Kenapa Asyik Salah?

Saya mengharapkan agar post ini dapat memberi manfaat.

Sejurus keluar daripada IPT, saya ditawarkan satu pekerjaan di kg halaman, secara kontrak. Setelah tamat kontrak, saya ditawarkan untuk bekerja di suatu syarikat swasta.

Pada awalnya semua ok, sehinggalah hampir setahun kemudian, kerja makin lana makin byk sehingga tidak tertanggung rasa. Mujurlah ada senior serta rakan2 drpd department lain yg byk memberi kata2 semangat dan dorongn serta bantuan tenaga ketika saya amat memerlukan

Dipendekkan cerita, saya berterusan begitu sehingga tahun lepas, apabila majikan menggajikan 2 org bg membantu sy. Saya cuma mengetahui mereka ini digajikan pada hari pertama mereka digajikan. Alhamdulillah, berkurang beban.

En L (majikan) kata, didik dan ajar mereka kerja. Maka, pengagihan kerja diberi mengikut keperluan saya agihkan sama rata antara mereka dan sy uruskan perkara2 sulit.

Tup2, En L dtg dan rombak sistem sesuka hati dia. Yang mana akhirnya seorang tukang angkat telefon ( lebih kepada angkat fon sendiri, msg dan begayut dengan skandal sana sini), seorang lagi teman dia ke sana sini. Kalau tidak, byk sgt pula urusan peribadi, kalah pak menteri. Akibatnya, dua-dua saling dengki mendengki dan tinggalkan sy kerja berseorangan! Pedih terhiris hati.

Dipendekkan cerita hampir 5 bulan kemudian kedua2nya berhenti, saya lega kerana tidak perlu menanggung biawak hidup dan meneruskan norma kerja sebagaimana asal (yg tiada cuma sakit di hati).

Sebulan kemudian, seorg staff drpd department lain dipindah masuk kerana department tersebut dengan department sy digabung. Maka, saya diarahkan sekali lg oleh En L untuk mendidik dan mengajar staf tersebut (kita panggil dia H). Oleh sebab H ni lebih senior, maka semua kerja saya bahagi sama rata dengan beliau. Kerja-kerja yang biasa dia buat, saya minta dia teruskan dan saya uruskan perkara lain.

Sekali lagi En L buat kacau. Semua aturan yang saya aturkan bukan setakat dirombak malahan dibuang terus! Hasilnya semua kerja pun saya kena buat. Tinggal H tu jadi tukang angkat fon. (Kalau dia rase nak angkat la). Lepas angkat bg saya jawab walau da pesan suruh ambil pesanan sahaja. (Motif angkat fon???)

Terusla saya kerja sambil memeruk rasa sakit di hati.

Hampir sebulan, saya lambakkan juga kerja pada H, tak banyak, 2 skop utama sahaja supaya saya boleh fokus pada perkara yang lebih sulit. Itupun kalau x suruh, menghadap telefon smpai habis bateri. (Sabarrrrrr je la). Dan yang paling memedihkan hati, semua kerja yang dibuat di department dia selama ini, bila suruh sambung buat tiba-tiba tak pandai buat. Kena tanya daripada A sampai Z. Nak baca tulisan pada borang pun dah tak pandai. Hadoi laaa.

Oleh sebab saya paling lama dalam department, maka semua urusan dengan orang luar akan melalui saya. En L memang susah angkat sekiranya mereka telefon ke telefon bimbit. Kena maki, kena tuduh macam-macam dalam telefon da adat biasa, kadang-kadang saya cuma dapat menyelesaikan tugas selama dua atau tiga jam dek kerana panggilan telefon. Yang En L tuduh, saya bergayut dan banyak berborak sebab tu kerja tak siap. Andai kata saya ada 8 tangan sekalipun, sekiranya otak satu, tak boleh juga nak selesaikan dua kerja serentak. ( Kalau H angkat pun, angkat bg saya juga, dan dia sambung main game)

Dlm bulan yg ke3, En L ambil seorg lagi staf (kontrak). Sy bg nama dia K. K dengan H ni macam tak masuk sgt. Mungkin H nak tunjuk ke-senioran die la. K banyak buat kerja luar, hantar surat, beli barang, kerja-kerja selain pejabat.

En L selalu bengang dengan H sebab tak hormat dia selaku bos la, H tak pandai kerja la, bla bla, tapi depan individu tu tiba-tiba macam tercekik sudu, semua kesalahan tidak pernah ditegur. Yang kena marah siapa? Saya dan K la si kambing hitam!

Saya n K byk berdua untuk kerja luar so kami mcam lebih ngam la berbanding dengan H. Kadang-kadang nampak dia macam bengang sebab asyik kena tinggal, tapi da nama kerja pejabat, tak kan nak tinggal ofis pulak kan?

K ni da ada keluarga, jadi pada satu ketika anak dia sakit dan ditahan wad selama hampir 2 minggu. Sejak daripada tu, selagi boleh bangun, K akan gagahkan jugak diri untuk datang kerja. Tak nak En L anggap dia ambil kesempatan. Pernah sekali K diberi MC seminggu tapi tetap dtg kerja, tak nak susahkan orang kata nya.

Pendekkan cerita, sampai bulan 10 baru ni, H berhenti. Sebabnya? tak ada orang pun yang tahu. Berhenti macam tu je. Jadi semua kerja-kerja dia terpaksa saya tanggung semula.

Maka, saya terpaksa buat kerja luar, yang mana saya sedang buat dan kerja yang ditinggalkan. Apa ada hal, semua da beres.

Kan?

Sampai satu ketika, department saya diaudit. Kerja-kerja H (1 daripada 2 skop) termasuk dalam auditan. Semua yang dia da buat, salah!!

Aduhhhhhh, sabar lah hatiiiii. Semua kena bongkar balik dan betulkan sebelum closing account. K pula perlu menyiapkan laporan kerja-kerja luar yang juga perlu dihantar sebelum tutup akaun. Kami OT( x pernah dpt payment pun) selama 2 minggu demi menyiapkan semua perkara.

Yang paling menyakitkan, En L kata, saya dan K duduk di pejabat, goyang kaki. Kerja apa pun tak buat. Duduk makan gaji buta.

Adakah wajar manusia seperti kami ni yang berhempas pulas untuk syarikat yang langsung tak jaga kebajikan pekerja?

Bukan pujian melambung yang saya harap, cukuplah faham situasi kami yang hanya pekerja biasa.

Terima kasih

– Muiz

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit