Kisah ini adalah pengalaman sebenar yang berlaku pada awal tahun 2000, ketika aku masih menuntut di sebuah IPTS di Ampang, Kuala Lumpur. Nama beberapa orang dan tempat-tempat tertentu aku perlu tukar supaya dapat mengelak aib sapa-sapa yang terlibat.
Pada awal tahun 2000 aku melanjutkan pelajaran di sebuah IPTS di Ampang. Memandangkan aku bukan berasal dari Kuala Lumpur, aku menyewa sebuah rumah bersama tiga orang lagi pelajar IPTS yang sama kesemua meraka berasal dari KL.
Sepanjang tiga bulan menyewa, ada sekumpulan empat orang pelajar ni suka melepak di rumah sewa aku. Rumah sewa aku dekat dengan kolej jadi lepas habis kelas atau diantara waktu kosong, memang empat orang ni suka datang melepak.
Sampai akhirnya diorang bagitau nak menyewa bersama-sama dengan kami. Memandangkan rumah aku agak kecil, diorang sewa rumah berasingan. Rumah sewa diorang agak jauh sikit dari rumah aku. Apartment tiga bilik.yang cukup cantik dan selesa, lengkap dengan TV skrin besar, PS One dan hiburan-hiburan lainnya. Jadi sekarang, lepas habis kelas aku pula selalu lepak rumah diorang.
Dalam empat orang tu, Amir berasal dari Perak, Hasif dan Jack dari Selangor, Own dari Ampang. Jack dan Own mengambil kursus yang sama, Hasif dan Amir pula mengambil kursus yang sama. Jadi, pada hari yang ada kelas memang tak akan ada satu masa semua orang ada dirumah, kerana jadual berbeza-beza.
Rumah orang bujang, student pula tu. Memang lah bersepah, pinggan mangkuk di dapur tak basuh. Ruang tamu tak berkemas, bilik tidur pun tak berkemas, ini biasa. Kadang-kadang aku bungkus makanan dan makan di rumah diorang sebelum balik rumah aku lewat petang. Setiap kali sebelum makan, aku perlu basuh pinggan dulu sebab tak ada pinggan bersih. Aku anggap saja bayaran untuk melepak dirumah diorang, tak apa-apa.
Sampai lah suatu hari, aku masuk ke rumah diorang. Masa ni Amir dan Own ada dirumah, Hasif dan Amir dah ke Kolej. Rumah kemas dan bersih! Pinggan pun basuh dan tertiarap, bersih dapur. Aku ambil pinggan, terus ke ruang tamu dan makan macam biasa.
Rumah diorang bersih dan kemas macam ni untuk hampir beberapa minggu. Di Kolej aku tegur Jack dan Own, sebab diorang ada satu kelas yang sama dengan aku. “Bersih betul rumah korang sekarang ni kan? Rajin betul korang ni?”. Jack dan Own jawab, itu semua Amir dan Hasif lah. Tak tahu lah mimpi apa dua orang tu sekarang ni, bersih betul rumah, macam ada bibik.
Bilik Amir paling bersih sekali, siap dengan bau wangi. Katil bilik Amir sentiasa kemas, cadar disisip rapi, setiap hari.
Selepas beberapa minggu macam tu, tiba-tiba mereka rajin memasak. Suatu hari aku sampai dirumah diorang macam biasa, bawak bekal makanan aku sendiri. Aku masuk dapur untuk ambil pinggan, Amir cakap makanan dah siap “makanlah”.
Aku tanya siapa yang masak, Amir dan Hasif jawab Jack dan Own masak agaknya. Diorang bangun tidur je dah siap semua. Dah berapa minggu ni diorang kemas rumah, hari ni masak pula. Aku ingat, dua-tiga minggu sebelum ni Jack dan Own cakap Amir dan Hasif yang kemas rumah.
Tapi Amir dan Hasif cakap, Jack dan Own pulak yang kemas rumah selama ni. Aku tanya lagi Amir dan hasif betul-betul, aku betul-betul nak kepastian. Tapi, aku buat-buat macam biasa saja. Sambil suap-suap nasi lauk yang akan bekal sendiri, aku tanya lagi “bukan korang ke yang kemas rumah?”
“Bukan la, kitorang bangun tidur je rumah dah kemas” jawab Hasif. Aku angguk je, biasanya bila Amir dan Hasif kekelas aku lepak sorang diruma diorang main game atau tidur. Tapi hari tu, aku tak rasa nak duduk sorang-sorang dalam rumah tu.
Aku ikut Amir dan Hasif turun ke basement, aku ikut Amir dan Hasif ke Kolej hari tu dengan Proton Putra Amir.
Sampai di Kolej, aku terus cari Jack dan Own. Aku jumpa Jack dan Own di kedai makan depan Kolej. Aku terus ambil kerusi plastik meja sebelah, aku letak tengah-tengah antara jack dan Own. Aku tepuk peha dua-dua orang serentak, aku tanya separa berbisik “korang ada masak tak kat rumah tadi?”
“Ha!?” Jack dan Own pelik, berkerut-kerut muka dua orang tu.Aku ulang soalan, tapi aku olah balik supaya dua orang tu faham. “Sebelum datang kelas pagi tadi, korang ada masak apa-apa tak kat rumah?”
“Tak ada”, jawab Own. Jack masih berkerut dan tak jawab apa-apa. “Kenapa pulak ni?” Jack pula tanya. Aku ceritakan makanan dirumah tadi, dan aku ceritakan Amir dan Hasif cakap Jack dan Own yang masak. Kedua-dua mereka menafikan, Jack terus SMS Amir.
Lepas habis kelas, Jack dan Own tak terus balik rumah, tapi diorang lepak rumah aku. Tunggu Amir dan Hasif, Jack dan sms tadi suruh terus datang rumah aku lepas habis kelas. Lepas habis kelas, Amir dan Hasif terus datang rumah aku.
Amir dan Hasif masuk pintu rumah aku je, Jack terus tanya “sapa masa pagi tadi?”. Amir dan Hasif tak dapat jawab, diorang pun tak tau. Bagi diorang Jack dan Own yang masak dan Jack dan Own lah yang kemas rumah selama ni.
Budak-budak rumah aku 3 orang, diorang 4 orang. Kami semua ikut diorang balik malam tu, ramai lebih selamat.
Kitorang jalan kaki, Amir dan hasif naik kereta balik dulu. Sampai dirumah, Amir dah Hasif diruang tamu. “Makanan dah tak ada” kata Amir. Kami semua ke dapur, sendat dapur apartment yang kecil tu. Makanan yang aku tengok tengahari tadi dah tak ada. Pinggan pun dah siap berbasuh. Sisa pun tak ada.
Own malam tu juga kemas semua barang-barang dan nak balik rumah. Jack rumahnya di Putrajaya, Hasif di Shah Alam aku tak rasa diorang boleh balik malam ni. Kitorang teman Own tunggu bas, lepas tu jalan kaki balik rumah sewa aku.
Keadaan rumah sewa dikemas dan makanan dihidang tu berlarutan sampai beberapa hari, sebelum Amir berubah jadi pelik. Lepas kejadian tu, Amir dah kurang bercakap dan lebih banyak habiskan masa dirumah. Makanan yang tak tau dari mana datang tu, tak pernah ada sapa pernah sentuh kecuali Amir.
Jack dan Hasif ambil keputusan untuk letak ayat-ayat suci Al-Quran di dinding rumah mereka. Aku ikut teman Jack dan Hasif ke Ampang Park, kami beli surah Yassin, 4 qul, Al-Fatihah dan ayat kursi.
Sampai dirumah, kami gantung di ruang tamu, dapur setiap bilik. Esoknya, aku jumpa Jack dan Hasif di kelas, diorang cerita macam mana malam tadi Amir marah-marah gantung ayat Al-Quran. Amir minta diorang turunkan dan letak ayat-ayat Al-Quran diluar rumah.
Amir tak datang kelas siangnya, jadi aku ikut Jack dan Hasif balik. Kitorang sampai dirumah petang dan Amir dalam bilik. Ada air teh dan kuih siap terhidang atas meja. Aku cuba nak tuang air teh, Hasif cepat-cepat tegur aku. Hasif geleng-geleng kepala tanda jangan, aku cepat-cepat letak balik air teh tadi..lupa.
Ayat-ayat Al-Quran yang kitorang letak di dinding semalam dah tak ada, Jack ketuk pintu bilik Amir cuba tanya ayat-ayat yang digantung semalam dah tak ada di dinding. Amir buka pintu, aku duduk diruang tamu tengah main PS One. Muka Amir tepat ke muka aku, “korang tak kesian ke?” soal Amir.
Jack: “Kesian apa Amir?”
Amir: ”Korang tak kesian ke Linda nak masuk tak boleh”.
Kitorang jadi pelik dengan perangai Amir, Jack berkali-kali cuba tanyakan siapa Linda? Amir tak jawab, Amir mengaku ayat-ayat Al-Quran semua dia dah kumpulkan letak dalam bonet kereta dia.
“Kejap lagi Linda nak datang” jawab Amir. Selang beberapa minit, loceng pintu rumah berbunyi. Aku terus duduk atas sofa dengan Hasif, Hasif pun duduk. Jack pandang kitorang, didongakkan sedikit dagunya, seolah-olah bertanyakan pendapat kitorang, “macam mana?”. Aku hanya dapat jungkit bahu, Hasif langsung tak nak pandang pintu.
Amir yang buka pintu, tapi langsung tak ada orang. Aku rasa sangat lega, Jack aku tengok terintai-intai juga, pun lega langsung tak ada apa-apa. Aku ambil keputusan nak balik. Sambil aku langkah nak balik, Jack tanya Amir “mana Linda kau?”…..“Dah masuk bilik dah” jawab Amir.
Malam tu Jack dan Own ikut aku balik, kitorang tak cerita pada sapa-sapa. Tapi aku tau Amir perlu bantuan dan “masalah” Amir ni tak selesai walaupun dia dah balik ke kampungnya di Perak.
– Ijan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit