Assalamualaikum semua. Pertama sekali, terima kasih kepada admin iiumc kerana menyiarkan confession ni. Diharap perkongsian ni memberi manfaat dan pengajaran kepada kita semua.
Selepas berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal, aku ditawarkan bekerja di sebuah syarikat multinasional di selatan tanah air sebagai seorang jurutera. Alhamdulillah syarikat tersebut menyediakan rumah sewa untuk semua staf.
Aku duduk di sebuah rumah yang dikongsi bersama 5 orang staf yang lain. Rumah ada 3 bilik dan satu bilik dikongsi 2 orang. Masa mula-mula masuk rumah pun aku dah rasa lain macam. Ruang tamu memang bersepah teruk. Rumah pun bau baju-baju hapak peluh bersukan. Masuk dapur lagilah mengucap panjang. Dalam sinki ada pinggan mangkuk yang entah dah berapa bulan tak dibasuh. Bila bukak peti ais, dengan air oren tumpah, telur pecah berselerak, makanan frozen yang tak tahu dah berapa lama expired. Loya tekak der. Disebabkan tiada pilihan aku pun akur dan duduk lah di rumah tu.
Malamnya, bermula lah sesi perkenalan bersama semua ahli rumah. Antara ahli-ahli rumah tu ada sorang yang bisik kat aku, “jaga-jaga sikit, rumah ni ‘keras'”. Aku malas nak fikir sangat. Aku pun iakan jelah kata-kata beliau. Sehinggalah malam ketiga aku di rumah tu. Aku terjaga dari tidur. Tengok jam baru pukul 2 pagi. Masa tu rumah memang gelap. Lampu dapur je yang menyala. Roomate kat katil sebelah masih berdengkur lagi. Pintu bilik aku memang betul-betul menghadap dapur. Tengah-tengah mamai, aku terdengar sayup-sayup bunyi orang memasak kat dapur. Makin lama makin kuat. Bunyi kuali pong prang pong prang. Sesekali bunyi air paip sinki pulak. Aku mula pelik. Sape pulak nak masak 2 pagi ni. Takkan masak untuk sahur kot. Awal nau. Aku pun intai dari celah pintu yang terbukak sikit. Memang sah takde sorang pun kat dapur. Tapi jelas bunyi memang datang dari arah dapur rumah aku tu. Aku ape lagi terus melompat balik atas katil cuba pejam mata rapat-rapat sambung tidur.
Pagi esok nya aku tanya semua housemate aku ada yang bangun masak pukul 2 pagi tak. Semua cakap takde. Mungkin betul la aku terkena gangguan malam tu. Tu bukan insiden terakhir. Banyak lagi perkara pelik berlaku. Ada yang tidur dalam bilik kena alih ke sofa ruang tamu la. Paling teruk sekali balik rumah lewat malam hujung minggu. Tengok roomate ade tidur atas katil. Pagi esok bangun subuh tengok takde. Tanya dalam group Whatsapp roomate cakap dah balik kampung kelmarin lagi. Abis sape yang tidur atas katil dia semalam.
Last sekali sebab tak tahan sangat jumpa ustaz rawatan Islam. Ustaz cakap rumah tu memang ada yang menumpang. First sekali kata ustaz sebab rumah memang kotor. ‘Mereka’ memang suka la tempat-tempat kotor. Lagi satu ustaz pesan kat kitorang jaga amalan. Memangla. Dalam kitorang berenam ni memang ada yang tak sembahyang. Sembahyang bila nak je. Time putus ngan awek, eksiden motor, baru jumpa sejadah. Macam mana lah benda tu tak menumpang. Dah bentang sejadah dan buat ruang khas dah untuk solat. Tak jugak tasa terpanggil nak solat. Hati kau memang keras Roy.
Pasal kebersihan pun satu hal. Lepas insiden tu memang kitorang ada la buat gotong royong perdana. Memang kaw-kaw bersih rumah. Tapi tak tahan. 2 minggu je paling lama. Lepas tu pinggan kotor bersepah balik dalam sinki. Ruang tamu pun kembali jadi sarang hamster.
Aku dah tak sanggup dah nak berkongsi rumah dengan jin. Kebetulan ada staf yang rapat dengan aku dari rumah yang lain cakap rumah dia ada kosong. Hari tersebut jugak aku jumpa HR mintak nak tukar rumah. Alhamdulillah rumah yang aku baru duduk ni dah takde gangguan-gangguan macam tu.
Buat penghuni rumah tersebut kalo ada terbaca perkongsiam ni mintak-mintak la berubah. Aku nak tegur pun semua dah besar berbulu dah. Nanti tak pasal-pasal bermasam muka pulak. Bukan apa. Nanti kesian kat bakal orang rumah korang jugak kalo korang terus berperangai macam ni.
Sekian.
-Bekas Housemate Jin
– Jai
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit