Assalamualaikum buat semua. Dan terima kasih buat admin (kalau approve tulisan aku ni). Sebenarnya admin kata tak boleh tulisan yang berunsur negatif tapi aku harap Encik admin baca hingga habis untuk kasi penilaian sendiri.
Aku ni sebenarnya dah lama duduk di perantauan. Baru pulak ke tanah air. Dulu masa aku duduk di perantaun, aku bangga dengan perkembangan rakyat Malaysia yang aku analisis di media sosial. Aku rasa tahap intelek rakyat Malaysia makin bertambah bagus. Tapi rupanya semua itu andaian aku sahaja. Balik Malaysia aku rasa rakyat Malaysia perangai masih macam haram.
Aku masih tak faham kenapa dalam banyak banyak golongan manusia di Malaysia ni sebenarnya artis di angkat pada posisi yang terlalu tinggi. Aku bagi contoh, bila Neelofa dan Fattah Amin diura-urakan bercinta, Ya Allahhhhh timeline instagram penuh dengan gambar depa berdua dengan screenshot Fattah Amin dan Neelofa saling berbalas komen di Instagram di ambil sebagai isu yang mustahak. *hentuk kepala di dinding*
Dan bila diura urakan putus punnnn sama. Doakan yang baik baik abah kau. Tade benda lain ke nak fikir kome ni.
Aku tak salahkan depa berdua sebab peminat yang lebih sudu dari kuah (walaupun aku tak setuju scene Neelofa lentok atas bahu Fattah Amin, dan ada beberapa babak aku perasan bersentuhan je tangan depa tu. Kehormatan seorang wanita tidak cukup sekadar menutup kepala).
Apa yang aku kecewakan adalah sifat rakyat Malaysia sendiri. Hakikatnya kita ni terlalu banyak masa dihabiskan dengan memikirkan soal mencari cinta. Kenapa? Sebab pagi petang kita disuapkan dengan peri pentingnya mencari cinta. Duh. Aku dah kawen ok (bukan nak menyombong cuma karang ingat aku dengki dengan orang bercinta pulak)
Aku bagi summary drama di Malaysia :
1) Mr Donut Karamel (kahwin paksa bercinta lepas nikah. Dengan pelakon kayu macam haram. Hero semestinya kaya la kan)
2) 7 hari mencintaiku (kahwin paksa jugak. Tapi 7 hari mencintaiku ni aku puji sebab watak dia selain Mia dan Khuzairi ada watak watak lain yang bagi pengajaran untuk penonton. Dan watak Dato’, Tan Sri, Berjaya Holding tade dalam cerita ni melainkan sikit part bapak Mia)
3) Isteri Tuan Ihsan (aku rasa ini adalah drama paling bodoh aku tengok. Plot pi mai pi mai pi mai tang tu jugak. Macam biasa hero mesti kaya ada Porshe Ferrari taukeh syarikat. Punch line lagi macam bodoh sape la yang tulis cerita ni)
4) Projek Memikat Suami (sama storyline kahwin paksa anak Dato’)
5) Isteri Separuh Masa (sama cerita macam drama no 4 sebijik sejobon pelakon sama cuma kerja hero dan heroin lain)
6) Kampung Girl (Lakonan Akim dan Nad Zainal. Sama jugak plot dia kahwin paksa)
Kenapa aku macam anti sangat dengan golongan artis ni sebenarnya. Aku tak anti cuma aku sedih tengok realiti rakyat Malaysia zaman sekarang. Aku hormati pilihan mereka sebagai ini adalah satu bentuk pekerjaan. Cuma hakikat yang kita perlu akui golongan artis ni mempengaruhi majoriti anak anak muda kita terutamanya Melayu. Aku tak nafikan ramai lagi artis lain yang memberi nafas baru buat bidang seni kita yang karya karya mereka aku hargai.
Contohnya KRU. Pencapaian trio ini rakyat Malaysia seharusnya perlu berbangga. Filem-filem terbitan anak anak Dato’ Yusuf Haslam, Les Copaque dengan watak Upin Ipin yang aku yakin melekat di hati rakyat Malaysia pelbagai umur. Dan mereka ini anak anak Melayu. Kejayaan Neelofa untuk mendapat untung sebanyak 50 juta untuk jualan tudung juga anak anak Melayu perlu contohi. *kenapa tetiba bahasa aku RTM sangat ni.
Aku yakin tulisan ini tidak akan membawa sebarang perubahan buat stesen-stesen televisyen untuk tukar bentuk drama. Why? Sebab drama macam haram ni bring high profit. Cuma aku harap orang Islam yang buat benda benda sebegini fikir sama pahala dosa. Apa kesan drama drama yang kome kome keluarkan untuk anak muda.
Aku pernah terfikir, drama yang tayang pukul 7 waktu maghrib tu sebenarnya dari pihak televisyen, produksi drama hingga ke pelakon pernah tak terfikir berapa ramai orang yang lambatkan solat maghrib, solat laju laju atau terlepas maghrib terus untuk bagi laluan pada drama. Aku taw sebab aku sendiri pernah terbuat dan akhirnya telah dibabab oleh mak aku.
Dan kome rasa duit yang datang dari benda yang menjadi sebab kepada orang melambatkan solat ni sejauh mana keberkatannya? Aku bukan Tuhan nak tentukan pahala dosa orang tapi moleklah kome kome ambil masa untuk renung renungkan dan selamat beramal.
Dan rakyat Malaysia yang belum bertaubat termasuklah aku sendiri yang selalu komplen kenapa kita tade pemimpin sehebat Rasul SAW zaman sekarang.
Ingat ye, orang yang hidup zaman Nabi adalah Umar, Ali, Abu Bakr dan seterusnya. Manusia sehebat mereka, Maka Rasul SAW adalah pemimpin yang selayaknya untuk mereka.
Zaman Najib ni sapa orang di bawah beliau? Ya aku dan kau yang perangai macam saiton ni. Rakyat yang perangai macam saiton takkan melahirkan pemimpin seperti Umar Abd Aziz secara tiba tiba.
Dah la panjang pulak haaa. Terima kasih buat yang membaca. Assalamualaikum.
– Puan Su
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit