Doa Untuk Abah

Assalamualaikum admin. Terima kasih andai admin sudi baca & post perkongsian ni.

Assalamualaikum & salam sejahtera untuk semua pembaca IIUMC. Semoga sentiasa berada dalam rahmat & kasih sayang Allah.

Aku nak cerita pasal abah aku. Abah aku baik. Kerja biasa2 je tapi alhamdulillah rezeki sentiasa ada. Abah aku memang penyayang. Dahulukan family. Sementara jiran2 beli kereta baru apa semua, abah aku tetap dengan kereta lama. Ada duit lebih abah aku x enjoy. Abah banyak spend untuk kami sekeluarga. Perbaik rumah mana yang x elok, bagi duit untuk kami adik beradik sambung belajar. Ada orang taknak habiskan duit hantar anak2 belajar tinggi tapi abah walaupun susah tetap cari duit untuk kami sambung belajar. Antara adik beradik, akulah paling manja dengan abah sampai sekarang umur dah 2_. Dah sambung master ni pon still manja. Lol. So cukup rasanya aku perkenalkan abah aku kat korang. In short, aku bersyukur sangat Allah bagi aku seorang abah yang macam ni.

Tapi…satu benda je abah tak buat. SOLAT. Puasa alhamdulillah tak tinggal. Dari aku kecil abah gi solat jumaat je. Aku boleh kata kecewa sebab abah kalau kitorg adik beradik malas mengaji memang abah aku marah. Tapi abah tak solat.

Start aku masuk universiti, aku tekad aku nak tengok abah aku solat. Sebagai anak aku takut nak tegur. Apa yang aku mampu buat ialah DOA. Ye, aku DOA. Bertahun tahun weh aku DOA. Ya Allah, Kau bukakan lah pintu hati Abah untuk kembali bersujud kepadaMu. Aku sayang Abah. Abah perfect tapi Abah tak solat. Ya Allah, Kau makbulkanlah DOA ku ni. Bertahun aku DOA macam ni lepas solat.

Kadang2 aku jadi futur nak berdoa sebab Abah aku still tak solat. Tapi aku kuatkan hati, yakin Allah ada bersama-sama orang yang sabar. Ya, dalam berdoa kita kena bersabar tunggu Allah makbulkan. Aku dah nak habis bachelor degree, aku start perasan yang abah dah start solat tapi tak penuh. Allah, mengalir airmata aku tengok abah solat 5 waktu even tak penuh. Bertahun weh aku DOA. Plus, aku rase macam takda harapan sebab umur abah makin tua. Aku fikir orang tua mesti dah malas nak SOLAT kalau dari dulu memang tak solat (ok jahat gila aku fikir macam tu).

Start dari tu, aku yakin yang Allah sedang jawab DOA aku setelah bertahun aku berdoa. Tak berenti aku cakap syukur dengan nikmat yang Allah bagi ni. Ya, nikmat tengok Abah sendiri SOLAT.

Alhamdulillah, sekarang Abah dah cukup solat 5 waktu. Syukur ya Allah. Bangun sebelum subuh lagi. Ketuk pintu aku subuh2. Aku macam tak percaya. Dari tak solat langsung sampailah cukup SOLAT 5 waktu, SOLAT di awal waktu lagi. Perasaan aku? Aku cakap dengan Allah, aku hamba hina banyak buat dosa. Tapi still Allah Maha Mendengar. Dia makbulkan DOA pendosa macam aku. Haritu balik, aku tengok ada muqaddam kat ruang tamu. Aku tanya mak aku sapa baca. Guess what. Abah aku! Abah aku dah start balik baca muqaddam. Abah nak betulkan balik bacaan yang dah lama ditinggalkan. Aku tak tahan. Aku masuk bilik aku nangis sepuas hati. Allah bagi nikmat yang sangat aku tak sangka.

Baiknya Allah, aku mintak supaya Allah bukakan pintu hati Abah untuk SOLAT. Tapi ni, Allah siap bukakan pintu hati Abah untuk mengaji. Allahuakbar. Start abah dah solat dulu, lepas subuh kalau aku mengaji aku akan bukak sikit pintu bilik. Aku nak lembutkan lagi hati Abah aku. Ternyata segala usaha selama ni Allah balas dengan nikmat sebesar ini. Sebagai anak, takda nikmat lain selain tengok mak abah dekatkan diri dengan Allah. Tiada istilah ‘terlambat’.

And sekarang aku dah start berdoa kalau aku ada jodoh di dunia ni, aku nak tangan abah aku yang pegang tangan bakal suami aku. Aku nak abah aku sendiri yang nikahkan aku. Sebab selama ni abah mak lah yang membimbing aku. Bagi aku kenal agama, didik aku supaya bersabar dalam berdoa. Jadinye aku nak abah sendiri yang serahkan tugas mendidik aku kepada orang yang Allah dah tentukan. Tapi andai aku mati dulu, at least aku tahu abah akan doakan aku setiap kali lepas solat. Yelah, antara DOA yang mustajab ialah DOA selepas SOLAT kan.

Point aku, berdoalah. Aku tak tahu maybe ada di antara korang melalui situasi yang sama macam aku. If ada, jangan putus DOA. Allah Maha Mendengar. Andai futur, cepat2 pujuk hati.

Sekian saja dari aku. Sorry kalau cerita tak best. Point aku jangan berhenti DOA. Tu je. Dan pesanan untuk kita semua terutamanya aku. Jangan tinggal SOLAT, jangan tinggal Al Quran. Kalau sayang Allah, kasihkan Rasulullah jaga dua benda ni. Semoga Allah redha dengan kita semua. Assalamualaikum.

– Anak Abah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit