Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali terima kasih dekat Admin kalau memilih untuk post cerita ni. Maklum la isu yang aku nak sampaikan ni isu sentitif. Takut nanti ade orang yang „triggered“ lak. Haha dan aku harap post aku ni tak panjang sangat.
Kedua aku nak kenalkan sikit pasal diri aku. Nama aku Afiq (25) dan yes bukan nama sebenar. Aku baru habis study engineering dari salah sebuah negara Eropah dan alhamdulillah sekarang dapat kerja sebagai designer di sebuah syarikat di Petaling Jaya. Aku nak kongsi cerita aku dibuang oleh ayah sendiri atau englishnya ‘disown’.
Sebelum balik lagi aku dah hantar resume aku untuk keje kat satu syarikat ni kat PJ dan alhamdulillah dapat. Aku memang nak keje kat syarikat ni dan sebab dekat dengan rumah family aku kat Klang.
Jadi lepas setahun lebih tu dalam bulan 5 lepas mak aku dah kasi hint suruh aku kahwin. Part ni yang aku fail ni haha. Dia cakap since aku dah ada kereta, rumah dengan keje tunggu apa lagi. Lupa nak mention aku budak tajaan JPA so masa study dulu memang aku ni jenis suka saving even masa praktikal dengan buat thesis dengan company dapat duit pun aku save. Kawan2 aku semua jenis berjalan ber‘Eurotrip‘. Jadi bila balik je aku terus beli kereta second hand dalam RM15k macam tu sebab aku memang jenis tak suka berhutang. Kalau tak boleh elak macam rumah je aku hutang. Rumah pulak alhamdulillah aku tak beli lagi tapi aku sewa apartment sederhana harga dalam RM1K. Bukan anti sosial tapi nak personal space haha. Nanti stress lak bila housemate tak reti basuh pinggan semua. Aku ni jenis organized dengan pembersih. Makan pun aku prefer masak sendiri sebab dah biasa dulu duduk luar negara memang aku masak hari2. Gaji pulak alhamdulillah dalam RM6k lebih daripada cukup sebab aku ada elaun extra language lagi. And company aku keje lak mmg selalu deal dengan client dengan orang2 dari negara sana.
Sorry intro panjang, nanti pendek korang tak faham lak. Jadi bila mak aku asyik tanya aku bila nak bawak calon jumpa mak, aku mula stress. Nak kata tak confident pikat awek alhamdulillah la ramai cakap aku hensem dengan mulut manis lagi. Tapi aku ni sebenarnya…tak ada perasaan kat perempuan langsung tapi kat lelaki…jujur cakap gay. Okay okay aku taw part ni mesti ada yang dah ‘triggered’ kan. Please jangan suruh aku terjun bangunan ke pergi meninggal ke apa. Even aku suka lelaki tapi aku tak pernah ‘masuk’ orang dan orang pun tak pernah ‘masuk’ aku. Harap korang faham. Aku taw bende tu salah sangat dan aku tak nak kecewakan family aku. Tempat-tempat hiburan macam club ke apatah lagi. Even teman kawan pergi pusat karaoke pun aku tak selesa nak cepat balik. Aku tak taw sebab apa tapi dari kecil memang aku perasan aku lagi selalu tengok lelaki daripada perempuan. (tak semua lelaki aku usha eh so tak payah paranoid sangat haha.)
Kawan2 baik aku ada la 3-4 orang memang taw aku macam mana tapi diorang cool je. Jadi sebab diorang ni tak judge aku, aku assume apatah lagi parents aku kan. Lagi pun aku ni memang manja sikit dengan mak. Masalah adik beradik aku pun mak aku tanya pendapat aku. Aku pun dengan naifnya plan la nak bagitaw parents aku sebab bila aku terus terang dengan kawan aku dan dia okay, terus aku rasa tenang gila. Tapi aku blaja tinggi pun ni bende paling bodoh yang aku dah buat. Lama gak aku kumpul keberanian nak come clean depan parents aku nanti.
Jadi satu hari tu aku ajak diorang keluar makan luar. Masa tu ada parents aku dengan adik perempuan aku paling kecik umur 9 tahun. Yang lagi dua lelaki bawah aku kat asrama dengan kolej. Malam tu pulak la mak aku kasi hint lagi suruh kahwin dia cakap anak kawan sekolah lama dia (perempuan obviously) pun dah habis belajar dan tengah kerja. “kalau nak mak kenalkan boleh je fiq.” Macam tu la ayat dia malam tu. Aku rasa mak aku macam taw2 je aku ni macam mana haha maklum la naluri ibu kan. Masa jamuan raya pun kawan aku semua lelaki je. Aku pun letak garfu dengan pisau aku perlahan-lahan pastu aku cakap, “mak, ayah..sebenarnya… afiq ni tak ready nak kahwin lagi..” ayah aku dah berkerut dah time tu. Pastu aku sambung..“ afiq tak suka perempuan..” tak sempat aku explain sampai habis yang even aku ni gay pun tapi aku tak sexually aktif, ayah aku dah hentak meja kuat2, sampai air tertumpah. “Kau ni dah kenapa Afiq! Kau jangan nak malukan nama keluarga kita! Kau blah sekarang! Jangan balik rumah lagi!” aku ingat lagi ayat dia macam mana.
Btw ayah aku ni pegawai tentera darat. So korang taw la macam mana garang dgn tegasnya dia. Masa kecik tu hangar penyidai baju dah berapa banyak patah. Kalau petang2 tengok tv dengar kereta ayah balik kerja je semua macam lipas berselerak pura2 buat kerja rumah lipat baju ke apa. Bila mak panggil xde orang menyahut, ayah aku datang je tak payah cakap apa2, tenung je baru automatically badan boleh bergerak sendiri pergi kat mak.
Dan macam tu la ayah aku tenung aku malam tu. Mak pulak dah pegang ayah cuba nak tenangkan dia. Aku mula rasa cuak sebab dah ramai orang kat restoran pandang, aku cepat2 amik kunci kereta atas meja, masuk kereta terus drive. Otak aku dah x boleh fikir dah time tu. Taw2 masa kat traffic light je air mata aku turun, banyak pulak tu and dia tak nak berhenti. Rasa sebak tu tak payah cakap, makin aku fikir makin sakit rasa dia sampai aku tak boleh nak drive. Aku berhenti tepi jalan sambil menangis. Aku perasan ada call daripada mak aku tapi aku cepat2 reject lepas tu terus matikan phone.
Aku fikir nak balik rumah je masa tu. Aku duduk dekat PJ masa tu so lebih kurang 20 min jugak la drive. Sampai je rumah aku terus masuk bilik sambung menangis atas katil. Makin banyak memori yang aku ingat, makin deras air mata aku. Aku teringat masa kecik aku bila balik kampung selalu ikut ayah masuk dusun semua, tak pun time naik skooter dia hujung minggu pergi mall sebab aku nak sangat beli yoyo (superyoyo) masa tu dan bawak aku pergi kedai beli coklat waktu petang nak maghrib lepas dia balik keje sebab dia happy sangat aku dapat no 1 dalam kelas. Banyak lagi la kenangan aku ingat, jelas pulak tu macam baru berlaku semalam. Macam perempuan pun ada sebab aku memang boleh ingat detail-detail yang kecik dan lama tak macam lelaki lain. Tapi aku sumpah x lembut okay.
Memang tak tido aku malam tu, nasib baik weekend. Aku ni jenis yang suka overthinking sikit. Aku fikir sampai nak pindah je tempat lain mula hidup baru tukar no phone semua. Start fresh, duduk luar negara pun tak pe, focus kerjaya je. Macam2 perasaan ada. Sedih sebab kenapa Allah buat aku suka kat lelaki, kecewa dengan diri sendiri, malu dengan family aku. Aku dah la anak sulung, patut aku jadi contoh ni aku yang kelaut. Bila bende ni terjadi aku pun start jadi overprotective, tak sanggup nak hadapi kalau bende ni berlaku lagi. Aku kalau terbaca kat fb orang suruh golongan2 macam aku ni pergi mampus or patut kene rejam ke aku memang tak kisah. Tapi kalau orang yang aku sayang cakap macam tu, aku tak sanggup. Eventhough aku taw mak aku tak akan cakap macam tu. Tapi ayah aku dia direct sikit. Mak aku pulak akan slow talk sampai kau sedih. Tak kesian ke dekat mak…macam tu la ayat dia nanti.
Lepas subuh tu aku on balik phone, ada banyak whatsapp masuk daripada kawan2 termasuklah mak aku. Aku tak berani nak baca takut aku sedih lagi, so aku terus delete conversation tu. Aku just ternampak last msg tu je mak aku tulis „afiq jangan buat mak macam ni“. Bila baca je terus sebak balik, tak sure ‘jangan buat macam ni’ tu sebab aku ignore msg/call mak aku atau sebab aku suka lelaki.
Lepas sebulan macam tu baru aku tenang balik. Sebelum tu ada jugak tiap2 minggu mak aku call kerani mintak suruh sambung kat meja aku. Aku angkat je terus letak balik. Aku taw aku maybe da masuk kategori anak derhaka dah…Cuma aku memang tak taw langsung nak cakap macam mana dengan mak aku. Aku rasa aku lebih rela mati daripada tengok mak aku menangis sebab kecewa atau sedih dengan perbuatan aku. Lepas tu dia tak call dah. Aku rasa dia macam faham and nak kasi ruang kat aku. Masa kecik pun aku selalu merajuk kalau tak dapat mainan ke apa. Mak aku lambat amik aku tuisyen pun aku dah touching. 5 minit okay lagi tapi kalau 30 min aku dah nak nangis dah. Dia tak taw aku risau gila kalau apa2 jadi kat dia masa drive ke. Tu yang aku cakap aku memang selalu overthinking tu. Ayah aku? Kalau 9.30 habis tuisyen pukul 9.30 la dia datang. Tak lambat tak cepat. Askar la katakan.
Tapi lama2 aku give up. Nak macam ni dengan family sendiri, sampai bila kan? Aku tak nak nanti aku menyesal tak dapat berbaik dengan parents aku. Aku cuma contact dengan adik first aku je yang kat kolej tu. Dia belajar uitm shah alam so selalu la dia balik tiap2 minggu naik moto. Aku terkejut dia pernah tetiba datang rumah aku kat petaling jaya. Tapi dia cool je. Dia cakap dia dah lama taw sebab dulu kat rumah dia pernah check web history aku. Aku tanya dia, dia tak rasa marah atau geli ke. Dia cuma cakap aku still abg dia apa2 pun tapi dia ada la suruh aku try berubah. Dia cakap mak rindu kat aku. bila aku tanya pasal ayah, dia cakap kat rumah kalau sebut nama aku je terus dia diam jadi moody dan mak aku pernah ajak ayah nak pergi rumah aku tapi ayah tak kasi. Aku kasi nombor baru aku kat adik aku je tapi aku mintak dia janji jangan kasi taw mak atau ayah yang dia contact dengan aku.
Satu hari tu petang jumaat lepas balik masjid terus aku ajak kawan baik aku teman aku drive pergi klang. Aku cakap kat bos aku half day je. Hari jumaat kat kawasan perumahan parents aku tu ada pasar malam. Memang tiap2 jumaat la mak aku pergi dengan adik bongsu aku dalam pukul 6 petang macam tu. Ayah aku selalu pergi amik adik lelaki kedua aku dari asrama hari jumaat. Hari tu pun dia datang jugak tapi aku tak berani tegur aku just duduk dalam kereta je dari jauh. Aku dah taw kat mana dia selalu park so aku park jauh sikit. Bila nampak dia je terus aku sebak. Rindu pun ada. Dulu masa duduk oversea tiap2 minggu skype. Mak aku nampak kurus sikit daripada selalunya. Aku kasi kawan aku RM100 suruh dia beli daging sikit pastu yang lebih aku suruh dia cakap kat penjual tu sedekah kat orang lain sikit. Ada satu gerai je jual daging kat situ. Aku taw memang tiap2 minggu mak aku beli daging kat dia. Hopefully dia dapat la part yang penjual daging tu sedekah. Biar dia happy sikit. Aku nak bank in atau kirim kat sampul takut diorang tak nak terima duit aku. Mana taw diorang ingat duit aku kotor.
Aku kasi duit belanje kat adik first aku je so dia tak payah mintak kat parents aku lagi. Aku suruh dia cakap kat parents yang dia ada amik upah as runner. Haha tapi memang betul pun aku kadang2 suruh dia pergi topkan minyak kereta mak aku atau bawak pergi carwash so xde la tipu. Tiap2 minggu jugak aku pergi tengok mak aku kat pasar malam tu. Kalau hari ahad pulak selalunya ayah dengan mak aku akan pergi pasar tani shah alam dekat stadium melawati tu. Kalau adik first aku ikut sekali baru la aku pergi ‘stalk’ diorang so aku taw diorang kat mana and diorang tak terserempak dengan aku. Aku mampu tengok dari jauh je.
Sekarang dah bulan 12. Empat bulan jugak aku dapat tengok parents dengan adik aku dari jauh. Aku tak nak keruhkan keadaan. Aku nak tunggu hati ayah aku lembut dulu. Sebab aku hormat and sayang dia so aku tak nak dia rasa sakit or sedih lagi. Hari2 aku doa supaya dia dapat terima aku dan jugak aku hilang perasaan kat lelaki. Aku tak nak paksa diri aku kahwin dengan perempuan nanti takut aniaya dia pulak.
Aku pun tengah struggle dengan diri aku. Bila kawan2 keje tengah borak pastu ade topik pasal LGBT ni and diorang kecam golongan ni aku kat meja tu diam je tengok bawah atau minum air ke. Nak kecam sekali supaya diorang tak syak rasa hipokrit gila. Tapi aku dah banyak kali try berubah, still tersungkur jugak. Nak tukar kereta baru lagi senang rasanya daripada nak tukar perasaan supaya suka kat perempuan ni.
Tengok la macam mana..hopefully 2017 ni something good will happen.
~afiq~
– Afiq
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit