Tanya: Apa penyakit aku?

Salam. Admin tolong approve confession saya ni ye. Izinkan saya menggunakan perkataan “aku”. Okay nama aku Aida seorang pelajar tapi bukan IIUM ye. Huhu. Umur tak muda sangat dan tak tua sangat. Tujuan aku buat confession ni sebab aku nak cerita penyakit yang aku hidapi dan nak find out apa penyakit aku ni sebenarnya. Aku nak baca komen korang yang ada masalah macam aku. Atau ada kenalan- kenalan korang yang hadapi masalah macam aku ni. Dan aku nak tau jalan penyelesaiannya atau cara nak ubatinya. japgi aku cite apa penyakit aku ni. Untuk pengetahuan semua, aku dah gi check kat sebuah klinik sebanyak dua kali tapi masih tak dapat tau apa penyakit aku ni.
Doctor just bagi ubat then suruh balik berehat. Aku dah buntu weh. Tak tau nak ubati macamna since doctor pun buat tak tau je. Aku ada 3 masalah iaitu semput, suara rosak, dan cyst dalam breast.

Ok firstly aku nak cerita pasal masalah suara aku ni. Aku tak tau sama ada peti suara aku ni rosak ke apa. Dulu ok je tapi sejak dua tahun lepas suara aku jadi macam lain. Aku bukan gagap. Tapi suara aku tersekat-sekat. Aku tak boleh sebut sesuatu secara normal. Ni memang di luar kawalan aku. Contoh kalau aku nak sebut “saya” jadinya “sa’ya” , “apa” jadinya “a’pa” dan “curang” jadinya “cu’ang”..jadi macam bercakap sambil tersedu.Cuba korang sebut “a’pa” sambil tersedu. Haa mcmtu la. korang boleh tangkap tak apa maksud aku? Suara aku tersekat tak boleh sebut terus. Kadang-kadang ok boleh sebut lancar tapi selalunya memang akan tersekat macamni kat kerongkong aku. Aku dah buntu tak tau apa masalah aku. Paling teruk suara aku ni berlaku pada waktu pagi. Memang tak lepas langsung nak cakap apa. Even aku bunyi “hmm” pun jadi “ek’ em”..Then aku perasan, time aku semput suara aku memang sekat-sekat teruk. Hal ni dah susahkan urusan aku weh since benda ni mengganggu pertuturan aku. Dah jadi masalah untuk aku berkomunikasi sebab orang tak paham apa aku cakap. Dulu aku memang cakap banyak, tapi sejak suara aku macamni, aku dah malu nak bercakap dengan orang. Aku jadi pendiam dan kurang keyakinan. Aku jadi malu dengan suara aku yang macamni. Dah ramai tegur kenapa suara aku tersekat- sekat, tapi aku sendiri takda jawapan. Aku pun tak tau. Lagi malu kalau kawan-kawan aku ejek sebutan aku. Malu weh.aku pernah nangis sebab aku geram kenapa suara aku macamni sedangkan dulu normal. Cakap dekat doctor pun doctor just bagi ubat gastrik. Aku kuat sendawa dan sedu maybe sebab tu doc bagi ubat gastrik.

Ok bab semput pulak, Aku semput sejak dua tahun lepas jugak. Rasa macam ada batu atas dada aku. Kadang-kadang aku rasa macam saluran pernafasan aku sempit, rasa macam ada terlekat something kat kerongkong ni. Time semput memang aku jadi mengantuk. Menguap seratus kali lah jawapnya. Pastu kalau aku telan air liur, aku rasa macam ada ketulan kat kerongkong yang menghalang air liur turun . Aku memang selalu sakit tekak. Kalau aku kurang minum air lagi teruk sakitnya. Aku berjalan kaki dalam masa 5 minit pun dah semput. Tapi aku tak gemuk la. Huhu.. Berat maintain bawah 50kg .kikiki..

Kemudian bab cyst dalam breast, aku perasan cyst ni since form 5. Sekarang dah 22 tahun. Cyst ni dulu kecik kemudian dia membesar. Tak rasa sakit sangat pun. Cuma kadang-kadang rasa jugak sengal-sengal pedih-pedih especially lepas makan ikan bilis. Berdenyut – denyut je rasanya.ada orang cakap cyst berlaku sebab seseorang tu suka makan ayam. Aku ni jenis suka makan ayam la. Tiap-tiap hari aku makan ayam terutamanya chicken wing. Aku memang tak lalu nak makan lauk lain selain ayam. Maybe betul la kata orang tu kan. Dulu aku abaikan je sebab kurang kesedaran pasal penyakit berkaitan breast ni dan aku takut nak gi cek sebab malu dengan doctor a.k. a takut terima kenyataan yang aku ada penyakit tu. But then aku gi cek baru- baru ni.. Aku tetap tak bagi doctor (lelaki) pegang sebab aku memang malu sangat- sangat. Aku request nurse dia yang buat. Then nurse dia cakap cyst tu quite big ,almost 5cm. Aku dah mula gelabah dah. Doctor pun buat surat suruh aku gi rujuk hospital tapi sampai sekarang aku tak gi sebab takut. Dulu pun mak aku suspected breast cancer stage 2 tapi dia tak nak operate. Dia buat rawatan tradisional dan Alhamdulillah sembuh. Actually parent aku tak tau pun yang aku ada cyst. Aku tak nak dorang sedih. Aku berniat nak gi hospital tapi aku takut yang aku betul-betul ada cancer. Aku takut nak terima kenyataan tu. Aku student. Mana ada duit nak buat rawatan. Korang tolong la motivate aku sikit. Dan doakan supaya ni cyst biasa bukan cancer.

So sapa-sapa yang ada masalah sama macam aku ni. Sila komen ya. Bagi Motivasi kat aku sikit sebab aku dah rasa down sangat sangat memandangkan suara dah takda pastu ada cyst pulak. Aku tau soal penyakit tak boleh dipandang enteng. InsyaAllah nanti aku akan gi cek jugak. Thanks sebab sudi baca. Doakan kesihatan aku ya. Amin.

– Gadis melayu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit