Puaka.
Assalamualaikum semua pembaca IIUM confession. Terima kasih admin sekiranya kisah ini terpilih untuk disiarkan. Puaka? Wow macam seram kan? Tapi ini puaka yang memang perangai manusia. Saya merupakan salah seorang budak Kolej Perubatan di Ipoh, Perak. Semasa dia semester 1, saya ditempatkan bersama dengan 3 orang rakan yang mana asal mereka dari Kuala Lumpur, Selatan tanah air dan seorang lagi dari Pantai Timur.
Puaka disini ialah dimana seorang roommate yg asalnya dari Pantai Timur memang sangat tak reti menjaga hati orang lain, celupar dan sebagainya. Post ini bukanlah bertujuan membuka aib sesiapa. Ini sekadar luahan perasan selepas beberapa tahun kenal pun perangai dia tetap sama and rasanya sedikit pun tak berubah kot.
Semasa di semester satu. Seorang roommate saya sanggup tukar bilik sebabnya tak tahan dengan si puaka ni. Bayangkan si puaka ni tak boleh tidur dalam keadaan lampu terbuka. And si ‘pindah bilik’ ni suka study sekitar jam 3 4 pagi. Memandangkan kami 3 orang dalam course yang sama and si ‘pindah bilik’ ni dalam course yang lain. So, segala test adalah dalam waktu yang berbeza. Bila si pindah bilik ni study. Esoknya si puaka ni akan bising-bising and cakap semalam tak dapat tidur dengan selesa sebab si pindah bilik ni nk study. Senang cerita org kena faham dia and dia takpayah faham orang pun.
Saya ada beberapa kali bermasam muka and gaduh sebab perangai dia. Tapi saya jugak yang mengalah walaupun salahnya datang dari dia. Disebabkan itu, tiap-tiap minggu saya akan balik rumah. Malas nk menghadap si puaka ni setiap masa.
Sambung. Lepas si pindah bilik ni memang pindah. Sedikit pun si puaka ni tak rasa bersalah. So puaka dia berterusan sampai habis semester satu. Sedikit makluman, di semester satu kami ditempatkan di asrama yang disedikan oleh pihak kolej.
Pada semester dua kami memilih untuk menyewa rumah. Dan saya sedikit lega bila mana si puaka ni memilih untuk tinggal bersama dengan classmate lain. Sebenarnya kesian kepada housemates baru dia tu. Tapi, ‘ah lantaklah’ dengan harapan dia berubah. Tapi harapan tinggal harapan. Lepas dia dah menyewa bersama dengan classmate lain. Perkara sama berlaku. Sampaikan si housemates puaka ni dua orang pindah masuk ke rumah sewa saya. Dasyat bukan? Tapi itulah manusia, sabar pun ada tahapnya.
Puaka si puaka ni bawak sampai ke kelas bagai. Sampaikan kalau lecturer buat test bagai. And kebetulan si puaka ni jawab salah. And kesalahan tu dia letakkan pada lecturer sebab buat soalan yang memang dia tak faham. Kadang-kadang saya cari jugak mana hormat n segan dia pada lecturer atau orang yang lagi tua. Tapi tak jumpa sampaikan dah habis belajar. Tak tahu lah kalau-kalau minda budak empat rata ni memang kurang satu markah pun terus nk jadi kurang ajar (bukan semua macam tu). Tapi si puaka ni memang akan jadi isu bagi dia.
Pengajian berlangsung dari semester ke semester. And perangai si puaka ni makin menjadi-jadi sampaikan dia terpaksa berkawan dengan orang yang memang pada awalnya dulu dikutuk-kutuk. Makin ramai menjauhkan diri. Saya pernah beberapa kali cuba untuk berbaik, jadi kawan. Tapi rasanya memang susah nak terus berkawan. Hati sentiasa luka. Dah cuba sehabis daya nak jadi seorang yang cekal hati. Tapi dengan si puaka ni memang tewas.
Lagi satu perangai si puaka ni yang saya perasan. Jangan sesiapa melebihi dari dia baik dari segi pelajaran dan kewangan. Nanti ada saja ayat puaka keluar dari mulut dia. Bagi saya, kalau awak pandai dan berkemampuan. Nikmati dan belajar bersyukur. Bukanlah berlawan sesama sendiri.
Dan sekarang sudah hampir 2016, saya tidak nampak lagi tanda-tanda si puaka ni hendak berubah atau sudah berubah. Malahnya makin lantang mengeji orang sana sini. Terbaru yang saya tahu, lebih kurang 3 bulan yang lalu. Dia ada mengeji seorang pelajar luar negara berkenaan penggunaan English. Sesiapa yang ada terbaca post berkenaan mesti dapat agak macam mana perangai si puaka ni.
Buat sesiapa yang membaca post ini (sekiranya disiarkan) dan memang tengah berkawan dengan si puaka ni. Kalau mampu berkawan, tahan. Tak mampu, cari kawan lain. Biarlah dia dengan dunia dia. Susah ditegur dan tak makan dek ajar.
Tapi buat awak si puaka,
Sebelum berkata, fikir dahulu. Tak semua orang akan bersetuju dengan kata-kata kita walaupun bergurau.
Jadi, kepada awak yang acah pandai, serba tahu, serba boleh. Tolong lah berubah untuk kesejahteraan diri sendiri. Jangan lah terlalu taksub dengan kepandaian sendiri. Gunakan nikmat yang Allah bagi sebaiknya. Mungkin harini awak mengeji orang. Tetapi esok lusa mungkin orang yang dikeji tu akan jadi kawan baik awak. Ataupun dapat tolong awak saat awak susah. Pada pengamatan saya, orang yang awak kutuk awal-awal dulu tu yang akhirnya jadi kawan baik awak kan? Kalau awak dapat fikir apa yang awak cakap tu boleh sakitkan hati orang ke tak lagi bagus. Tolong berfikir dan teruslah berfikir demi menjaga hati orang.
Buat kita semua. Sesiapa pun kita, apa pun pangkat dan jawatan kita. Kita masih memerlukan orang sekeliling untuk melancarkan hari-hari kita agar terus indah. Teruslah berbuat baik untuk orang yang selayaknya.
Sekian.
-Yinyin
– Yeen (mohon hidekan ya admin)
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit