Salam. Pertama sekali, saya sangat berterima kasih pada admin jika post confession ini sebab saya dah buntu untuk mencari jalankeluar. Setelah membaca cerita ni saya harap anda semua tidak bersangka buruk kepada ibu saya dan tolong doakan ibu saya agar sedar akan kesilapannya. Walau macam mana pun cerita ini, ibu saya masih menjalankan tanggugjawabnya sebagai seorang ibu.
Di sini bukanlah niat saya untuk membuka aib keluarga sendiri tetapi saya sangat memerlukan pandangan orang ramai tentang masalah saya. Kisahnya bermula apabila zaman technology menjadi semakin maju. Mulanya, ibu saya cuma mempunyai samsung tab di mana camera untuk selfie tidaklah secanggih smartphone yang dimiliki ibu saya sekarang. Setelah beberapa tahun menggunakan tab itu akhirnya tab itu telah rosak dan kebetulan abang saya mempunyai handphone lebih dan ianya diberikan kepada ibu saya.
Untuk dijadikan cerita, masa ibu saya guna tab tu “reunion” rakan sekolah telah pun bermula apabila wujudnya whatsapp group. Dan juga di facebook bermula lah episode mengenang kisah2 lalu masa sekolah dulu. Saya mula perasan apabila ibu seperti terpengaruh dengan rakan2 sekolah yang suka bersolek2, cantik2 dan post gambar di facebook. Pada masa yang sama, entah macam mana seorang lelaki yang pernah menaruh harapan pada ibu saya waktu sekolah mula hubungi ibu saya. Dari situ ibu kadang kadang ada juga bercerita tentang lelaki itu kepada saya, di mana isteri lelaki itu cemburu apabila suaminya hubungi ibu saya melalui whatsapp. Saya pula waktu itu seakan akan tidak mengerti apa yang berlaku dan telah mengeluarkan statement kepada ibu saya, “man’s first love never dies”. Saya berkata demikian dengan tidak membawa apa apa makna cuma kenyataan sahaja. Mungkin silap saya mengeluarkan kenyataan seperti itu dan telah manjadikan ia punca kepada masalah.
Lupa saya untuk menyatakan, saya masih lagi seorang pelajar dan setiap 2 atau 3 minggu saya akan pulan ke kampung. Minggu lepas merupakan cuti mid semester dan situ lah saya mula perasan perubahan mendadak ibu saya. Sebelum ni ada juga saya perasan perubahan tersebut namun tidak menyangka akan menjadi teruk. Saya mulai perasan ibu suka online whatsapp sehingga 3 4 pagi. Satu hari, saya berbualdengan adik perempuan saya mengenai ibu. Terkejut beruk saya apabila mendapat tahu bahawa dua orang adik perempuan saya juga mengetahui apa yang dilakkukan ibu.
Semasa cuti mid sem, saya perasan dekat gallery ibu ada gambar lelaki yang menaruh harapa waktu sekolah dahulu (saya gelar dia, X). Bukan sekali atau dua tetapi setiap kali saya buka gallery ibu mesti ada gambar X. Saya mula rasa tak sedap hati. Saya berbincang dengan 2 orang adik saya mengenai ibu. Memang betul ibu (malu hendak saya menyatakan ini) ada bermain kaya cinta dengan lelaki itu. Kerana setelah diselidik di gallery ada gambar yang bertulis ayat ayat cinta. Saya sendiri seperti tidak percaya apa yang sudah berlaku. Ibu selalu main phone seperti sembunyi2 tidak mahu orang lain tahu apa yang dibuat pada telephone itu. Handphone tak perlu cakaplah 24jam dalam tangan tak pernah lepas. Dahulu sewaktu menggunakan tab ibu tak kisab kalau kami adik beradik nak tab tu tapi semenjak bertukar kepada telephone abang, walaupun kami minta izin untuk main phone ibu, ibu seolah2 takut nak bagi kami main. Mungkin risau rahsianya terbongkar.
Saya berhasrat untuk tanya ibu depan2 tetapi saya takut sebab adik saya pernah sekali tu menangis dalam kereta kerana sedih apa yang dilakukan ibu telah dimarahi ibu apabila adik saya cakap dia tak suka ibu chat dgn X. Ibu mula berubah mood dan cakap “aku bosan hidup macam ni”. Saya tak faham kenapa ibu mcmtu. Ya saya akui memang kewangan keluarga kami tidak tetap tetapi ayah masih mampu untuk memberi duit cuma cepat atau lambat sahaja kerana ayah business sendiri. Mungkinkah ibu bosan kerana ayah tiada pendapatan tetap? Saya sendiri pun taktahu.
Beberapa hari yang lepas saya telah tanya kepada ibu through whatsapp, selalu ke contact dengan X? Ibu menafikan walhal saya tahu boleh dikatakan setiap hari ibu chat dengan X. Saya cakap lagi saya tak suka ibu chat dgn X dan delete la number X supaya tak perlu contact lagi. Saya nasihat dengan cara yang paling baik2 tidak sikit pun ayat saya seperti memarahi ibu. Setiap ayat saya menegur ibu itu saya susuli dengan kata maaf. Tetapi ibu seakan2 tidak menyedari bahawa kelakuannya itu salah dan berdosa. Ini kerana adik saya masih nampak ibu whatsapp lagi dengan X. Ibu seperti tidak mahu putus hubungan dengan X.
Saya sudah mati akal. Taktahu lagi macam mana nak buat supaya ibu sedar. Saya selalu doa agar ibu lembut hati mendengar nasihat. Bantulah saya. Ayah saya bekerja sampai lewat malam untuk mencari rezeki tetapi ibu sanggup buat macam ni di belakang ayah. Saya sedih sangat. Saya tidak sanggup nak cerita kat ayah sebab sudah banyak beban ayah saya tanggung. Kadang2 depan ayah saya ibu chat dengan dia tetapi apabila ayah sergah (gurau) ibu seolah2 terkejut dan takut. Ibu juga berubah apabila sudah jarang whatsapp saya bila saya tak mulakan conversation.
Bantulah saya. Suggest kan solution yang boleh saya lakukan. Terima kasih dan saya sangat cherish setiap suggestion anda semua.
– Si Buntu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit