Ada Apa Pada Perasaan

Assalamualaikum.
Aku Peah asal dari Melakau. Sorry kalau ayat aku kasau dan macam gangster sikit. Tapi gangster2 aku pun dalam hati ada taman bunga sakura. Haha. Aku terkutik nak join cerita dgn yang ‘perigi cari timba’ tu. Aku rasa kelakar. Bukan nak bash, tapi sebab alkisahnya lebih kurang sama. Tapi dia baru confess kat seorang, plus, masih muda. Masih muda dik. Kesabaran itu penting. Meh aku kongsi sikit citer aku yang mungkin tak berapa nak menarik untuk dijadikan novel mahupun adaptasi slot Akasia.

First, masa mula2 culture shock masuk universiti dulu aku terpikat kat sorang mamat budak kelas aku. nama dia Hazman. Dijadikan cerita, aku dengar sem kedua dia akan berpindah tukar U. Jadi aku dgn beraninya hujung sem pertama tu pg bagi pendrive dekat mamat tu penuh dgn surat cinta. Nak tahu sebab apa? Sebab kwan aku cabar aku, sama ada aku berani ke tak bagitau kat Hazman tu. Niat baik aku ditertawakan, bila Hazman sebar pendrive tu dekat kwn2 dia yg lain. Alamatnya, satu kelas tau. Malu tak tau nak kata apa. Nasib dah hujung sem dan sem depan Hazman tu dah takde. Ok, aku move on je dengan mamat akal senteng tu. Mungkin masa tu aku pun tertarik sebab perwatakan dia je kot. Ye lah, duduk jauh dari family kan.

Kisah kedua pulak, kwn aku dari fakulti lain join satu subjek dgn aku. Terpandang mamat ni merangkap kwn kepada kawan aku. Nama dia Hakim. Hakim ni boleh dikategorikan sebagai malas datang kelas. So kalau dia datang tu kira mcm jackpot aku haritu la. Sebab kelas tu seminggu sekali pukul 8 pagi. Nampak sangat bukan morning person.
Lagi sekali sifat keberanian aku terserlah, aku confess kat Hakim ni jugak. Nak dijadikan cerita, dia mcm x menolak aku. Dia pun suruh bagi dia masa untuk fikir dan dia janji jwpn tu positif katanya. Dari sehari jadi dua hari jadi seminggu jadi dua minggu. Ingatkan dah meninggal Hakim ni. Alhamdulillah hidup lagi rupanya. Minggu ketiga tu aku dgr dari kwn aku yang satu kelas dgn dia ni tadi, katanya Hakim dah couple dgn budak kelas diorang. Baru je lagi. So maksudnya masa aku confess tu dia single lagi. Rasa nak mengamuk satu U dah masa tu. Rasa macam aku bazir masa gila lah. Nasib aku dah tak jumpa Hakim tu sem yang seterusnya. Kalau tak aku ganyang je. Geram gila. Tapi sampai sekarang diari aku bernama Hakim. Jangan tanya aku kenapa. Hehe

Ketiga, bila aku sambung degree, aku rapat balik dgn kwn satu sekolah aku. Entah mcm mana boleh contact balik. Kali ni aku awal2 ingatkan hati jgn ‘terperdaya’. Mamat tu nama dia Hanif. Aku pun boleh kira selalu lepak dengan Hanif ni. Tengok wyg, makan2. Dari kata2 si Hanif ni aku dapat rasa yang dia ni macam suka aku. Tapi tak tau lah kot2 aku syoksendiri kan. Ada sekali tu aku ajak sepupu aku lepak sekali dgn Hanif ni sbb dah malam sangat. Masa balik tu sepupu aku cakap “Hanif tu lain macam je bila cakap dengan kau. Aku ni dia macam tak heran ade ke takde masa tu. Pandang mata kau je.” Dari situ aku makin syoksendiri. Tapi aku kawal je. Sabar jap. Mungkin aku terperasan lebih padahal Hanif tu anggap aku biasa2 je. Aku pujuk hati. Makan tahun jugaklah aku kawan dengan dia. Ada sekali tu dia sanggup datang jauh2 ambik aku sebab nak bwk aku pg concert *kononnya*. Sekali bwk aku pg shopping mall. Pusing2 ajak aku carikkan dia baju sebab dia nak tukar baju ofis dia. Tapi mashaAllah, mamat ni cerewet nak mati. Last sekali pg kedai rejectshop, tgh belek2 baju tiba2 dia ckp kat aku yang dia sbnrnya nak jumpa awek dia kat situ. Kalau korang kat tempat aku, apa korang buat. Aku rasa macam nak flip rak2 baju yang ada kat situ. Tapi akal aku masih waras, aku cakap, aku tunggu kat kereta je. Kalau aku naik lain2 kereta dan rumah aku dekat, lama dah aku blah. Dalam kereta aku nangis gila2 babeng. Basah tudung aku. Nasib baik malam. Tak nampak sangat. Sejam setengah jugak lah aku tunggu, baru kelibat dia muncul. Kurang ajar tak kurang ajar. Since that day aku senyapkan diri tak msg, tak whatsapp Hanif tu. Geram marah semua ada lah. Reject Shop kot. After setahun ke 2 tahun mcm tu, kitorang baik balik. Tapi macam awkward2 gitu tak tau pasal apa. Aku tak tau apa ada dlm fikiran mamat Hanif tu malam tu. Dia reject aku ke macam mana tu? Sampai satu tahap curiosity aku, aku luahkan jugak dekat Hanif.
Malam tahun baru 2014. Cara aku pulak kali ni aku tulis kat kertas, sbb bg aku handwritten seems to be more ikhlas la gitu. Aku snap and whatsapp dia. Aku cakap aku dah simpan hati kat dia 2 tahun. Padahal aku suka kat dia dah lebih dari 2 tahun. Lama tak? Haha. Lepas aku hantar tu aku off data, aku off hp *bodoh betul*. Besok baru aku bukak. Dia ada reply guna emoticon terkejut gitu je. Agaknya ada read notification, dia whatsapp aku, nak tanya pasal benda tu. Aku boleh pulak potong dia cakap abaikan je lah. Anggap je tu saja2 aku bagi macam tu. Ok, seriously masa ni menyesal gila mengelak. Aku duk terfikir entah2 kalau aku tak mengelak dia dah jadi bf aku kot? Haha ok abaikan.

Lepas tu Si Hanif ni pun terus shut off aku mcm tu je. Since that day, friendship kitorang macam renggang semula. Tak kisah lah tu. Tapi dengan si Hanif ni susah gila nak move on. Sangat susah. Lagi2 aku pernah termimpi kawen dgn dia. Kau rasa?? Sesak hati aku weh sampai sekarang. Tapi sebenarnya aku teringin jugak nak tau isi hati dia. Maybe satu hari nanti aku akan tanya dia depan2 kot.

So sekarang, kekonon bajet bahagia hidup single tapi dlm hati aku sorg je tau betapa lonely nya rasa bila banyak kali kena reject.

Keempat, nak dijadikan cerita lagi. Dekat ofis aku ni ada la budak baru bernama Hafnan. Muka boleh tahan la putih tinggi. Ade sekali tu, semua orang duk kata dia ni hensem. Btw, Hafnan ni sgt suka kalau orang puji dia hensem. MashaAllah.. tapi taste aku bukan mcm Hafnan ni. Opposite. So pada mata aku Hafnan ni xde la hensem mana. Aku cakap depan2 dia kata dia ni xde la hensem sangat. Muka dia berubah jadi jeruk mcm mana ntah. 1st time agaknya dengar orang kata dia tak hensem. Tak pun dia tak dapat terima yang aku ni macam tak sedar diri dah la tak lawa tapi kata dia tak hensem, macam tu lah kot? Lepas tu kan boleh pulak dia gempur satu ofis kata aku reject dia sebab aku kata dia tak hensem. Bila masa aku reject dia? Aku cuma kata tak hensem je. Sejak hari tu, dia suka sangat menempel dekat aku, duk dekat2 lah, buat keje kat tempat aku lah, padahal meja dia cukup luas kot. Lepas tu siap dia offer “Peah, kau x nak ke laki mcm aku? Bangun2 tidur tenang je pandang muka aku, silap2 round 2.” Ok tu over the top sangat gurau tu. Aku dah mula terfikir mamat ni apehal doh? Bikin aku seram je.
Duk panggil aku baby lah sayang lah. Kau nak tarik perhatian aku ke apa ni?
Bos aku pun bukan main lagi menyokong “Hafnan, kamu single kan? Peah pun single kan? Ha, boleh lah tu Hafnan. Bila majlisnya? Dahlah hari ni sama2 pakai hijau.” Eh eh, bos aku ni. Dia wali aku ke? Mentang2 lah aku ni sorang je yang available lagi, agak2 la nak offer aku dekat Hafnan pun. Macam langit dengan bumi dah aku tengok. Takut kena kecam dengan masyarakat, tak pun dengan peminat2 Hafnan ni. Seram aku. Sebab kadang2 aku rasa macam dia ni mungkin rasa tercabar je sebab aku kata dia tak hensem sebab tu dia buat kelaku gitu tau.
Entah lah. Aku malas nak fikir sangat. Dan sebab aku tak nak nama Hafnan ni termasuk dalam lelaki2 yang aku confess tu. Semoga hati aku terus kuat.

Tapi seriously bukan senang tau nak ada guts to confess tu. So aku tabik kat girls yang berani maju ke hadapan ni. Semoga girls kat luar sana lebih berani. Ada apa pada perasaan? Kalau tak bagitau, selama2nya kita tak tau kan. Paling teruk pun kena reject je girls. Tak jatuh maruah. InshaAllah. Ambik cerita aku jadi inspirasi. Haha *emoticon gelak sambil nangis*

Tapi ada terbaca ayat ni “Kalau kita sukakan kat seseorang luahkan pada Allah, Allah akan jaga orang itu. Sebaliknya kalau kita luahkan pada orangnya, Allah akan kurangkan sayang itu.”

All the best girls!
Thanks sudi baca.
Thank you admin jugak!

– BraveGirl

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit