Assalamualaikum semua. Aku nak cerita tentang suami isteri yang aku sewa bilik rumah dia orang masa awal kerja dulu. Semoga jadi pengajaran.
Aku bukan nak masuk campur hal keluarga dia masa aku duduk situ. Cuma aku hari-hari ada kat situ. Hari-hari berdepan dengan dia orang. Tak ada pun dia orang buka cerita dia atau mengadu, cuma terlalu obvious di depan mata aku. Aku tak pernah cerita kat orang lain pun, cuma aku rasa boleh sangat jadi pengajaran untuk kita kat sini.
Suami isteri ni ada 2 orang anak kecil lagi masa tu, bawah 4 tahun. Suami dia bekerja bidang profesional. Wife dia suri rumah dan ada juga pernah cuba buat bisnes sambilan tapi tak berapa jadi. Suami dia ni kalau ikut ciri-ciri idaman wanita malaya kaki novel belai jiwa, semua ada. Rupa pun ada. Couple handsome and cute. Selalu out of the blue dia bagi surprise bouquet coklat, masak untuk wife dia. Hari-hari mesti cakap I Love You. Hari-hari tak pernah miss hugs and kisses (ternampak… bukan dia orang acah-acah sweet. tak perasan pun aku tertengok). Tolong buat kerja rumah, lipat kain, basuh pinggan, mandi basuh berak anak. Bukakkan pintu kereta untuk wife dan anak. Tak pernah tinggi suara kat wife dan anak. Hormat orang tua dan kawan-kawan. Apa lagi yek? Senang cerita, apa yang seorang perempuan suka lelaki buat untuk dia, dia buat.
Cuma satu je dia belum cukup buat: bab AGAMA. Suami dia ni belum lagi jaga solat. Tak pernah bimbing bab agama. Walaupun dia tak ada ilmu, sepatutnya dia belajar atau bawak isteri dengan anak-anak pergi belajar ilmu agama. Aku nampak sebab dia ringan-ringankan agama ni, walaupun hubungan dia dengan isteri dan anak-anak baik, dia sering diuji dalam bab rezeki. Tapi aku rasa dia tak nampak yang rezeki dia sikit-sikit ditarik sebab dia ringankan agama untuk keluarga dia. Bukan aku saja nak nilai macam tu. Obvious sangat, dia orang sangat bahagia luaran, dalaman kosong. Mudah sangat rapuh, tak yakin dengan rezeki. Ini semua aku cakap berdasarkan pemerhatian dan tindakan dia orang.
Mungkin ada yang kata, isteri dia kena pujuk suami. Isteri dia pun bukanlah orang yang ada pendidikan agama yang tinggi tapi walau macam mana isteri dia kuat solat pun, dia ketua keluarga. Aku pernah dengar isteri dia minta suami dia solat, ajar dan ajak dia dan anak-anak solat, mengaji. Aku nampak, kalau isteri dia mintak benda lain (material) samada dia akan belikan atau bila dia tak dapat belikan, dia akan sungguh-sungguh minta maaf. Tapi bab solat ni, bila isteri dia minta, dia kata ok dan pernah buat tapi tak istiqamah. Tapi dia tak ada pulak sungguh-sungguh minta maaf. Aku bukan nak salahkan suami dia, cuma aku nampak dia bersungguh dengan duniawi, kenapa dia tak boleh sungguh nak buat at least solat.
Well, aku sedar yang aku walaupun menyewa, perkara ni jadi depan mata aku dan aku ada sedikit tanggungjawab di situ. Aku mulanya tak tahu macam mana nak start dan nak bagi dia orang faham. Aku bukan rapat sangat dengan dia orang sampai hal peribadi nak masuk campur, walaupun kami mesra, selalu di meja makan sama-sama. Apa yang aku dah cuba usahakan ialah setiap kali aku nak solat dan kebetulan aku tengah sembang dengan dia orang, aku inform aku nak solat. Just inform je. Lepas tu, ada sekali tu wife dia cakap kat aku. Dia ni solat belum cukup waktu. Kadang-kadang dia usaha, dia ajak suami dia. Tapi suami dia tak sungguh-sungguh. Dia pun jadi malas sebab tak ada geng. Aku bagi tips lah sikit macam mana nak ajak suami dia suka solat walaupun aku tak ada suami lagi hehehehehe. Aku bagitahu dia macam mana solat ni mempengaruhi kehidupan kita. Aku terfikir nak ajak dia solat sama-sama tapi bila aku ada kat rumah, mesti suami dia ada dan dia akan berkepit dengan suami dia. Seganlah aku nak ajak dia solat sama-sama. Suami dia pun tak ajak! Cuma kadang-kadang aku cakaplah, ‘Alamak, saya belum solat! Jom solat dulu!’ then aku nampak dia orang masuk bilik, tak tahu lah solat ke tidak.
Sekarang aku dah pindah tapi still keep in touch sekali sekala. Aku selalu bagi semangat je kat isteri dia. Aku pun bukan lah perfect sangat. Selalu lambat-lambat, masih nak belajar cepat-cepatkan. Aku selalu doa mudah-mudahan dia orang suami isteri dikurniakan hidayah. Aku tak nak apa-apa musibah besar Allah bagi kat dia orang, barulah dia orang nak jaga solat.
Pesanan aku untuk diri sendiri dan semua orang, jagalah solat. Solat ni tiang agama. Semua masalah berpunca daripada abaikan solat. Kalau solat dah abai, macam mana lah nak upgrade bacaan perbuatan masa untuk solat tu. Kemudian, tambahlah selalu ilmu agama ni. Walaupun dah tahu, kita kan manusia sering lupa. Kena sering diingatkan. Segan belajar di luar, dengar ceramah di internet, banyak sekarang ni. Ada kemusykilan yang tak ada kepastian sangat-sangat, pergi tanya kepada yang arif. Bukan sekadar google.
Kepada para suami dan bakal suami, kena masukkan matlamat utama dalam keluarga adalah semua ahli keluarga sekurang-kurangnya berjaya mendirikan solat 5 waktu. Lepas tu baru lah boleh upgrade yang lain-lain. Bukan sekadar sibuk jaga aurat orang lain, jaga dosa orang lain, dalam rumah sendiri tak terpelihara.
Kepada para isteri dan bakal isteri, membina rumahtangga bukanlah atas dasar cinta manusia je. Kena ada cinta Ilahi. Tak salah untuk berusaha mencari calon suami terbaik untuk membimbing kita walaupun kita serba kekurangan, lagilah perlu dibimbing. Isteri pun tak salah membimbing suami kerana kita dalam kenderaan yang sama menuju kebahagiaan.
Aku pernah dengar satu ceramah ustazah ni, iblis dan syaitan paling suka memporak perandakan pasangan suami isteri kerana daripada pasangan ni lah mereka mudah nak memecah belahkan masyarakat. Apabila peneraju keluarga pecah belah, maka anak-anak pun akan pecah belah. Lebih mudah puak syaitan nak hasut mereka untuk membentuk masyarakat yang tak harmoni dan penuh maksiat. Nauzubillahiminassyaitonirrajeem.
Kita kena ingat kita ni manusia, tak sempurna. Selalu ada kekurangan. Kena redha dengan kekurangan dan jangan jadikan ia alasan untuk duduk di takuk yang sama selama-lamanya. Kekurangan yang boleh dibaiki, kita usahakan untuk upgrade. Yang kekal, kita gali kelebihan daripadanya. Contohnya, aku rabun sangat tinggi. Bila pergi shopping complex, ada benda yang aku takut terbeli, aku bukak spek dan fokus pada jalan. Itulah kelebihan daripada kekurangan aku. Hahaha!
Ok sekian. Happy weekend.
– Zizi
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit