‘Pendamping’ Nenek Makan Keturunan

First sekali , Thanks admin sebab approve !
Saya nak kongsikan cerita ni sebab 20 tahun saya tertanya tanya kemana perginya semua future sepupu sepupu saya yang dah 5 bulan membesar dalam perut makcik saya tiba tiba hilang macam tu je . Saya tak minta untuk pembaca percaya , itu hak masing masing , tapi ini lah realiti keluarga saya . Makcik sulong saya mengandung kan anak yang pertama boleh dikatakan cucu pertama dalam keluarga sebelum adik beradik saya yang lain . Selepas beberapa bulan , perut pun dah nampak macam orang sarat mengandung ttiba tiba hilang macam tu je . Nak cakap gugur takde apa apa yang terjadi . Makcik kedua saya juga mengalami nasib yang sama . Ayah cakap sampai sekarang ayah masih tak faham kenapa kejadian tu dirahsiakan dan tak kan diungkit sampai bila bila .

Tiba pulak masanya abang saya dan adik beradik saya yang lain untuk wujud ke dunia . Ayah dah mula risau , sebab yang lain semua tak jadi , ayah takut apa apa berlaku pada anak ayah yang sulong .Terlampau banyak dugaan dan ujian yang mak dan ayah kena lalui . sewaktu mak mengandungkan Abang pertama , ayah pernah tertendang perut mak , mak sampai menjerit sebab sakit sangat . Ye lah kalau ikut logik pun , lelaki tendang macam mana? Haha dan malam tu jugak bergegas ke hospital takut apa apa jadi pada kandungan . Berjam mak dalam emergency room ayah tak putus doa , solat hajat , dan Alhamdulillah along selamat . Balik dari hospital ayah cuba cari jalan penyelesaian supaya tak akan jadi perkara yang buruk pada masa akan datang . 3 tahun berikutnya mak mengandungkan angah abang kedua saya , lagi banyak dugaan mak , tiba tiba baby tak bergerak dalam perut , mak jatuh dalam bilik air , mak jatuh masa nak beli barang , selalu sangat pendarahan , Ayah risau sangat waktu tu Ayah tak henti henti solat malam supaya Allah lindung keluarga kami . Ayah sanggup tak tidur takut sesuatu buruk jadi lebih lebih lagi kandungan mak dah nak masuk 8 bulan . Malam tu mak jatuh lagi sekali , dan terus dikejarkan ke hospital dan angah lahir malam tu jugak walaupun tak cukup bulan . Lepas beberapa hari ayah tekad nak jugak cari solution untuk semua ni dan ayah nak jugak tau punca semua ni jadi .

Ayah kenal rapat dengan keluarga belah nenek , pagi esok nya ayah berjumpa dengan pakcik sedara kepada nenek yang menetap di kampung yang sama . Ayah mula bercerita perkara perkara pelik yang pernah jadi , dan apa yang keluar dari mulut pakcik memang mengejutkan ayah . Ayah menangis mohon pakcik tolong sebab ayah tak mampu dah time tu , lepas satu , satu benda jadi dalam family .
Pakcik cakap nenek memang ada yang jaga dia . ‘Benda ‘ tu memang makan janin . Yang saya marah kenapa nenek tak halang? Kenapa nenek sanggup korbankan cucu sendiri ?
Pakcik cuma datang rumah , tolong pagarkan rumah dengan ayat ayat pelindung supaya segala anasir jahat dapat keluar . Pakcik cakap jaga lah keluarga jangan tinggal solat
Jeng jeng jeng tiba masa mak mengandungkan saya pulak , time tu mak makan nenas . Ayah kata jangan tapi mak makan jugak . Malam tu mak sakit perut yang sangat sangat then pergi hospital doktor bagi ubat supaya baby tak lemas dalam perut sebab mak tak pantang pun makan time lahirkan saya . Tepat 24/12 saya lahir . Itu pun tali pusat berbelit kat leher . Time mak mengandungkan Adik adik yang seterusnya (ramai kan ? Alhamdulillah !) Tak de apa sangat yang jadi tapi waktu umur masing2 cecah 5 tahun adik perempuan saya jari pecah sebab kena hempap besi , kening koyak sebab jatuh tangga . Adik lelaki saya terhantuk bucu meja kepala bengkak macam alien.

bila umur kami masing² cecah 5,6 tahun angah tiba tiba kena tahan ward sebab dulu lahir tak cukup bulan lepastu dah besar kurang vitamin . sampai Doktor nak ambek air tulang belakang untuk diagnose sakit apa . Along malam je asyik menanges sebab nampak benda pelik pelik dalam rumah tu . Saya pulak mak pernah terjirus air panas satu badan . Kukit menggelupas merah macam daging masak . Naseb baek ada qu puteh qu puteh haha parut pun hilang dah alhamdulillah . Air panas yang memang baru lepas masak tu . Pakcik cakap benda tu bila dia tak dapat kita waktu kecik , dia porak peranda kan hidup waktu besar .

Ayah selalu pesan solat jangan tinggal jangan pernah lupa doa supaya keluarga kita Allah lindung .

Beberapa hari lepastu nenek sakit . Kadang kadang rasa seram jugak bila malam je nenek meracau ntah apa yang dia sebut .

2 tahun lepas tu makcik bawah mak mengandung kan cucu seterusnya .
Tapi gugur . Sebab jatuh bilik air DEKAT RUMAH NENEK . Makcik yang saya panggil mak andak ni dah 3 kali gugur anak dia . Mungkin bukan rezeki dia atau mungkin janin telah ditukar ganti .
Tapi Alhamdulillah kami adik beradik Allah lindung .

Dan sampai sekarang jugak lah , nenek tak pernah suka tinggal kat rumah kami sebab nenek kata panas . Dan bila kami pulang ke kampung , nenek tak pernah tunjuk muka suka . Saya tak nak ambil Peduli pun , cukup datang melawat dia .

Lama lama tu bila umur kami masing2 dah masuk belasan tahun , nenek dah jatuh sayang kalau boleh setiap hari dia nak kami tidur kat rumah dia . Umur nenek pun dah nak cecah 80 tahun . Hm nenek sayang ada makna , berturut turut kami adik beradik mimpi yang pelik pelik baby lah , keris lah , harimau lah , tangkal dalam rumah macam macam lagi . Pakcik cakap jaga jaga , nenek nak cari pengganti . Ayah mula risau sebab kenapa terus terusan keluarga kami jadi mangsa . Mula dari saat tu kami dah jarang balik kampung , jarang melawat nenek , raya pun datang dan terus balik petang tu . bukan sebab benci nenek , tapi sebab risau . Tapi ayah dengan mak seminggu dua kali akan datang melawat nenek TANPA bawak kami . Sampaikan mak bergaduh dengan adik beradik mak yang lain sebab jauhkan kami dari nenek . Mak hanya mampu diam sebab mereka takkan faham apa yang mak rasa .

Tahun berikutnya kami satu keluarga di uji lagi , adik perempuan saya tak boleh berjalan . Sebulan ayah ulang alik hospital dukung adik . Waktu tu adik dah umur 15 tahun . Tabah betul kudrat seorang ayah demi anak . Ayah turun naik tangga asrama sambil dukung adik sebab adik tinggal di asrama . Hampir setiap hari ayah menangis tengok keadaan adik macam tu . Time tu jangan kan nenek , makcik pakcik yang lain pun takde langsung datang melawat . Mak redha dengan semua yang jadi . Kami berubat kampung dengan ustaz kawan baik ayah . Alhamdulillah adik boleh jalan balik tapi tak selincah dulu . Dia tak mampu berlari dah , tak mampu berdiri lama . Adik selalu mengadu setiap malam , yang kakinya macam ada benda berat duduk . Ayah urutkan kaki adik setiap malam supaya adik tak rasa kebas .

Mimpi mimpi pelik ni berlarutan sampai sekarang . Minggu lepas kami satu keluarga dikejutkan lagi dengan berita keguguran makcik bongsu kami . Kandungan makcik dah masuk 4 bulan . Dan time makcik gugur makcik di rumah nenek . Saya tak tau lah satu kebetulan atau apa .

Sampai bila Benda ni akan berterusan ? Sampai keturunan kami pupus satu persatu ? Kadang kadang sebab ini lah abang abang saya malas nak mencari teman hidup . Sebab risau dengan naseb keluarga mereka pulak nanti . Dan yang masih menjadi tanda soal dalam hidup saya , betul ke nenek sanggup korbankan zuriat keturunan demi untuk kekal sihat sampai bila bila ?
Mohon semua kirimkan doa buat kami satu keluarga dan doakan nenek supaya berhenti menyiksa diri sendiri serta orang lain .

– sha

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit