Assalamualaikum kepada yg sudi membaca confession yg tak segah legenda keluarga Mus . Sejujurnya butir isi confession ini cuma luahan perasaan seorang fresh graduated yg masih mencari dirinya .
Straight to the point , secara kasarnya orang melihat aku bahagia dengan diri ku yang sekarang . Baru saja habis pengajian peringkat ijazah muda aku dengan mudah diterima masuk berkerja sebuah company . Tidak seperti orang lain yg mengganggur bertahun lama utk menletakkan diri dalam sesebuah company atau badan kerajaan .
Pada zahirnya juga , orang melihat aku mudah menjalani hidup ku . Ketika dalam pengajian aku beberapa kali mendapat anugerah dekan . Proposal final project aku jarang atau boleh kata tidak sekali pun direject oleh lecturer . Bila submit assignment aku adalah student yg less potential utk digagalkan . Sejujurnya , aku tidak sekali pun pernah repeat paper sepanjang tempoh pengajian 5 tahun daripada diploma hingga degree . Nampak begitu smooth perjalanan hidup aku kan ?
Aku yakin ramai yg pernah mengenali aku dulu wonder mcm mana aku selalu berada dalam keadaan sebegitu ‘selamat’ dalam menjalani hari-hari ku sebagai seorang student .
Tak kurang jugak yg memerli student dekan ni sebenarnya tidak selayaknya mendapat jolokan itu . Apa yg orang selalu nampak ialah usaha aku atau kebanyakan student dekan lain lebih kurang sama dengan student biasa kan ?
Everything seems perfect pada mata orang yg melihatnya secara mata kasar .
Disebalik kesempurnaan yg ada , yg ramai kawan-kawan lain idamankan untuk berada di tempat aku , sebenarnya jauh di sudut hati paling dalam . Akulah manusia yg paling merasa diri tak sempurna .
Jangan salah faham guys . Tak sempurna yg dimaksudkan aku ada satu sifat tidak mudah berpuas hati dengan diri sendiri . Sejujurnya sehingga kini aku masih mencari-cari kejayaan sebenar yg aku benar-benar idam dan mahukan .
Berjaya masuk ke IPTA sudah , berjaya sebagai top student sudah , berjaya mendapatkan sebuah kerjaya (bukan kerjaya idaman)sudah . Kahwin saja belum..haha .
Mungkin aku begitu taksub dengan kesempurnaan dalam diri sehingga belum satu pun kejayaan selama ini yg aku kecapi betul-betul memuaskan hati .
Itulah hakikat ‘kesempurnaan’ yg orang pandang pada diri aku . Padahal aku masih rasa merasa kekurangan tu di sana sini .
Kepada orang yg suka membandingkan diri dengan yg lain , menimbang kejayaan diri dengan orang lain atau suka melebih-lebih cemburu pada kejayaan orang lain . Sebaiknya kamu lupakan .
Malah cubalah merasa cukup dengan diri sendiri . Jangan jadi seperti aku yg terlampau mengejar kesempurnaan sehingga nikmat itu akhirnya telah mulai hilang .
Sesungguhnya orang yg tahu bersyukur itulah yg paling beruntung sebab dia bahagia dengan apa yg dia ada . Bukan seperti orang yg mempunyai segalanya tapi tidak merasa puas kerana belum bersyukur dan merasa cukup . Akhirnya ‘termakan’ oleh kesempurnaan yg dikejar selama ini .
Kejarlah kejayaan dalam kesederhanaan . Jangan terlampau taksub sehingga lupa mehargai nikmat kejayaan itu .
Sincerely ,
Kosong .
– Kosong
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit