Salam admin dan semua pembaca.Terima kasih kalau confession aku disiarkan.Maaf kalau susunan ayat aku x cantik.
Aku bekerja di kaunter sebuah jabatan kerajaan. Mostly peak hour antara 7.30 am sampai 4.30 pm. Partner kaunter aku seorang lelaki. Team kami ada staff sokongan di belakang kaunter.
Apa yang aku nk cerita di sini, partner aku selalu menghilangkan diri waktu kerja.Banyak sangat urusan peribadi dia.Uruskan pelajaran anak la, belikan isteri laukla, amik anak kat situ sini la , urusan itu inila..padahal anak2 dia da umur 20++ kot sorang dah kerja dan sorang lagi masih ipt..
Pernah masa aku tengah sarat mengandung, dia tinggalkan aku terkontang kanting sebab nak setelkan urusan pinjaman pelajaran anak dia. Dia tak bagitau penyelia pun…3 jam tu aku cover kerja dia..rasa macam airmata nobita nak terkeluar waktu tu. Nasib aku baik kawan2 lain tolong sikit2 walaupun x penuh,yela diowang pun ada kerja hakiki masing2 so aku paham.
Dan untuk pengetahuan semua, partner aku ni pernah tinggalkan kaunter sebab nak amik anak dan isteri dia selesai potong rambut..Korang rasa masa tu aku nak marah dia ke anak isteri dia?
Kalau sampai part dia tengah ghapla jangan kata tinggalkan kaunter, dok kat kaunter pun dia tak boleh nak kerja. Jadinya aku lah yang pederas run kaunter sebab satgi kena surat cinta customer sapa yang nak kena hadap big boss hakak jugak huhu. Lagi satu bila ghapla dia mai..dia akan sukarela despatch dokumen ke unit lain aka tinggalkan kaunter padahal memang da ada staff yang ditugaskan untuk kerja despatch tu.
Baru ni, kami implement sistem which is computerized so kami diberi masa sebulan untuk adapt sistem tu.Aku tengok dia okla cuma slow sikit dari aku sebab faktor umur mungkin.Aku kira nisbah 1:4 documentation antara aku dan dia.Lepas sebulan kami pun mula run sistem baru.Aku da perasan da bukan nisbah 1:4 tapi da naik 1:7.Aku da naik stress tapi dia rilek ja.. aku cakap ngn dia En K**** jangan dok ralit sangat ..dia jawab nak wat camna da slow…dan aku pernah tanya dia kenapa dia macam xdak passion bekerja ,mudah ja jawapan dia, ” nak wat camna lagi 4 tahun nak pencen. Jadinya korang, aku kena tahan azab selama tu la kot sementara nak tunggu dia babai dari dunia pekerjaan dia.
Satu hari penyelia panggil aku…maka di dalam bilik penyelia terbukak cerita yang partner aku ni sedang jadi perhatian pengarah disebabkan perangai dia. Rupanya ada mata2 gelap dalam unit kami..Dan….yang paling aku tak sangka partner aku rupanya telah pinjam duit dari kebanyakan staff kat tempat kerja kecuali aku dan penyelia. Mungkin sebab dia kesian aku anak2 kecik kot wallahualam he he..dia pinjam dari setiap orang xla banyak dlm rm5 tapi kalau dalam satu hari dia kutip 20 orang brapa ya dia untung huhuhu…
Patutla bila aku nampak dia mcm ghapla atau x tentu arah aku tanya dia En K**** pasaipa mcm tu dia akan jwb gaji lambat lagi padahal korang masa tu tarikh terima gaji baru dalam 2 minggu. Untuk info partner aku ni tiap hari pulun OT ..sabtu ahad public lagila dia mai jugak ..dan hasil OT dia 10x ganda dari aku memandangkan aku x rajin buat OT. Jenuhlah kami dok pikiaq pasaipa duit dia x cukup2 anak kerja pegawai gred 41 ..dia gaji pun nak ke 3k tu…Setahu aku komitmen kereta dia pun abes dah…urmmm…
Mesti korang ada yg sependapat dengan aku. Dia jadi x cukup duit sebab makan riang kawan, rasuah masa, aniaya kawan..Sebab tu semua kita kena ingat rasuah wang mmg terang2 kita nampak berbanding rasuah masa tapi kesan akibat kedua-dua rasuah di atas sama sahaja. Semoga kisah ini menjadi iktibar pada kita semua.
Sekian..
– Noni
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit