Assalamualaikum, admin yang baik.
Saya sangat berbesar hati jika admin izinkan saya menyambung sedikit perkongsian saya ini. Terima kasih banyak2…
Lepas baca komen2 positif dari pembaca2 yang budiman semua,suka hati saya ingin mendoakan agar kalian dilimpahi rahmat, keampunan dan rezeki dari Allah dunia & akhirat. Kepada sesiapa yang menunggu jodoh dan rezeki, saya doakan urusan kalian Allah mudahkan, inshaAllah..Amin…
Sesungguhnya saya ni cumalah insan biasa, kerdil dan banyak kekurangan.. Allah jualah yang maha penjaga kita semua dari segala aib yang kita miliki. Maha suci Allah…
Ada sedikit tambahan mengenai solat dhuha ni. Ya, betul. Mcm seorang reader komen, solat dhuha ni bukan untuk rezeki. Tetapi sebagai tanda kesyukuran kita pada Allah yang maha memberi nikmat kepada kita. Betul sangat2. Mula2 dulu saya amalkan pun untuk murahkan rezeki. Ya, memang dapat. Tapi bila saya betulkan niat sebagai tanda terima kasih kepada Allah, masyaAllah, tabarakAllah, nikmatnya lain macam. Orang yang dah amalkan je yang tahu. Allah pun pernah berfirman maksudnya lebih kurang “jika engkau bersyukur,akan Aku tambahkan nikmat buatmu”
Ada komen yang mengatakan amalkan surah alwaqiah untuk murah rezeki. Ya, saya akui ini salah satu amalan yang alhamdulillah saya dapat istiqamah(saya lambat tahu mengenainya, lepas kahwin ni baru tahu & amalkannya.) Orang kata “better late than never” kan. Tips yang saya dapat, baca surah alwaqiah selepas solat dhuha(seperti komen seorang reader lain) Syukur alhamdulillah, terasa kesan positifnya… Walaupun rezeki tidaklah mencurah2, tapi terasa kecukupannya tu, sehingga tak perlu meminta2 dengan makhluk.. Tambah lagi terasa ketenangannya… SubhanAllah… Allah maha Pemurah.
Tambahan lagi surah al-mulk. Dahulu, masa study saya ikut2 je kawan2 amalkan surah ni setiap malam. MasyaAllah… Kesannya juga sangat hebat. Allah maha Hebat kan… Semua kawan2 saya yang amalkan termasuklah saya, semuanya mudah dapat kerja yang tidak kurang hebatnya. Tiada yang terlibat dgn masalah pengangguran yang digembar gemburkan.
Itu semua kuasa Allah. Kita cuma ikhtiar je kan. Masa tu saya ingat baca surah tu untuk murah rezeki, kini baru kutahu sebenarnya bacaan surah al-mulk ni akan menjadi cahaya yang akan menerangi kubur kita kelak. InshaAllah.. Amin..
Terlanjur dah sambung confess ni, teringin pula saya berkongsi sedikit lagi tips2 murah rezeki yang lain. Hope pembaca tak bosan ye dgn perkongsian saya ni walaupun dah tau dari ustaz ustazah lain di luar sana. Untuk penegasan sekali lg, saya bukanlah ustazah dan bukanlah baik sangat, tapi saya insan biasa yang sedang berusaha ke arah kebaikan mencari redha dan rahmat Allah. Jadi sudilah saya berkongsi sedikit ilmu & pengalaman yang saya dapat ni dengan pembaca budiman sekalian. InshaAllah moga bermanfaat..
Antara tips murah rezeki yang paling hebat saya tahu dan amalkan adalah sedeqah.Ajaibnya sedeqah ni pun siapa yg biasa amalkan, pasti rasa nikmatnya. Sedeqah tak semestinya dgn wang ringgit. Tapi kalau kita mampu sedeqah dgn wang ringgit, silakan. Macam2 cara sedeqah kita boleh buat sebenarnya. Macam seorang reader tu komen, setiap pagi kita sedeqah al fatihah kepada kedua ibu bapa kita.
Saya tambahkan sikit lagi. Kita mulakan niat untuk hadiahkan kepada rasul kita, Muhammad(bacalah selawat kepada baginda) ahli keluarga baginda, sahabat2 baginda, then barulah kedua ibu bapa kita, mertua, suami/isteri,anak2, saudara2 kita diseluruh dunia dan diri kita sendiri. MasyaAllah… Kesannya juga tak kurang hebatnya.
Saya pun baru je amalkan lepas dapat tips dari teman2 baru yang baik2. Rasa seronok dan tenang sebenarnya bila tiap2 hari dapat hadiah/sedeqah walaupun dgn surah al fatihah ni. Bila kita tak lokek dengan orang, Allah yang maha pemurah pun tak kedekut nak bagi apa je yang kita mintak kan
Macam yang pernah saya bagitahu sebelum ni, saya bantu suami mengendalikan perniagaan beliau. Alhamdulillah, dengan bekalan sedikit ilmu dari uni dulu dan pengalaman bekerja dengan orang lebih 6tahun seblum ni dan yang paling penting bantuan dari Allah yang maha penolong, saya dapat mudahkan banyak urusan perniagaan beliau. Dan sedikit demi sedikit dapat berkembang maju dan saya pun ada perniagaan sampingan saya bagi menambah lagi pendapatan kami sekeluarga. MasyaAllah, syukur alhamdulillah Allah benar2 membantu hambaNya yang sentiasa meminta hanya padaNya.
Alamak, dah macam bagi ceramah motivasi pula ye. Hihi… Maaflah ye.. Tersyok berkongsi rasa dengan para pembaca yang baik semua. Saya sangat2 terharu sebenarnya sebab perkongsian saya yang serba kekurangan ni mendapat maklumbalas yang positif. Yg nampak xberapa positif tu pun saya positif menerimanya inshaAllah.
Kalau nak lebih lagi tips2 menarik, saya teruskan siri ke 3 nanti jika admin izinkan ( ni kes terjebak confession encik mus la ni … Hihihi… Jangan marah ye.. Gurau je)
Sekian, wassalam.
– fee
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit