Assalaamualaikum. Terima kasih admin kerana approve tulisan saya ini. Pertamanya, tulisan ini cumalah medan pandangan & pendapat peribadi saya. Dan harapnya tiada pihak yang menyalah erti atau berburuk sangka dgn persepsi saya ini. Juga saya mohon maaf andai tulisan ini mungkin mengguris hati mana2 pihak yg berkenaan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.
Ok baiklah. Kita teruskan. Jalan Dakwah & Tarbiyah Sentap. Umumnya saya simpulkan ianya adalah metodologi & fenomena yg kian menular hari ni. Semua arif tentangnya.Terutamanya metodologi ini digunapakai oleh ahli2 usrah/jemaah. Bahkan semakin ramai yg mnjdi pgikut badan2 ini dgn metodologi demikian. Sama ada di dalam Malaysia mahupun di luar Malaysia khususnya di kalangan mahasiswa & mahasiswi.
Baiklah. Dari pengamatan terhdap metodologi ini dalam beberapa tahun ni, saya kurang setuju dengannya. Kerana apa? saya melihat tujuan metodologi ini cuma menyuntik kesedaran kpd umat Islam sekaliannya untuk berhijrah & berubah. Benar, tujuannya baik & terpuji. Cumanya apa yg saya nampak, badan2 usrah/jemaah ini agak lari dari kepentingan dakwah yg lebih utama. Apa yg saya maksudkan mereka menyentap pendosa2 untuk berubah dgn menyampaikan amaran azab neraka & menyatakan ganjaran pahala & syurga.
Oleh itu kesannya, pemimpin & pengikut yg berjaya berubah sebenarnya masih jauh dari Allah. Apa maksud saya? Saya maksudkan apa yg saya lihat & bertemu dgn ahli2 usrah/jemaah sentap ni, rata2 tidak merasai kebersamaan Allah. Adapun mereka cumalah taqlid atau ikut ikutan meyakini Allah itu dekat bersama2 hamba2Nya berdasarkan dalil2 Al-quran & As Sunnah. Dalil itu kekal benar. Permasalahannya pada diri kita sendiri. Buta hati. Dan kerana itulah manusia yg dah berubah atau dalam proses mujahadah untuk berubah itu ibarat tin kosong.
Tin kosong selain bunyi yg kuat tanpa isi, tin kosong yg dimaksudkan adalah mudah kemek bila dilanda badai & musibah. Setiap ketikanya sedih. Bila tidak bersama atau berpisah sementara dari usrah /jemaah, mereka mudah rasa futur, down dan sbgainya. Ini lah tandanya bilamana mata hati sudah buta, tidak lagi merasai & memandang kebersamaan Allah itu. Kemanisan bersendiri bersama Allah itu belum dapat lg dirasai.
Dan kebenaran yg saya nampak tidak dinafikan ahli2 usrah/jemaah sentap ni mmg pndai berkata-kata. Dengan setiap kata2 mereka dibasahi dengan dalil2. Bagus untuk penyampaian luaran terhadap org awam. Namun, masih belum terkesan sampai kepada ruh. Fitrah & hakikat ruh sekalian hamba itu sgt rindu kepada penciptanya. Jadi penyampaian yg benar2 berkesan adalah seruan & penyampaian yg dpt memenuhi keperluan rindu itu. Bagaimana? Bukanlah dgn jalan sentap, tetapi dengan jalan ihsan. Carilah ahli2 ihsan disekeliling kita. Yg mana zikir2 mereka sudah sampai kpd ruh.
Permulaan utk zikir itu sampai kpd ruh adalah dengan jalan ikhlas. Bukan berubah atau beribadah menuju matlamat syurga & pahala. Tetapi menuju tuan empunya sekalian itu. Itulah mtlamat mutlak seorang hamba. Akhir kata, berhati2 dengan jalan metodologi yg kita jalani & tujuan yg kita tuju.
-hamba-
– hamba
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit