Salam. Mohon admin approvekan explanation ni sebab aku tengok ramai betul kecam aku tak tentu hala. Aku nak jelaskan beberapa perkara sebelum korang terus bersangka buruk dengan orang yang macam aku ni.
Aku tak tahu apa imaginasi korang tentang kereta kancil tu sekarang. Mungkin dalam minda korang, terbayang sebiji kancil yang bumbung berkarat, pintu terkopak, lantai berkerak, kusyen berhabuk. Aku mungkin kedekut, tapi aku bukan pengotor okay. Ya, memang masa beli kancil tu dalam keadaan teruk sebab pernah eksiden, takde aircon, cat tanggal semua. Tapi, aku pomen kereta tu dari masa ke semasa. Daripada buruk, kancil tu walaupun tak secantik kereta berhias, aku pomen jadi kancil turbo beb. Enjin suma aku mod, exhaust sekali. Apa guna jadi engineer kalau kereta sendiri tak reti pomen? Ini semua aku buat sejak aku belajar lagi. Cat lengkap, warna apa, biarlah rahsia, cuma yang aku tak repair is air con. Kenapa? Ni nak cerita kenapa.
Dulu memang pernah repair aircon beb, tapi tak tahan lama, sebab pernah eksiden, jadi dia rosak balik. Oleh kerana time aku belajar universiti dulu aku tak banyak duit dan masa untuk pomen kancil tu, jadi aku biarkan je gitu. Aku tak nak hantar bengkel sebab aku tak suka orang sentuh kereta aku buat bukan2. Lepas study aku repair, ok kejap lepas tu rosak balik. Time dia rosak balik tu, aku baru dapat kerja, dan kereta kancil tu aku tinggal kat kampung sebab tempat kerja dengan rumah sewa aku tu dekat, aku naik bas je. Semenjak aku kerja aku tersangat sibuk dan langsung tak ada masa untuk diri sendiri. Apatah lagi nak repair aircon kancil tu. Jadi benda tu terbiar lama. Lepas aku jump career, aku pergi ambil balik kancil tu dari kampung bawak tempat kerja baru. Masa tu aku dah beli rumah, dan jarak antara ofis dan tempat kerja cuma 10 minit drive je. Jadi bayangkan aku keluar rumah 6.30 pagi, sampai sana 6.40, balik pukul 10 malam, sampai rumah 10.10. Dekat gila beb, aku bole sedut udara pagi dan udara malam. Kalau hujan aku masuk lambat, balik lambat, tak kisah sebab aku bos. Haha. Jadi aku decide aku malas nak betulkan aircon tu. Awek yang taknak naik kancil aircon ni sudah, korang pegi naik lrt. Bagi siapa2 yang kata kesian anak bini aku terseksa naik kancil lepas kahwin, bawak bertenang. Ingat aku takde hati perut ke biar keluarga aku seksa? Dah ada keperluan nanti barulah aku beli kereta yang sepadan. Sekarang belum ada keperluan lagi, kau beli kereta mahal pun service interest kat bank lagi banyak, buat apa? Kot2 aku tak kahwin lagi 10 tahun, kereta tu terbongkang gitu je. Dah ada anak nanti aku beli la model yang sesuai. Rilek sudah.
Bagi yang kutuk aku cakap kesian mak aku tu, meh aku cerita. Mak aku tak duduk kampung dah sebab dia duduk dengan kakak aku, maklumlah dia duduk sorang. Kakak aku belanja mak aku renovate rumah lama. Aku mula2 tak nak cerita sebab nanti orang kata aku berlagak, tapi untuk mak aku, aku belikan tanah dusun. Mak aku suka tanam2, so aku beli tanah dusun yang dah siap ada pokok buah semua. Tinggal kutip hasil je. Kalau balik kampung, mak aku balik dengan kakak aku je, dengan kereta laki dia. Kereta apa, biarlah rahsia. Tapi mak aku memang tak akan balik dengan aku sebab aku duduk jauh, itu pasal aku takde alasan nak beli kereta yang lagi selesa untuk mak aku sebab dia memang dah ada drebar. Lagi satu, kalau mak aku datang duduk dengan aku kadang2, aku hire teksi eksekutif atau drebar je. Aku pun kalau nak kena meeting jauh, ada drebar kampeni, kalau tak pun aku amik drebar bayar sendiri. Kenapa? Meh sini abang lan cerita.
Aku ni jenis nak tolong peniaga kecil. Contoh, dari aku bayar 2k sebulan kat bank dan contribute kat company besar untuk kereta yang aku jarang guna, baik aku amik drebar yang memang nak cari duit untuk sara hidup. Aku tak kisah bayar lebih sebab aku memang nak tolong orang cari rezeki. Makanan aku beli kat pasar beb, tak beli kat supermarket. Bukan sebab murah, sebab nak tolong peniaga kecil. Aku tak makan restoran mewah bukan sebab tak mampu, aku makan kedai2 kecik, warung2 je, sebab aku lagi suka. Kecuali kalau nak makan benda yang peniaga kecil tak jual, macam sushi, baru aku makan restoran. Itupun aku tak selera makan sebab perut aku lebih gemar makanan kampung.
Beli baju? Aku tak beli kat retail outlet branded2. Aku beli kain, aku hantar tailor, buat kemeja, suit, seluar semua. Jujur cakap, ada korang nampak tukang jahit banyak lagi zaman sekarang? Susah nak cari orang yang nak buat tailored suit macam dulu. Apa salahnya aku tolong diorang cari rezeki? Aku pakai baju tu lama sebab selesa. Bila ada masa nak cari kain baru buat baju, baru aku tukar baru, itupun kalau mak aku rajin tolong belikan sebab aku memang sibuk dan tak ada masa.
Dan yang bersangka buruk ingat aku pakai kasut berlubang tu, sebelum korang fikir buruk lagi, aku nak cakap kasut aku tak berlubang dan masih elok. Kasut aku tak kisah bayar mahal sebab aku fikir kualiti. Tapi aku tak bayar harga merepek ribu raban untuk kasut, sebab aku tahu threshold production price dan retail price beza macam mana. Aku akui kasut aku tak berkilat dan polished dan sungguh tak nampak brand new, TAPI, masih boleh berfungsi untuk protect kaki aku. Jadi, aku tak nampak sebab untuk cari kasut lain. Kalau kasut jumpa klien lain cerita, itu aku memang simpan, dan aku pakai kadang2. Sama juga macam beg, beg laptop aku bukan brand yang harga beratus2. Beg ni aku dapat hadiah cabutan bertuah masa company lama, ia masih berfungsi dengan baik. Memang nampak tak baru, tapi still berfungsi.
Sama jugak dengan semua benda aku beli. Tak kira gadget, perabot dan macam2 lagi benda lain. Aku beli perabot kat kedai perabot kecik, aku beli hiasan rumah semua daripada peniaga kecik, periuk tu kadang2 ada yang beli dari thailand sebab mak aku insist periuk kena macam2 saiz nak masak macam2 (korang tau lah mak2), semua beli dari peniaga kecik. Ada pun barang branded aku beli macam tefal, mesin basuh, atau tv, aku beli bukan sebab mahal, tapi sebab kualiti. Aku cuba untuk tak beli dari retailer atau outlet store sebab aku nak tolong peniaga yang nak cari makan. Aku x pernah tawar harga kalau beli dan aku tak kisah bayar lebih.
Tak bawak mak aku jalan2? Mak aku sampai dah bosan nak berjalan beb. Setiap kali aku ada business trip luar negara dulu2, aku bawak mak aku. Mak aku memang dah pergi haji dengan keluarga kakak, cuma aku belum ada kesempatan sebab masih sibuk. Aku kalau cuti aku cuti sekaligus sebulan macam tu, jadi aku dan kakak aku akan pergi family trip. Naik cruise ship? Duduk hotel 5 bintang? Semua mak aku dah merasa. Jadi jangan tuduh aku zalim dengan mak aku hanya kerana aku kedekut dengan diri sendiri.
Dan tentang bakal bini? Kenapa aku nak cari seorang yang tak kisah duduk bilik hotel Rm100? Sebab aku seorang backpacker. Aku bukanlah seorang luxury traveller sebab aku suka masuk ceruk2 kecil dan hidup macam local. Aku suka duduk homestay daripada hotel. Aku suka makanan local negara lain. Jadi aku nak seorang isteri yang share pengalaman backpacker ni dengan aku. Pasal anak jangan cerita lagi. Nanti aku explain kat bawah. Sekarang ni matlamat aku nak cari wanita yang bersederhana. Pasal beg lazada yang RM20 tu? Jangan ingat aku ni bakhil sangat nak letak harga maksima RM20 untuk beg yang bini aku nak. Maksud aku begini, aku nak perempuan yang bila dia beli sesuatu, dia pandai nilai kualiti daripada tengok brand. Aku bagi contoh, dia nak beli handbag. Ada handbag pleather di Lazada Rm20, design lebih kurang sama, ataupun mungkin fake version of beg Prada harga RM10k. Function sama, material sama, yang beza cuma setepek nama brand. Kau faham maksud aku? Contoh lagi, dia nak beli beg kat jusco harga Rm200, compare dengan kalau dia beli beg design sama tapi fake online material design suma sama harga Rm50, aku nak perempuan tu nilai mana lagi worth it. Jangan nak buat cerita beg mahal kualiti lagi bagus. Tolong la jangan tertipu dengan dakyah kapitalisme. Memang kadang2 kualiti mahal dan murah memang beza, tapi 80% daripadanya manufactured dengan cara yang sama. Material pun lebih kurang. Kau tengok seam beg mahal dengan murah, ada beza jauh ke? Kalau barang tu betul2 kualiti padan dengan harga, aku beli. Kalau tak, kau beli sendiri.
Yang kata duit banyak buat apa bukan boleh bawak masuk kubur? Duit aku kerja, lepas aku belanja mak aku sedara mara, aku simpan. Aku ada rumah 3 biji, cash lain aku buat term deposit dapan dividen setiap tahun. Jadi duit tu secara tak langsung akan grow walaupun aku tak usik. Aku buat apa? Aku beli tanah. Tanah dusun mak aku, tanah kampung dan tanah ladang. Tanah kampung tu andai kata aku ada anak, aku nak wariskan kat anak sorang satu. Kalau tak aku ada niat nak wakafkan buat sekolah ke apa ke. Matlamat aku nak bersara awal nak usahakan ladang tu. Duit aku simpan lagi untuk belanja belajar anak2 aku kalau ditakdirkan aku kahwin lah. Aku taknak anak aku ambik biasiswa atau loan, biar orang yang layak dan berkeperluan je ambil. Dan andai kata aku tak ada rezeki kahwin dan ada anak, aku dah niat nak tanggung sapa2 anak yatim yang nak melanjutkan pelajaran. Aku ada duit, aku tak treat diri sendiri sebab apa? Aku dapat kebahagiaan treat orang lain. Ini semua aku tak cerita kat sedara mara duit tu aku buat apa, sebab nanti kecoh diorang kenapa taknak tolong sedara mara sedangkan diorang semua bekerja dan bukan daif, mampu tanggung hidup sendiri. Yang tau semua ni? Mak aku. Kakak aku. Mak aku selalu pesan, kita hidup di atas ni selalulah pandang orang di bawah. Sebab tu dalam hidup aku seharian ni, aku tak mewah mewahkan hidup aku sebab aku tengok orang lain tak mampu. Aku ni tak dahagakan hidup mewah, jadi aku tak kisah hidup macam orang susah. Mana2 aku pergi aku pandang keliling, aku tengok orang lain susah payah meniaga, kerja kuat, semata2 untuk survive. Memang, aku tak belanja orang yang aku anggap dah ada kerja stabil dan ekonomi stabil macam kakak2 ofis atau saudara mara aku, sebab bagi aku diorang tu dah dikira senang. Aku belanja drebar, aku belanja cleaner, aku belanja siapa2 yang aku rasa hidup daif macam aku hidup dulu.
Takkan setiap benda baik aku buat aku nak cerita semua orang kan? Jadi apa yang mereka nampak cuma keburukan aku, betapa kedekutnya aku nak belanja makan orang satu ofis, betapa kedekutnya aku sampai tak nak tukar kereta baru. Orang yang judge aku akan menzalimi anak2 sebab berkira. Korang boleh fikir lah, aku manjakan habis mak aku dengan macam2, takkan aku tergamak nak biar anak bini aku kebulur makan nasi dengan garam? Yang aku nak capai ialah penghargaan untuk kesusahan macam aku dulu. Aku tak nak anak aku membesar macam anak orang kaya yang tipikal. Tak pernah susah, tak pernah tengok orang dibawah. Aku nak anak aku tengok dunia macam mana aku tengok dunia. Aku nak isteri yang faham idealisme ini. Aku takkan berat untuk berbelanja untuk isteri yang tau menilai kualiti macam mana aku nilai kualiti dan bijak berbelanja. Bukan hanya kerana kita mampu beli mahal, kita boleh sengaja beli mahal. Dan aku nak isteri yang ada niat sama tolong orang lain dan tak kisah untuk menderma. Aku tak tahu perempuan macam ni wujud lagi atau tak, tapi aku tak putus asa sebab mak aku pun macam ni sejak dulu. Harap2 korang doakan aku jumpa dia cepat sebab aku pun teringin nak bina keluarga. Haha!
Ok lah beb. Lepas ni jangan tuduh aku riak pulak cerita detail2 ni. Jangan bersangka buruk lagi ye. Salah silap harap dimaafi. Moh le kite berbaik2.
– Lan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit