Asam Garam Di Universiti

Assalamualaikum

Mohon admin siarkan confession sis ni.. Okey, memang sis tak tahu nak mula dari mana.. Maklumlah sis tak pernah confess apa2 sebelum ni. Semua masalah sis simpan sendiri je.. Sis baru habis belajaq kat uni.. Malas ler nak bagitau dari uni mana.. Nanti ada kenai plakk.. Huhuhu..(Perasan jap)

Sepanjang 4tahun belajaq di uni banyak tersimpan kenangan., but mostly pahit lerr. Sesape yang datang dari keluarga miskin mesti tahu betapa peritnya, payahnya lahaii nak habiskan 4tahun di unibesiti.. Uolls ingat senang?? Sape2 yang pernah rasa macam sis, meh sini sis pinjamkan bahu.. nanges sama2.. Meh!

Dari first year sampai fourth year babe, sis keje part time (terpaksa keje weh demi sesuap nasi!) Dari pukul 8pagi hingga pukul 5petang sis ada kelas. After pukul 6petang sis masuk keje kat kafe pulak. Kafe kolej. Kafe closing dalam pukul 11 malam. Kadang2 sampai pukul 12malam. Upah or gaji? Bolehla, Alhamdulillah! Walaupun dibayar RM3.50/jam sis syukur sesangat sangat.. Sekurang-kurangnya adalah siket duit nak makan beb!

Duit ptptn pi mana?? Takkan tak cukup?? Mesti uolls pelik sebab tiap2 sem memang duit ptptn tak penah pun cukup.. Sis guna buat joli ke? Oh tak! tak! Tak! Duit ptptn sis dalam rm3000 tapi itu tak tolak lagi yuran ribu raban plus kena tolak rm500 every sem sampai tahun 2 jer sbb sis ambek duit pinjaman WPP rm1500 tuu.. Kalau tolak2 tinggal berapa jer? Mana lagi nak beli buku.. makan minum.. (pakaian tak termasuk coz sis pakai baju yang mana ada jer..5helai baju kurung kitar semula!)

Sis akui memang  ler sis workaholic (Eh perasan lak!). Yerlah bila dah keje tu kena la sungguh-sungguhkan? Baru berkat rezeki tuh! Sis keje part time hari2. waktu hari biasa and weekend. Kalau hari biasa, macam sis cakap la, sis keje dari pukul 6petang sampai malam. Kalau weekend sis keje pagi sampai petang je. Malam2 weekend sis sibok buat esaimen tatkala siswi2 laen sibuk layan running man atau kdrama. sis nak jugak layan tapi sis tak ada masa weh! Keinginan perempuan la katakan! Menanges jugak beb sbb tak dapat layan semua tuh!

Pernah jugak la waktu weekend sis keje dari pkul 8pagi sampai 4.30petang non stop. Maklumlah waktu tu sis ABC (Allah bagi cuti) so sis tak berhenti la rehat untuk solat.. Supposedly waktu weekend keje sis sampai 2.30petang je.. Tapi hari tu tak ada orang yang masuk shift petang tu.. Terpaksala sis tunggu orang datang ganti.. Oh iya sis keje kafe bukan bahagian cashier or buat air yer.. Sis keje bahagiaan dapur.. Keje bahagian dapur ler memang penat tau.. Tu tak masuk lagii dengan double triple extra works lagi tuu..

Nak dijadikan cerita sis balek keje terus lembik, terduduk depan pintu hostel sebab dah tak larat nak bangun dah.. Badan sis pun jadi panas semacam. Naseb sis ada roomate yang prihatin. Dia tolong urut sis sebab dia kata sis demam sakit urat.. Nak tergelak pun ada jugak! Sebab sis payah nak demam sebelum ni.. Dan sis pun rasa sis terlalu muda lagi nak ada demam sakit urat neh! Lebih dari seminggu jugak ler sis demam sakit urat tu.. Payah betul nak kebah! Tapi sis tetap gagahkan diri jugak walaupun demam la macam mana pun sis tetap pergi kelas dan kerja! Mana boleh weh, sayang nak tinggal kelas! kelas tu ilmu! Kerja tu rezeki..

Masa demam, bohong la sis tak sedih.. Sedih sebab apa pun sis tak tahu! Air mata duk teriak (nanges) kalau tadah maunya dekat sebaldi! Maybe sebab sis jenis pendam tak reti nak luah kat sape2 termasuk la roomate! Keluarga? Lagi la sis takkan citer. Cukuplah dengan masalah yang ada, sis tak nak jadi beban!

Setiap minggu sis akan tefon tanya khabar keluarga kat kampung.. Biasanya sis tefon ibu.. Ibu sis walau duk jauh nun di sana, ibu tetap boleh detect sis ada masalah.. Naluri keibuan la katakan! Tapi sis akan cuba tukar topik bila ibu tanya sis macam2. Selalunya sis akan tanya ibu masak apa, makan apa? Ada duit tak? Adik2 ada nak guna duit tak? Macam2 la sis tanya ibu sis.. Kadang2 ibu sis bagitahu makan itu ini, sis dah boleh detect kat rumah ada masalah kewangan. Paling menyentuh hati sis bila ibu cakap makan nasi berlaukkan ulam2 dgn budu.. (okey sis orang Kelantan, sedikit pengenalan)

Sis bukan anak sulung, ada abam2 kakak2, tapi masing2 ada yang dah keje and blajaq mcm sis. Sis anak tengah, ada lagi adek2 kecik yang masih skolah.. Sis ada adik beradik ramai.. Yang mana abam2 dan kakak2 dah keje, masing2 hulur duit kat rumah tapi masih lagi tak cukup.. sebab banyak tanggungan..

Start second year di unibesiti, sis dah pandai transfer duit pt dgn gaji senyap2 kat family.. tiap2 bulan.. Sis cuba nak bantu yang mana boleh…Dan di situ juga bermula sis ikat perut. Tiap2 isnin dan Khamis sis puasa sunat sbb nak jimatkan wang yang ada. Yerlah dari duk berlapaq baik pose boleh jugak pahala.. Betol tak?? Bukak pose kadang2 ada duit beli la makanan, tak pun tapau kat tempat keje.. Bos memang baik hati.. (Terharu jap!).  Selalunya dia bagi makanan free kat sis. Alhamdulillah merasa jugak rezeki makanan sedap2!

Macam sis ni tak suka tunjuk kat orang laen sis ni susah.. sebab tu membe2 tak tahu pun latar belakang family sis ni.. Alah, kalau citer kat orang laen yang kite ni hidup susah ada orang nak tolong ke?? Tolong tadah telinga jer lah! Plus sis tak suka story morry kisah sendu keluarga semata-mata nak meraih simpati empati orang laen! Sis ada kudrat, tenaga, biarlah sis keje!

Seminggu sebelum study week biasanya sis mintak izin bos nak berhenti. Every semester macam tu! Sis cakap kat bos, “Kak pah next sem sambung balek!” Ayat2 tu selalu duk ulang2 dari tahun pertama sampai tahun akhir. Alhamdulillah memang sis keje dengan bos 4tahun berturut-turut.. Tq bos!

Bila study week and exam week la agak payah siket. Yerlah gaji dah tak dapat (coz dah tak keje),ptptn pon dah habes.. Saving? Ada la siket2 utk duit tambang balik cuti sem dan simpanan utk next sem sementara menunggu duit pt masuk nanti!

Masa tulah iman teruji weh! Terpaksa ikat perut! tapi biasanya sis pose ler supaya dapat pahala! Sis rasa ramai je siswa siswi yang makan maggi kat uni, tapi.. ada tak sama macam sis? kalau sama, kita geng! hahahaha…

Sekeping maggi dibelah dua! Makan separuh, separuh lagi simpan untuk esoknya! Pernah tak uolls? Kalau tak pernah, try buat, rasa kenyang ke tak? Konfirm ler tak kenyang sangatt.. Tapi bila sis fikirkan apalah sangat makan maggi dibelah dua jika nak dibandingkan dgn orang2 Syria yang terpaksa makan rumput sbb kan peperangan! Kalau uolls pernah tengok video budak Syria tu pasti nanges weh! Sis pun selalu duk ulang2 tengok video tu sbb nak pujuk hati sis supaya sabar. Alah, kalau kau rasa kau susah, ada lagi susah dari kau!

Oh iye! Dalam duk bebel2 ni, lupa nak bagitahu yang tahu sis dari keluarga miskin hanya beberapa orang je.. Pertama my PA (pensyarah kanan), roomate sis , boss tempat keje dengan ustazah zakat.. Sebab apa sis panggil ustazah zakat? Sebab tiap2 sem bila ada interview zakat, pasti ustazah sama yang interview sis. Siap panggil sis Mek Bungoo (mek bunga) lagi! Dah kenal dah muka sis ni..(Femes jugak I)..Hahaha…

Ustazah zakat, dan PA selalu bagi sis semangat supaya sis tak terasa putus asa dalam pelajaran. Sama jugak bos dan rumet sis walaupun sis tak citer sangat pasal family sis tapi diorang jenis, ‘I can feel you babe’, memahami dan supportive!

Kawan2 yang laen? Ada! Tapi tak ramai pun. Dalam sekelas tu ada 2-3 je yang sis rapat. Yang laen pulaukan sis sebab maybe terasa hati dengan sikap sis.. Yerlah diorang suka anjur event2, pi makan2, buat BBQ, jalan2 1kelas, tapi sis selalu tak ikut.. Bila depa ajak, selalu jugak sis bagi alasan macam2.. Last2 depa terasa dgn sis! Untuk ex-classmates sorry sis selalu tak join korang! Sorry! Sis keje weh! Plus sis tak berduit macam chugaiss!

Mesti orang cakap sis ni macam tak de LIFE, kan? Bila masuk unibesiti ni kenalah have fun, enjoy2, couple2, tak gitu? Bagi sis tak, bila dah dewasa, maksudnya kau dah banyak tanggungjawab. Tengok sis, tak kahwin lagi pun ada tanggungan. Adik2 kecik, ibu ayah tu dah jadi di bawah tanggungan sis.. Itu dah jadi tanggungjawab sis! Payah macam mana sekalipun sis akan cuba sedaya upaya nak ringankan bebanan keluarga! Kalau ditakdirkan tak kahwin pun tak apa ler uolls, yang penting keluarga mesti sentiasa diutamakan!

Sekarang ni sis baru jeh grad! Alhamdulillah! Tapi kenangan belajaq kat unibesiti macam baru je berlaku semalam.. Mesti korang yang baca rasa boring kan! Alah relax la. Sis nak kongsi ni ada sebab.. Mana la tau ada adik2 yang masih di uni senasib dengan sis.. Be strong, adik2ku! No matter where you are, I can feel you, your pain! Jangan putus asa dehh! Sis buat confession ni bukan saja2 tapi nak kongsi asam garam sis semasa blajar di unibesiti supaya adik2 senasib dengan sis tak putus asa dan sentiasa bersemangat untuk belajar..

Belajar di universiti ni dik, penuh ranjau, dan onak duri.. Kena belajaq jadi wanita besi macam sis! (Yang lelaki tu lelaki besi lah!). Kena kental, pekak kan telinga kalau orang2 sekeliling nak kata apa! Macam sis 4tahun berturut-turut kena dipulaukan. Orang kata macam2.. Mengumpat sis tok sah citer ler.. Macam2 versi sis dengar! Depa duk sembang belakang2, mengumpat, sis tahu semua tu.. Nak2 budak kelas kan! Tapi sis wat rilex wa peace jer! Boleh jer hidup! Kita hidup bukan semata-mata nak puaskan hati semua orang kat dunia, dik.. Bukan!

Untuk readers, uolls semua doa2 kan sis jugak yer.. Sekarang ni sis baru je grad, sis keje biasa2 je sementara menunggu panggilan temuduga.. Oh ya kalau terserempak dengan gadis2 Watsons, senyumlah mungkin sis ada kat situ.. Sambil2 sis keje tu, sis ada jugak ambek tempahan buat kuih muih, nasi kerabu, nasi dagang kelantan, nasi kak wok dan macam2..(Berkat pengalaman kerja part time dulu!) Kalau nak, boleh la tempah.. Hehehe.. Sis berazam nak ubah naseb keluarga sis.. Kalau uolls doakan sis, doa la jugak kejayaan sis di dunia dan di akhirat yer.. Uolls sumpahlah sis jadi seperti Datuk Vida pun okey jugak! Hahaha..

– Gadis Besi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit