Forever Alone Is Better

Assalamualaikum. Dah lama aku pendam apa yang terbuku kat hati ni. Tak tau nak luah kat sape. So, aku pilih medium IIUM Confessions sebab aku totally anonymous kat sini. Umur aku dah nak masuk suku abad. Aku masih lagi single dan takde langsung potential boyfriend. Kenapa tajuk aku lagi best forever alone? Sebab itu apa yang aku rasa dari awal tahun ni.

Hidup aku ni banyak sangat campur tangan dari pihak luar. I mean saudara-mara. Parents pun lebih kurang sama sebenarnya. Yelah kita sebagai anak kan harapan parents. So kadang-kadang terpaksa ikut cakap dorang walaupun itu bukan kehendak hati kita. Aku study degree dalam bidang yang sangat susah tapi tak berapa minat. Ayah aku yang suruh ambik bidang tu sebab result aku dari zaman sekolah semua okay. Aku teringin nak sambung bidang lain, tapi takut tak menjamin masa depan. At least bidang susah tu ada jaminan biasiswa sedangkan bidang yang aku minat mungkin kena pinjam PTPTN. So, sebagai anak yang ikut cakap parents dia bulat-bulat, aku sambung jelah bidang tu. Biasiswa pun boleh tahan banyak. So, bertahan jelah.

Aku bukan jenis kaki shopping. Komitmen hanya terhadap yuran, buku dan sara hidup masa kat universiti. So, boleh dikatakan aku mampu menyimpan baki duit biasiswa dalam jumlah yang banyak. Setiap semester aku mampu simpan 1K. So, bila dah masuk tahun ketiga pengajian, duit terkumpul dah hampir 5K. Belum lagi masuk duit simpanan aku dari zaman sekolah dan zaman kerja part time selepas SPM.

Parents aku tak pernah langsung bagi duit belanja selama aku study. Yelah dah dapat biasiswa kot. Macam melampau lah jugak kalau masih mintak duit daripada dorang. Walaupun ramai je coursemate aku yang lain masih dapat duit belanja daripada parents, aku tak kisah pasal ni. Family aku bukan orang senang. Rumah sendiri pun takde. So, takpe lah aku faham. Haa sebab tu ayah aku suruh sambung bidang ni. Sebab dia tak mampu nak bagi duit belanja bulan-bulan.

Bila duit simpanan aku dah banyak, aku teringin lah jugak nak spend duit tu untuk minat aku. Oh ye, minat aku adalah travel. Costly kan. Dah aku tak minat shopping, tak minat make-up, apa salahnya aku spend duit simpanan sendiri untuk release stress. Satu sen pun aku tak mintak duit parents untuk travel. Siap belikan souvenir untuk dorang lagi pakai duit aku. Banyak kali lah jugak aku travel masa tengah study.

Then, ada satu kali tu mak cik aku bising. Sorang tu cakap, banyak duit aku asyik berjalan. Sorang lagi cakap, asyik travel je… bila nak pergi Mekah. Seriously mak cik, aku tak mintak duit sape-sape pun. Apatah lagi duit mak cik. Apa salahnya aku release stress dengan cara yang aku enjoy. Then, mak cik yang dah pergi Mekah banyak kali tu. Maksum sangat ke? Apa orang lain yang belum pernah pergi semua pakat penuh dosa belaka? Sorry lah kalau sound quite rude. Sebab tu aku luah kat sini. Kalau cakap macam ni depan mak cik aku, terus dilabel budak kurang ajar.

Bermula daripada tu, aku dah start rasa malas nak ambik tau hal saudara-mara. Aku siap pesan kat mak aku, jangan bagitau sape-sape pun kalau aku travel lagi. Malas nak hadap mulut puaka orang. Tak lama lepas tu, family mak aku ada problem. Menyebabkan saudara-mara ramai tumpang rumah aku. Pada mulanya, aku tak tau pun sebab masa tu aku kat kolej tengah busy nak final exam. Bila aku dah habis belajar, barulah balik rumah untuk selama-lamanya. Aku pun excited lah jugak balik rumah sebab dah habis belajar. Boleh lah rileks puas-puas kat rumah, kat bilik sendiri. Walaupun aku share bilik tu dengan adik aku, still home sweet home.

Sekali baru aku dapat tau, saudara-mara aku pakat dok bilik aku. Mula-mula aku fikir positif lah jugak. Takkan lah aku nak halau saudara sendiri. Tapi kalau sampai 2 minggu duduk bilik aku, sampai menyebabkan aku takde bilik sendiri… lama-lama panas jugak hati ni. Aku pulak yang macam menumpang. Kebanyakan barang dan baju aku dalam bilik tu. So, aku yang kena cepat-cepat ambik barang aku kalau saudara aku takde kat bilik. Malam-malam aku tumpang tidur bilik parents or tidur kat ruang tamu. Aku pun bengang lah jugak. Dah lah aku jenis perfectionist. Aku suka kan kekemasan. Bilik aku takyah cakap. Bersepah macam tongkang pecah.

Bila aku tak tahan, aku voice out kat mak aku. Barulah mak aku contact mak cik aku yang lain untuk ambik saudara aku tu sebab rumah mak cik tu kosong. Pastu, bila balik kampung… aku dengar discussion dorang. Masing-masing macam tak nak saudara aku tu duduk rumah dorang walaupun rumah dorang besar dan kosong. Kiranya macam rumah aku lah yang paling ideal untuk diduduki. Hotak dia. Rumah aku dah lah kecik. Pastu aku nak duduk mana kalau bilik aku jadi bilik orang lain. Baik aku duduk hotel camtu. Bajet banyak lah duit kan.

Kebanyakan mak cik aku suka membebel. Aku pun malas nak ambik tau dah. Aku rasa makin aku meningkat usia, makin malas aku nak ambik tahu hal sekeliling. Memang ada pun psychological study yang cakap camtu. So hypothesis accepted. Satu lagi, course aku memang lah susah dan so-called menjamin masa depan. Tapi dengan keadaan ekonomi yang tak menentu camni, course aku pun kena menganggur lama jugak. Kebiasaannya orang akan pandang tinggi kat course ni. Tapi dah nasib jadi penganggur, macam takde beza pun dengan course lain. So, saudara-mara aku tak proud pun dengan diri aku. Hahaha.

Kalau dalam whatsapp group family tu, cousin lain dok menunjuk-nunjuk result dorang. Then share kebolehan dorang, contohnya resepi baru hari ni. Then masing-masing lawa berhias dan ada boyfriend walaupun dorang lebih muda daripada aku. Kalau saudara-mara dok tanya aku bila nak ada, aku malas nak jawab. Sengih je. Aku kan takde segala positive values tu. Sebab tu takde boyfriend. Haha. Whatsapp group pun aku mute setahun. Kalau ada option mute forever, lagi bagus. Nak left group, nanti dilabel kurang ajar.

Parents aku kan tak pernah bagi duit. So, aku kerja part time lepas grad. Nak tunggu kerja sebenar entah bila dapat. Walaupun duit simpanan aku masa study banyak lagi, tapi kalau diguna lama-lama habis jugak. Bila dah kerja, of course aku nak reward diri sendiri dengan travel. Ingatkan semuanya bakal berjalan lancar. Sekali, saudara-mara aku nak tumpang rumah aku lagi pada hari aku nak fly. Dah lah aku tak nak sape-sape tau pasal plan travel ni. Dah jadi macam ni, memang semua tau lah. Aku try slow talk dengan mak aku, so that saudara aku tak datang pada hari aku nak fly. Datang lah waktu aku dah fly nanti. Tapi, mak aku tengah stress. So, dia jawab kasar-kasar kat aku. Aku sedih lah jugak sebab dia lebih pilih adik-beradik berbanding anak sendiri. Lebih nak jaga hati adik-beradik daripada jaga hati aku. Masa tu memang aku rasa down. Dah lah aku belajar susah, tak dapat kerja, kena kerja part time to earn money, then reward diri sendiri dengan travel. Walaupun aku kerja part time je, aku bagi duit kot kat parents aku. Serius aku stress. Dengan family sendiri dan saudara-mara.

Aku boleh dilabelkan sebagai seorang yang kolot. Tak reti berhias dan tak jaga sangat kecantikan. Aku tak pakai skincare, kosmetik, Qu Puteh barulah putih or whatever. Then, mak aku ada komen pasal hobi aku yang suka travel. Dia cakap aku asyik spend duit untuk travel je. Tengok cousin aku si Minah tu, jaga kulit. Lawa. Aku bengang lah jugak. Aku spend duit hasil titik peluh sendiri kot. Minah tu dah lah perabiskan duit mak bapak beli skincare. Takpe lah sebab parents dia senang. Parents aku mana ada bagi duit. Kalau nak duit kena usaha sendiri. Seriously aku bukan mengungkit pasal parents aku tak bagi duit. Aku tak kisah pun sebab aku boleh kerja walaupun hanya part time yang gaji sebulan 1K je. Tapi, jangan lah bandingkan life aku dengan Minah tu. Tau lah sebab Minah cantik, tu dia ada boyfriend.

Kebanyakan cousin aku masing-masing dah ada kereta sendiri. Mak bapak dorang belikan. Aku mana ada. Sebab tu aku work hard untuk masa depan. Sebelum kerja sebenar nanti, kenalah ada kereta. Then, henfon aku yang sekarang dah banyak problem. Kena tukar henfon baru sebelum kerja sebenar. Semuanya memerlukan duit. That’s why aku kerja part time. Bila dah kerja tempat berhabuk camtu, mestilah kulit rosak. Daripada aku bazirkan duit beli skincare, baik aku simpan untuk beli henfon, kereta dan travel. Hmm mungkin jugak mak aku risau sebab aku dah tua tapi takde tanda-tanda nak kahwin.

Sebenarnya ada one guy try approach aku. Aku layan dia kejap je, dalam 2 minggu. Sebab aku rasa dah kusut sangat dengan saudara-mara sendiri. Tak sanggup rasanya nak hadap saudara-mara orang lain pulak. Dengan mak mertua, ipar-duai… entah lah aku banyak sangat fikir kot. Then, aku berterus-terang kat dia. Then, kitorang end cara baik walaupun tak pernah start pape pun. Aku harap dia dah jumpa perempuan lain yang tak kusut sangat macam aku.

That’s the end of my story. This explains why forever alone is better for me. At least takde lah pening sangat nak layan kerenah ramai orang. Cukup lah aku layan kerenah customer yang bermacam ragam tu. Aku terfikir nak kerja jauh nanti, jauh dari rumah. So that bilik aku boleh lah saudara-mara nak duduk berapa lama pun. Then takde lah aku banyak sangat terasa hati dengan parents. Aku risau kalau jadi anak kurang ajar je. Mengenai jodoh, serius aku malas nak fikir. Kalau ada, ada lah. Kalau takde pun takpe. Aku sedar diri, bukannya ideal type mana-mana lelaki pun. So, tolong doakan hidup aku kurang kusut ye. Sorry kalau sound tersangatlah rude kat sini. Chow!

– Stressful Unemployed Graduate

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit