekolah. Tajul mula menghisap rokok. Ditegur sudah. Dimarah sudah Tapi dia bukan orang yang makan nasihat. Degil kau ya tajul. Aku agak rapat dengan tajul dan megat anak no 2. Tapi makin aku melihat perubahan tajul aku makin takut dengan tajul. Dia makin ganas.

kalau dulu. Kalau pulang ke kampung. Bapak aku dan abah kaya atau mak cantik (adik beradik mak aku) akan pergi amik makwah anak beranak sebab makwah tak punya kenderaan. Dan tajul selalu tak ikut. Balik sendiri katanya. Pagi raya baru nampak batang hidung si tajul. Lepas tu tidur aje kerjanya.

Itu dulu cerita 6 tahun lepas. Sekarang. Alhamdulillah kehidupan makwah sekeluarga semakin baik. Anak2 sudak bekerja. Sudah mewah. Pakwah juga sudah punya sebuah kereta. Anak2 juga sering bantu makwah dan pakwah.

Tapi yang menjadi masalah masih lagi si tajul. Dia kerja kemudian berhenti sesuka hati dia. Hingga kan bapak aku ajak dia kerja di bandaraya kuala lumpur ini. Pergi kerja bapak aku hantar. Pulang diambil oleh bapak aku. Makan mak aku bekalkan. Belanja hari2 bapak aku beri. Lebih kurg 4 bulan di menetap dirumah aku. Tapi bila pulang ke rumah. Terus tidak mahu bekerja disini lagi. Jauh dengan mak katanya.

kemudian tajul kerja di pulau pinang. Beberapa bulan kerja. Tajul kemalangan jalan raya semasa sedang bekerja. Tajul cacat kekal. Kaki tajul pendek sebelah. Tajul dapat ganti rugi daripada tempat dia bekerja. Sekarang sudah 3 tahun tajul tidak bekerja.

Tapi semenjak dua menjak ini. Tajul makin berubah. Apabila kami ke rumah makwah tajul tiada. Selalu tajul tiada. Mak2 saudara aku tak boleh kalau tidak nampak anak2 buah mereka. Susah hati. Rupanya mak wah kata tajul sudah lama tidak pulang. Kadang2 seminggu sekali.

kadang2 2 minggu sekali. Itupun sekadar tukar baju dan ambil baju. Bila ditanya belajar agama di kelantan katanya. Tajul guna kereta pakwah sesuka hati dia.

Baru2 ini adik tajul. Megat melangsungkan perkahwinan. Tajul langsung tidak pulang meraikan kegembiraan bersama kami. Makwah aku sedih. Setiap hari sebelum solat makwah telefon tajul. Tapi tak dapat. Tajul tutup telefon.

Paling sayu pada pagi pernikahan megat. Makwah telefon tajul. Macam biasa. Tajul matikan telefon. Aku yang sedang bersiap dengar makwah bersuara sayu “mana kau nak. 2 minggu dah tak balik. Hari ni adik kau menikah. Tak mahu ke kau tengok adik kau menikah.” Aku pandang makwah. Sumpah aku sedih. Makwah pandang aku makwah tanya aku. “Tajul tidak mahu pulang ke tengok si megat menikah”.

Aku terkelu. Aku sedih. Gamak kau tajul. Kau buat kita sekeluarga susah hati. Siap kau kalau kau balik aku pukul kau dengan getah paip.

Sebelum megat nikah. Sekali lagi makwah telefon tajul. Tak angkat. Selepas selesai nikah. Kami tiba di rumah sebelum maghrib. Sekali lagi makwah telefon megat. Tak angkat. Aku betul2 geram dengan tajul. Esok majlis persandingan megat. Sekali lagi sebelum rombongan kami berangkat makwah telefon tajul. Tak angkat.

Malam itu kami makan malam beramai2. Selesai makan. Kami menonton televisyen di ruang tamu. Pukul 11 malam. Ramai yang mula berguring guringan. Aku masih setia menonton tv. Pukul 12 lebih tiba2 ada ketukan dipintu. Aku belum tidur. Makwah solat didalam bilik. Aku berjalan kearah pintu.

Pintu dibuka. Aku terkejut. Tajul pulang. Ya. Tajul balik. Makcantik aku terjaga dek ketukan itu. Terus tanya siapa dipintu. Aku kata tajul. Mak cantik terus duduk. Haa tajul. Tajul tolak pintu. Masuk dalam rumah. Tajul tanya aku mak dia mana. Aku kata solat dalam bilik. Mak cantik aku tanya dari mana kau tajul. Kenapa tidak pulang. Telefon lah mak kau tajul. Tajul diam. Selak pintu bilik tengok makwah sedang solat. Tajul jalan ke bilik satu lagi tengok pakwah sedang tidur. Dia kata abah tidur. Sekali lagi selak pintu bilik makwah. Makwah masih lagi solat. Lama tajul renung makwah. Makcantik aku membebel bebel entahkan tajul dengar atau tidak. Tajul terus pergi ke arah makcantik salam. Tajul terus keluar rumah. Sambil pesan pada aku yang masih lagi berdiri di pintu. Ini kunci kereta bapak aku. Kata pada bapak aku dah pulangkan keretanya. Aku nak pergi dah. Kau Kunci pintu ini. Pesan tajul lagi. Dan tajul terus pergi bersama kereta kawannya.

semuanya terlalu pantas tidak sampai 5 minit pun. Tak sempat aku nak pukul tajul guna getah paip. Mak cantik pun terkejut. Eh tajul dah pergi kah. Makwah keluar bilik. Tajul balik tadi ye. Mana dia. Aku dengan berat hati jawab. Tajul dah pergi. Tajul ade pulangkan kunci kereta pakwah. Bergenang air mata aku. Mujur sahaja ruang tamu gelap. Makwah kata. Tajul sudah pergi. Terus dia masuk bilik pakwah tidur dan tanya tajul ada pulang tadi. Bapaknye sedar tak. Pakwah pun tidak sedar.

kenapa tajul. Kenapa kau buat mak bapak kau macam tu tajul. Kalau kau betul ada malasah tajul, bincang. Bukan lari begini tajul. Kau sendiri kenal mak2 saudara kau tajul. Takkan menghukum tanpa periksa. Tapi kalau tau terus lari apa kau dapat tajul. Aku tau megat sedih kau tak datang dia nikah. Kau lupa ke megat belikan kau baju raya setiap tahun. Megat belikan kau henfon. Kau tak rindukan dara. Dara manja dengan kau. Kau pandai potong rambut dara. Selalu nampak cantik.

Aku sedih tengok kau terus pergi tanpa kau salam tangan mak bapak kau tajul.

baliklah tajul..

– chempaka

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit