Tak Senang Lihat Orang Senang

Assalamualaikum..saya Nora dari JB..tak tahu nk mulakan mcm mna..saya dah brkahwin alhamdulillah dh 15 thun dan dah ada cahayamata 4 org..2 puteri 2 putera..

Cerita yg nak saya sampaikan mengenai sifat irihati terhadap kami..saya dah syam berkahwin masa syam dlm keadaan susah kerja tak menentu walaupun keluarga dia boleh dikatakan agak senang..syam seorang yg tak suka susahkan orang hatta keluaga dia sendiri..melainkan jika keadaan terlalu mendesak..
Sepanjang 15 tahun hidup bersama hampir 12 tahun kami hidup susah..tapi kami tetap bahagia..hidup menyewa rumah kecil selama 12 tahun trsebut sehingga la anak dah 4 orang..
Dengan kuasa Allah yang memberi rezeki..berkat doa dan usaha syam yang tak henti2 serta tak lupa tanggungjawab akhirnya kami keluar dari kesusahan sedikit demi sedikit..
Alhamdulillah rezeki anak2

Yang menjadi masalahnya sekarang keluarga syam tak senang hati bila kami senang..ada2 saja nak dipertikaikan..hatta benda kecil2 yg syam beli yg dia tak pernah dapat sebelum ni pun dipertikaikan..salahkah syam nak belanja untuk diri dia sebagai hadiah atas usaha dia..
Untuk pengetahuan semua syam tak pernah abaikan tanggungjawab dia sebagai anak dan menantu..masa susah dulu pun duit bulanan utk mak ayah dia dan mak saya tak pernah putus setakat mana dia mampu..masa senang sekarang dia tambah lagi ikut kemampuan dia..katanya Allah akan murahkan rezeki jika tak lupa mak ayah..memang betul..
Tapi saya tak faham kenapa mertua,abang & adik2 ipar saya tak senang tengok syam senang..yang menjadi kemuncak ketidakpuasan hati mereka bila syam beli rumah..dah menjadi 1 tamparan hebat untuk mereka..macam2 keluar dari mulut mereka yg tak perlu saya cakapkan kt sini..syam bukan buat kerja haram cuma kerja yg dia buat tak sependapat dengan mereka..sepanjang kahwin saya tau macam mana susahnya syam berusaha..tidur tak cukup..tapi bila ada rezeki lebih senangnya orang bercakap..bukan mudah syam nak sampai ke tahap ni..12 tahun bukan tempoh masa yang singkat..

Habis sampai bila korang nak tengok kami hidup susah..sampai bila hidup nak menyewa..salah ka ada rezeki lebih kami beli rumah..tak rugi kalau beli rumah..kenapa harus ada sifat iri hati dekat darah daging sendiri..tak kasihan ke tengok cucu2 dan anak2 sedara hidup susah..sepatutnya syukur tengok kami keluar dari kesusahan..gembira dan senang hati tengok syam dah senang..kalau korang nak senang juga usaha sungguh2..kalau asyik nak pertikaikan rezeki orang lain dengan tak buat apa2 sampai bila nak senang..12 tahun kami susah siapa pun tak peduli bila dah senang kenapa nak dengki pula..

Jangan salahkan kerja korang bila korang tak senang..tengok diri korang amanah tak dengan kerja..cuba tengok apa selalu korang buat masa waktu kerja..betul2 buat kerja atau melencong ke tempat lain..rasa2 berkat tak rezeki yang dapat..nak salahkan siapa bila rasa gaji tak cukup..kalau gaji berpuluh ribu pun kalau tak amanah dengan kerja mana nak datangnya keberkatan dalam rezeki..memang akan sentiasa tak cukup..berbelanja dan bergaya la ikut kemampuan saja..so jangan kita iri hati dengan rezeki orang lain yang Allah dah tentukan..tengok balik diri kita betul ke tak apa yang kita buat..

Bersyukur la selalu dan jangan suka merungut insha Allah ada bahagian kita nanti

– Noraini

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit