salam admin. terima kasih jikalau admin sudi menyiarkan cerita saya ini. hanya cerita ringkas mengenai ikhtiar saya untuk gemuk. semenjak saya masuk matrik pada tahun 2009, berat badan saya susut. jikalau pada form 5, berat saya adalah 42 kg. mungkin kerana sering mengikat perut ketika zaman matrik, berat badan saya adalah di bawah 40 kg. lagi pula, saya bukan la jenis yang kuat makan. untuk pengetahuan, tinggi saya adalah 160 cm. BMI saya 15.7 dan memang dikategorikan sebagai kurus.
pada mulanya, saya tidak berasa ambil kisah mengenai berat badan ini. namun apabila masuk ke zaman u dan sering ditegur kurus, saya menjadi down dan rasa rendah diri. saya berasa sangat tertekan apabila ditegur kurus. oleh itu, saya telah mencuba pelbagai makanan kesihatan/pil untuk mendapatkan berat badan ideal.
pelbagai produk telah saya cuba. appeton weightgain dengan harga rm100++ satu tin ketika itu. hanya sempat consume 2 tin sahaja kerana harganya yg sangat mahal dan tidak mampu bagi saya sebagai seorang student. kemudian, kawan saya ada juga mengesyorkan protein. tetapi protein yang dicadangkan beliau sesuai untuk mereka2 yang bermain gym. saya layankan juga hanya sebab ingin gemuk. harga protein tersebut saya tidak ingat tapi kuantitinya 5 kg. jenuh jugak la nak habiskan protein tersebut.
rasa protein tersebut macam susu coklat. sebenarnya saya bukan la penggemar susu coklat kerana cepat muak. tetapi protein tersebut still tidak dapat membuatkan saya mengalami kenaikan berat badan. so saya stop consume. kemudian saya cuba pula minuman colagen. kakak senior yang mencadangkan. perisa nescafe. sangat sedap sebab saya penggemar kafein. tapi bagi saya, ianya sekadar minuman berkolagen untuk kesihatan dalaman wanita. semapat beli 2 kali sahaja then saya stop.
kawan juga ada mengesyorkan minyak ikan kod kalo x silap saya. beli di watsons. berbentuk kapsul dan baunya sangat tengik. tidak sempat habis 1 botol and saya stop. sebenarnya pil cina pn saya pernah cuba. tapi bila digoogle, ubat itu tidak elok. so saya stop. sumenya saya dah cuba tapi hampa, masih juga kurus. saya malu sebenarny bila dikatakan kurus sangat.
menjelang semester akhir, saya ada terjumpa 1 produk nie dekat instagram. time tue memang instagram sedang rancak. selepas melihat testimoni, saya terbekenan. saya beli la. then memang produk nie berkesan. x sampai 1 bulan consume, dah boleh nampak kesan. berat naik tapi tidak la mendadak. pipi makin tembam. seluar jeans pun dah ase x longgar sangat. pinggang pun ase berisi. ramai juga classmate tegur perubahan saya. happy sangat time tue.
sejak dari tue, saya memang x pernah berenti consume benda nie even pada bulan puasa. mak saya pun consume benda nie sebab dia pun kurus macam saya. saya consume ubat nie selama 2 tahun 3 bulan sebelum stop sebab nak kawen time tue. pernah jugak terpikir efek side effect ubat nie. ubat nie dalam bentuk pil. makan pil yang ada 2 jenis kaler, sejurus selepas makan setiap hari.
saya terpaksa rela stop makan ubat nie sebab memikirkan side effectnya selepas kawen. sebab kalo boleh saya nak ada baby la bila dah kawen nie. tapi sejak stop consume ubat nie, berat badan saya rasanya turun (x berani timbang berat badan). selera makan pun berkurang. kalo sebelum, nasik sepinggan penuh pun boleh habis. sekarang terpaksa suruh hubby habiskan makanan. saya memang dah x consume apa2 untuk gemuk. biar la macam nie. janji hubby sayang.
so setakat ini sajalah coretan mengenai ikhtiar gemuk saya. secara realitinya, yang gemuk nak kurus, yang kurus plak nak gemuk. pelik sungguh. tapi penampilan diri kita nie penting. macam saya, kurus sangat pun diejek dan membuatkan saya down. soo kepada yang nak gemuk or nak kurus, ikhtiar la sungguh2…
– suzana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit