Salam guys and curator iium. Thanks sebab approve confession aku ni. Aku harap orang ramai dapat bagi pandangan dan pendapat. Positif and negatif semua aku semua terima.
Okay lets we start. Aku seorang jejaka dari sebuah negeri di Pantai Timur and aku juga bekerja di sini dan H.Q nya terletak di ibu negeri. Aku telah ditempatkan di anak syarikat di salah sebuah daerah negeri ni. Dalam sebulan or dua bulan sekali, HQ aku ni akan buat meeting dan aku memang takde kereta lagi so aku di offer oleh seorang colleague aku untuk carpool, boleh jimat petrol katanya. So aku setuju lah. Lets call him Jai. So Jai ni ditempatkan di daerah lain tapi bersebelahan je, kami dah memang satu jalan so dia akan pick up aku sebelum gerak sekali.
Setiap kali ada meeting, memang dia akan ajak aku so aku no hal lah. The more the merrier. Tiap kali tu lah aku akan bagitahu kat dia yang aku jenis tak kisah kalau nak heret aku memana or ada plan tambahan setiap kali carpool. Common sense lah kan adat kita menumpang. Dia pun okay je. Ada jugak lah 2 3 kali dia ajak aku makan or tolong dia ambil stok barang sebab dia ada buat bisnes, aku pun chill je. Duit minyak semua aku tak pernah miss and aku akan belanja dia makan sebagai tanda berterima kasih.
Masalah aku bermula selepas dah 3 4 kali sesi carpool ni berjalan. One day macam biasa ada meeting aku mintak lah nak carpool and as usual aku bagitahu, kalau dia urusan lain bagitahu lah, aku boleh ikhtiar lain. Dan as usual jugak dia cakap takdek hal pape pun. So dia pun kutip lah aku and masa tu aku perasan dia macam dah warm dengan aku. Aku tak pikir papepun, maybe dia ada masalah. Tapi sepanjang meeting and perjlanan balik pun dia still sama padahal dengan orang lain dia ceria gembira je. Aku masa ni dah mula pikir lain but aku still sedapkan hati. And sesi carpool hari tu pun habis.
Aku ni bila dah Jai macam tu, aku sedar diri lah and ikhtiar transport sendiri. So Alhamdullilah dapat beli saga 4th hand. Tapi walau aku dah ada kereta sendiri, si Jai ni tetap insist nak aku carpool ngan dia sebab nak jimat duit petrol katanya. Aku pun pelik lah, dulu kemain tarik muka aku carpool sekarang gelepor nak ajak aku balik. So aku as anak jati bangsa pantai timur, memang berpegang teguh pada kata kata taknak tu n dia pun tak kisah. Dan si jai mulai hari tu dah dingin bak cuaca siberia ngan aku. So i was like, whatever dude. Tapi aku kenangkan dia pernah tolong aku, tetap interact macam normal. Memang terasa jugak sikit sebab kena macam ni kan.
Nak dijadikan cerita, suatu hari seorang colleague aku yang lain, lets call her Siti ni terbukak cerita kat aku yang si Jai ni tengah canang cerita pasal aku kat orang lain.
Dia cakap yang aku ni kerja menumpang orang je, malas usaha. Asyik menyusahkan dia kena pick up and hantar aku balik. And dia cerita lagi yang aku ni selalu merosakkan rancangan dia sebab asyik menumpang dia je. And macam macam lagi yang memang menjatuhkan nama baik aku. Aku bila dengar camni memang terkejut beruk lah sebab dia sepanjang aku carpool dengan dia tak pernah pun dia bersungut kat aku. (Kecuali yang last time dia tarik muka tapi tu pun dah last time aku carpool). Dan aku rasanya berjuta kali bagitahu kat dia kalau dia ada hal or masalah, bagitahu kat aku. Aku tak kisah. Tapi selalunya memang dia beria ria ajak aku macam takdek pape so aku assume memang no hal lah. Tapi pengakhirannya macam ni. And aku tersedar rupanya selama ni dia ajak aku carpool sebab nak jimatkan duit dia je. So bila aku dah berkereta sendiri, i was just a trash lah to him
Aku masa tu bercampur semua jenis perasaan. Marah, sedih, kecewa semua ada. Niat nak confront dengan dia tu ada tapi aku just let it go. Walaupun aku perasan yang layanan colleague2 aku yang lain kat aku dah berubah. Aku just set dalam minda aku, yang Allah tahu perkara sebenar. Biar busuk di pandangan manusia asalkan Allah tahu. Si Jai tu biarlah Allah uruskan. Aku dah maafkan dia sebab aku pun dapat rezeki offer kerja lain, aku taknak dia dibelenggu masalah lain disebabkan doa aku.
Akhir kata, kita kena berhati hati dengan orang sekeliling kita. Maybe depan macam bunga ros tapi belakang macam chicken crap flower. Dan peringatan juga pada semua, kalau ada tak puas hati or terasa hati ngan kawan, setel lah sesama sendiri and slow talk. Mana tahu member kau tu pun tak sedar kekhilafan dia macam aku ni, last last nama pun busuk. I is redha
So sorry lah kalau confession aku ni panjang or meleret. Ni just as a pengajaran pada semua orang. Ambik mana yang baik and tinggalkan yang buruk Have a nice day. Salam.
– Pak Atan yang ada kebun.
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit