Assalamualaikum wbt. Saya harap sangat admin boleh approve confession saya ni. Semoga menjadi iktibar pada semua orang. Dan sekiranya ada dalam kalangan pembaca yang bersifat seperti housemate saya ni, moga diberi kesedaran melalu confession ni.
Dulu ada housemate saya bela arnab. Dia langsung tak pernah lepaskan arnab tu dari cage. Cage kecik je yang size untuk kitten tu.
Bekas minuman air arnab tu bocor. Jadi bila kita isi air, air akan habis dalam setengah hari. Dia langsung tak tukar botol tu. Bila cuti perayaan, dia tak peduli pon arnab tu minum ke tak, yela bayangkan setengah hari air dah habis sebab bocor. Habis tu hari ke 2-5 cuti tu dia kehausan? (dia tinggalkan makanan yang byk utk arnab tu)
Sebab saya baru pindah situ, jadi saya tak nak tegur dulu, sebab tak nak bergaduh. After lebih kurang 2 bulan duduk rumah tu, saya dan rakan sebilik mula ambil berat kebajikan arnab tu. Sebab terlalu kesian. Alas najis sangkar dia tak pernah basuh! Jadi rakan sebilik saya basuhkan.
Saya pula rajin temankan arnab ni main luar sangkar. Masa pertama kali saya lepaskan dia…saya menangis. Arnab tu tak boleh jalan! Mungkin sebab bertahun duduk dalam sangkar.
Dia cuba jalan, paksa diri dia jalan. Akhirnya dia boleh jalan dan melompat, walaupun agak menggigil dan slow.
One day, housemate saya nampak saya lepaskan arnab dia. Masa tu dia baru balik dari kerja. Muka dia tak happy, macam cemburu tengok arnab tu seronok melompat sana dan sini.
“Saya tak pernah lepaskan arnab ni,” tegur dia sambil senyum sinis pada saya. Dia terus jalan masuk dalam rumah. Langsung tak excited tengok arnab dia bebas. Sekurang-kurangnya berhenti lah sekejap, tengok arnab dia main kat halaman rumah tu.
“Saya pencinta haiwan,” dia pernah cakap pada saya masa first day saya pindah masuk rumah tu. Masa tu saya percaya. Sebab baru kenal beberapa minit. Dia pernah cerita, dulu dia bela kucing 5 ekor, kutip dari longkang. Tapi dia selalu outstation, jadi kucing tu terbiar. Last2, jiran india dia datang rumah, minta nak bela kucing2 dia. Dia bagi.
One day, arnab dia kena penyakit. Bulu2 gugur, nampak kulit dia. Bila saya beritahu dia suruh bawa pergi vet, dia cakap, “memang bulu arnab tu gugur setiap tahun, it is a seasonal occurence.”
Terkedu aku dgr jawapan dia. Pencinta haiwan? Self-proclaim. Kalau nak kata dia tak mampu untuk manjakan arnab dia, agak mustahil. Sebab dia seorang arkitek berjaya. Ada sebuah kondo. Ada kereta ford.
After 6 bulan aku duduk rumah serupa tong sampah tu (aku hari2 bersihkan, tapi housemate aku dan rakan bilik dia terlalu pengotor), aku give up jadi cleaner rumah tu dan pindah keluar.
Selepas aku pindah keluar, aku buat aduan pada jabatan haiwan. Reason kenapa aku tak buat aduan masa aku masih menghuni rumah tu adalah sebab aku tak nak bermasam muka. Rumah sebelum ni dah pernah bermasam muka jadi aku tak nak benda yang sama berulang. Tak best tau gaduh2. Aku tak update dah pasal arnab tu. Aku harap arnab tu diselamatkan dan di adopt oleh manusia yang baik.
Jangan claim diri anda pencinta haiwan, if all you do is feed the animal. Haiwan juga perlu kasih sayang dan perhatian kita, perlu tempat tinggal yang bersih dan selesa serta kebebasan.
Tak semestinya cederakan haiwan baru dianggap kejam, kau tak hiraukan dia pun sangat kejam. Kesian haiwan tu duduk dalam sangkar sekor2 tanpa teman. Duduk termenung setiap hari. Menunggu saat hembus nafas terakhir.
– Sayang Haiwan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit