Assalamualaikum.. terima kasih admin andai siarkan luahan aku.. Sebagai pengenalan,aku seorang wanita berusia 30an bekerjaya agak stabil dan telah berkahwin.. Sedikit perkongsian mengenai kisah mak saudara aku yang aku kira agak terlampau..Memandangkan aku terbaca confession mengenai saudara yang kepochi hari ni..
kisah aku mungkin sama, mungkin berlainan dari orang lain.. kisahnya bermula sejak aku kecil lagi.. ibu selalu mengadu dengan kami adik beradik bagaimana busuknya hati seorang kakaknya, iaitu mak saudara kami lah..ibu ada 7 orang adik beradik dan hanya dua orang adik beradik perempuan iaitu ibu dan kakaknya.. kakak ibu ni cantik orangnya.. ibu dan mak sedara aku ni berkulit putih tetapi ibu rendah dan gempal berbanding kakaknya yang tinggi dan cantik..sampai usia dah lanjut,masih terserlah kecantikkan kakak ibu ni..hal ini menyebabkan mak sedara menjadi sedikit sombong.. dia je la yang pandai jaga kecantikan sampai usia tua.. kami ni semua hodoh dan tak sihat pada pandangannya.. sebab hitam dan gempal..rendah plak tu..
mak sedara aku ibu tunggal dan mempunyai seorang anak..tinggal seorang di rumah di negeri yang berlainan namun berdekatan..jadi ibu dan ayah kami selalu melawatnya..maklumlah usia dah lanjut dan tinggal seorang..masalah mak sedara ni, mulut dan hatinya ketara busuk dalam kelembutan..hah..camne tu?? gaya percakapannya lembut sangat..namun sebenarnya boleh menyebabkan pergaduhan antara kami dalam keluarga..memang dari puluhan tahun dulu,keluarga kami antara anak beranak dan sepupu sepapat ni berantakan sebab mulut mak sedara ni..suka menyampai-nyampai cerita dan menokok tambah cerita..
yang paling terlampau, suka melaga-lagakan ahli keluarga.. suka besar-besarkan perkara kecil hingga memalukan kami.. banyak lah perkara hingga salah seorang mak sedara kami (ipar) taknak masuk campur lagi hal keluarga kami,dalam erti kata lain undurkan diri..
masa kecil kami adik beradik dihina serendah-rendahnya… begitu juga adik beradiknya yang lain sebab masa kami kecil, mak sedara ni kaya… adik beradik ibu yang lain,miskin dan anak ramai.. berlainan dengan mak sedara ni.. ibu sendiri pernah dihalau dan di maki hamun oleh mak sedara atas sebab tak puas hati..
bila kami sepupu-sepapat dewasa, masing-masing dah ada pekerjaan yang baik(Alhamdulillah).. mulalah dia kacau kami dengan cara melaga-lagakan kami, kononnya si A memewahkan mak sedara ni.. bagi hadiah mahal-mahal..makan yang mahal-mahal..klinik yang mahal-mahal kata dia.. tak macam aku dan adik beradik aku, nak bagi kerongsang pun kedekut… bukan kami tak bagi,hulur juga duit belanja tapi tak banyak la sebab kami dahulukan mak ayah kami.. mulanya termakan juga ‘lagaan mak sedara ni..sampai la satu ketika Allah gerakkan aku untuk bertanya, betul ke ko gitu gini dengan mak sedara ni.. jawapannya NO..TAKDE weyhhhh..! tipu je tu…
what the heck???
sebenarnya dah lama kami dok pendam sebab famili belah ibu ni,tak habis-habis pelbagai isu.. (solat jaga tapi bab mulut…masya Allah)..masa kami kecil memang tak faham..menjeruk rasa je la bila balikkampung.. asyik kena marah,asyik kena komplen..maklumlah miskin..yang miskin ni semua jahat.. plot twist bila kami semua dewasa dan ada life yang baik dan kerjaya yang stabil..dia dah tak hina kami tapi gunakan kami untuk dapatkan apa dia nak.. sebab now dia tak mampu dari segi kewangan..
oh ya, mak sedara ni dulu kaya, as mentioned before.. cakap nak UP je,bak kata orang zaman skang,cakap taknak jatuh..tapi Allah tarik harta kekayaan dia sikit demi sikit, perniagaannya bungkus… now zero.. sebab…kedekut ya amat.. berkira makan..last2 takde orang hiraukan dia hatta her ex husband..dengan kami ni pn nak berkira makan..padahal anak buah kan.. apa salahnya belanja sikit (time kaya tu lah)… act mak sedara ni keep on telling bout her money yang da ‘hilang’ tu…puluh ribu kata dia..
kami pun dah mula abaikan dia sebab dia still dengan mulut dia tu.. kami lebih happy tanpa dia.. kalau ada dia, mesti keadaan jadi bengang dan panas… sampai skang dia dok hina-hina orang terutama yang miskin.. sedangkan dia sendiri pun susah..makan minum dia orang tanggung..tapi langsung taknak ambil iktibar..kami just tanya khabar dan hulur sikit atas nama kesian.. walaupn tanda-tanda nak berubah tu macam jauh, kesian tetap ada dalam hati kami..cuma sedih sangat sebab mulut dia sentiasa melukakan hati kami.. cakap lembut tapi sarcasm,hurmm gitu la kot..duduk rumah orang,mulut komplen sana komplen sini..ada je tak kena di mata mak sedara ni..mulalah dia bukak story orang lain yang kononnya lebih baik dari kami.. takpe layan je… sakit hati tapi sabo aje ler…
masa aku baru-baru kawen dulu, tak ada pinggan mangkuk sangat..baru kawen kan..aku pun belum kerja lagi masa tu,tengah study..dia macam pelik amat..siap sedekah pinggan mangkuk yang dah buruk kat kami..kami guna weyh.. bukan dia punya pun…arwah atok dan nenek punya.. cerita pinggan mangkuk tu berkurun lah dia story.. haritu dah geram sangat aku cerita lah dengan adik aku yang baru kawen,pinggan mangkuk tak cukup juga.. “wei ko nak tak pinggan aku, banyak tu..aku dah beli berkotak-kotak jenama corelle..beribu aku habis duit..” terdiam mak sedara ni.. sengaja aku high volume supaya cerita pinggan mangkuk berakhir.. bukan apa, selain story berulang tu,dia suka komplen pemberian orang lain kepada dia.. contoh kain baju.. dia jaja kat orang kain tu tak selesa lah, trend lama la etc..yang bebenonya dia nak minta kat kita belikan yang baru..yang lebih cantik..memang taklah aku..dah maklum sangat pe’el dia…
sebenarnya aku perasan dia makin kesunyian dan a bit terdesak.. mulut dia asyik keluar story yang sama (tapi tipu jer).. kami layan je lah.. layan tapi tak bagi komen sebab boleh jadi gaduh kot kalau respon dengan ayat.. dengar je cukup.. kadang-kala timbul juga kejahatan dari aku..sengaja aku kuatkan suara cakap dengan ibu gaji dah masuk, RM4000…dia dengar mata terkulat-kulat..
hehehehe..ampun..adik-adik aku pun sama..bila dah sakit hati sangat..
kepada mak sedara aku ni, jomlah kita sama-sama jadi orang baik.. sudahlah menyindir dan komplen itu ini.. stop hina orang.. dosa dengan Allah boleh mohon ampun..dosa dengan manusia..yang bertahun-tahun tu..camne nak setel? pesan kat anak tu jangan nak berhipsturrr sangat deh..kata orang susah.. jangan hina orang susah..mana tahu akibat hinaan mu itu, dia bangkit jadi jutawan.. jangan menangis dibucu katil pulak..
terima kasih membaca..maaf tak reti nak karang ayat elok-elok.. mohon pandangan yang positif untuk kami nak hadap makcik ni hari-hari mendatang,agar kami tak respon dengan ayat-ayat puaka dari mulut kami..kami happy tanpa kehadirannya tapi itu mustahil..
~anak sedara terlampau stress
– Jezzebelle
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit