Assalamualaikum dan salam sejahtera. Thank you admin jika confession ni disiarkan. Kisah yang aku ingin sampaikan ni adalah tentang keluarga aku. Mungkin tak sehebat cerita Abang Mus. Aku akan berusaha untuk terangkan sebaik mungkin dan takkan ada sambungan. Oh yaa lupa nak perkenalkan diri, nama aku Zie (nama panggilan) ,perempuan and umur 20+. Dan sudah bekerja di sebuah syarikat terkemuka di Malaysia. Cerita aku bermula selepas arwah ayah aku meninggal sewaktu aku masih berumur 6 tahun , nak masuk darjah 1 (sedih jugak tak sempat bermanja dengan ayah *sob *sob * sob). Bila aku masuk darjah 1 perangai aku masih ok lagi berkawan bermain apa semua lah kan. Tak ada apa2 yang jadi. Masuk darjah 2 aku mula buat hal taknak pergi sekolah, pagi2 terkejar kejar mak aku suruh aku pergi sekolah. Darjah tiga pun sama and darjah 4 dan 5 aku tak sekolah. Haaa mesti korang terfikir kan yang aku ni seorang yang pemalas. No no no. Ada sebab dan puncanya. Dan puncanya datang daripada arwah ayah aku. Ni aku bukan nak bukak aib arwah ni aku sekadar berkongsi cerita yang berlaku pada diri aku sendiri. Arwah ayah aku dulu seorang peniaga buah-buahan. Bukan itu sahaja dia jugak seorang “pemakai” . Apa maksudnya “pemakai” tu , nanti aku bagitahu. Keturunan arwah ayah aku pulak bukan calang2 keturunan. Pasal keturunan inilah jugak aku “dimainkan” dengan teruk. Kenapa pulak aku cakp macam tu? Sabar ada penjelasannya. So aku buat mengikut urutan supaya korang senang faham.
1. Darjah 1-5 dan arwah ayahku “pemakai”….
Di atas aku dah terangkan pasal aku malas tak pergi sekolah dan tak sekolah langsung. Ok, let’s start the story. Sebenarnya waktu arwah ayah aku meninggal ,dia ada meninggalkan sesuatu yang boleh menjadikan sesiapa sahaja yang dekat dengan dia akan terkena sebab dia memakai perlindungan diri daripada makhluk lain. Maksudnya, dulukan arwah ayah aku seorang peniaga , bila dah berniaga nakkan laris betul tak , so arwah ayah aku ni gunakan “pelaris” untuk berniaga. Bukan itu je, banyak lagi yang dia gunakan untuk kepentingan waktu tu. Selepas dia meninggal, banyak la yang mak aku jumpa seperti keris, cincin yang ada batu permata, pisau , kain kuning dan lain-lain. Apa kaitan dengan aku tak sekolah? Ada! Kaitannya bila arwah meninggal, ‘benda’ tu mencari tuan baru dan aku yang masa itu masih kecil dan tak tahu apa yang jadi mangsa. Macam mana? Ok undur balik waktu aku darjah satu sebab aku boleh ingat apa yang jadi. Darjah 1 aku normal macam budak2 lain tak ada apa2 masalah. Cuma aku dah start perasan seorang ‘ kawan’ aku ni suka ikut aku ke mana2 and aku boleh bercakap dengan dia sebab hanya aku seorang je boleh nampak dia. Rupa dia kepala botak , baju lusuh ,gigi tering , dan mata merah. Dia membesar sekali dengan aku. Bila kat rumah aku hanya berkawan dengan dia pada waktu malam sebab siang hari aku ikut kawan2 sebenar aku bermain. FYI, dia lelaki. Sejak daripada tu aku mula rapat dengan ‘dia’ tanpa aku sedar kami membesar dan aku sayangkan dia walaupun waktu tu rata2 mak aku bawak aku pergi berubat. Setiap kali pergi berubat mesti ustaz atau bomoh cakap itu adalah saka dari arwah ayah aku, dan siap tanya aku macam mana bentuk dan rupa saka tu. And then benda ni berlarutan sampai aku terpaksa berhenti sekolah sebabnya aku akan mengantuk pada siang hari. Setiap malam start pukul 12 malam aku akan bermain dengan dia sampai pukul 5 pagi and lepas pukul 5 pagi aku akan tido. Setiap malam tu jugak aku akan nampak macam2 , bayang hitam, ular sawa besar sampai kadang2 aku akan menjerit kat mak aku sebab nampak ular. Mak aku memang tak tahu nak buat sebab dah biasa. Lepastu , setiap kali aku nak tidur akan ada satu lembaga tua yang akan datang dengan muka yang hodoh, rambut panjang dan baju putih seolah-olah ingin mencekik aku, sebab tu setiap kali aku hendak tidur aku akan selalu tutup muka walaupun aku tak suka tidur tutup muka. Pasal saka tu pulak aku boleh katakan yang muka dia handsome sebab sampai sekarang aku boleh rasa dan kadang2 boleh nampak dia, tapi aku buat tak endah je sebab aku tahu dia tak wujud di alam yang nyata. Dan alhamdulillah sekarang aku dah sihat , tak cakap sorang2 lagi , dan dah nampak pelik2 lagi. Cuma kesan benda ni pada aku , aku boleh rasa bila aku pergi mana2 tempat yang keras and bila aku rasa tak kena aku automatik akan jaga percakapan dan tingkah laku aku.
2. Ok masuk pasal keturunan aku pulak. Dalam aku duk sakit dulu, adalah 2 atau 3 orang ustaz tanya kau ni keturunan raja ke. And mak aku jawab yes. So ustaz2 ni bagitahu benda yang aku alami ni ada kaitan dengan keturunan kau. So ustaz tu minta la mak aku cerita serba sedikit. Mak aku cerita la yang arwah atuk aku iaitu ayah kepada arwah ayah aku mansuhkan panggil wan/tengku/ungku didepan pangkal nama anak2 dia sebab dia berpendapat yang keturunan raja ni susah untuk makan di rumah orang. Maksudnya bila pergi rumah orang, tuan rumah kena masak makanan yang sedap2 dan mewah2 , jadi sebab itulah pangkal nama tu dibuang. Actually aku kecewa jugak dengan arwah atuk aku. Sebab ustaz tu cakap nama aku sepatutnya ada pangkal nama wan/ tengku, tapi sebaiknya panggil tengku. Lepastu aku mula bertanya kisah keturunan sebelah arwah ayah aku dekat mak aku, banyak la jugak yang berkaitan dengan apa yang aku alami. Sampaikan aku nampak kain kuning terbang dalam rumah aku. Dan betul laa apa yang arwah atuk aku cakap pasal makanan tu, aku memang susah nak makan kalau tak kena dengan selera aku. Nak makan yang sedap and mewah je. Sampai sekarang mak aku panggil aku Ku. Bukan itu saja yang aku alami, pasal ilmu persilatan and ilmu berkaitan puteri2 ni ada kaitan dengan aku. Tok sedara sebelah mak aku pernah nak mengambil aku untuk menuntut ilmu dengan puteri gunung ledang, tapi mak aku tak bagi , sebab kakak aku dah menuntut , lagipun aku masih kecil lagi masa tu.
Rasanya itu saja yang aku ingin kongsi. Pengajaran nya disini , jangan membela atu menuntut sebarang ilmu kalau tak ada yang ingin mewarisinya. Akibatnya macam2 nanti seperti yang berlaku pada diri aku. Kalau yang ada keturunan pelik2 better korang selidik betul pasal keturunan korang yelah mana tahu ada yang perlu kita jaga ke yang perlu kita ambil tahu. Ok setakat ini saja , tq sebab sudi baca.
– Cik Tengku
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit