Keberkatan di Pejabat

Salam all.

Aku nak ceritakan based on my own observation pasal staf-staf kat tempat kerja aku ni so that benda yang baik boleh korang jadikan teladan, and mana yang buruk tu korang pandai-pandailah cuba improve. Kita ni manusia biasa, kadang-kadang kita terlupa yang kita ada banyak kekurangan dan seeloknya kita cuba nak perbaiki diri kita untuk pengiraan di akhirat kelak. Sape taknak masuk syurga kan?

Oklah, aku ni dikatakan agak pendiam gak la. Aku lebih banyak mendengar dari bersuara, so aku menjadi tempat mengadu untuk beberapa orang staf kat ofis aku ni, especially masalah peribadi diorang. Anak selalu sakit la, gaji bulan ni tak cukup nak bayar itu ini, isteri/suami tak layan elok-elok la, adik beradik selalu bergaduh la, etc. Tujuan aku post ni bukan nak aibkan sesiapa or buka rahsia sesiapa, tapi aku nak share yang kadang-kadang tindakan sesetengah orang yang tanpa diorang sedar tu menyebabkan apa yang diorang buat tu jadi tak berkat and Tuhan tarik rezeki dorang sikit-sikit. Tapi ni berdasarkan pendapat aku jela. You can agree to disagree with me.

Aku akan list kan kat bawah ni perkara-perkara yang korang boleh judge sendiri samada berkat ke tak berkat ye.

A) PARKING FOR DISABLED / FAMILY WITH YOUNG KIDS / PREGNANT WOMEN / SINGLE LADY DRIVERS

Nampak macam remeh kan? Ini bukan setakat kat shopping complex je, kat tempat kerja pun sama gak. Kat ofis aku ni ada disediakan parking untuk wanita mengandung, tapi aku nampak parking kat situ selalu penuh. Padahal staf-staf yang pregnant kat ofis ni bape kerat je. Aku even pernah nampak staf-staf laki plak tu yang park kat tempat parking tu. Kepada sesiapa yang buat camtu, aku sarankan hentikanlah.

Korang tau tak parking tu pon boleh dikatakan rezeki kat staf-staf yang mengandung tu? Apa perasaan korang kalau isteri/adik/kakak/mak/diri sendiri yang mengandung, sampai kat parking kereta kat ofis, tengok-tengok parking yang sepatutnya deserved untuk korang dah diambil oleh orang lain. Yang sihat walafiat dan cukup sifat pulak tu yang ambil.
Setengah pregnant ladies ada yang tak kisah parking jauh-jauh sebab diorang boleh banyak berjalan, so it will help them to easily deliver the babies later on, tapi camne pulak yang setengah lagi tu? Tak semua wanita mengandung ada kudrat nak jalan jauh-jauh kan. Kesian diorang.

B) KEBENARAN KELUAR PEJABAT / HALF DAY

Ofis aku ni dibenarkan untuk isi borang keluar pejabat kalau ada benda urgent yang kena settle during office hours, contoh macam pergi bank ke, nak gi uruskan anak ke, check-up kat klinik ke, etc. Borang kebenaran keluar pejabat tu membenarkan staf tu keluar maksimum 4 jam, kira dah half day gak la, tanpa ditolak dari annual leave diorang.

Aku faham sesetengah company lain kalau nak ambil half day akan ditolak dari kelayakan cuti tahunan staf tu, tapi company aku tak. Korang boleh isi sebanyak mana borang keluar pejabat tu dalam satu bulan, tapi boss kena sign setiap borang keluar pejabat tu.
Dan lagi satu, borang tu ada mention yang staf perlu menggantikan semula masa yang diambil untuk keluar pejabat tu. Let’s say kau isi borang keluar pejabat tu untuk kau keluar ofis selama 3 jam, then 3 jam yang kau dah ambil untuk keluar pejabat tu kau kena ganti balik ye.

Ramai staf kat ofis aku ni pandang sebelah mata je pasal hal ni, tapi tau tak yang tu pun menyebabkan gaji yang kau dapat tu tak berkat? Iyelah, korang patutnya dibayar gaji sebanyak RM xxxx untuk kerja dari 0.00 pagi hingga 0.00 petang, and ada sejam untuk lunch time.

Kalau kau asyik half day je and tak ganti balik waktu yang kau dah ambil untuk half day tu, lepas tu kau merungut gaji bulanan kau tak cukup la ape la, cuba kau fikirkan balik waktu kau ada kat ofis tu, berapa jam sebenarnya kau memang ada kat ofis, and buat tugasan ofis?

Tu belum mereka-mereka yang pergi sarapan pagi berjam-jam, lunch pun kalah waktu rehat penjawat awam masa hari Jumaat, siap ada minum petang lagi. Kalau dikira-kira, berapa jam sebenarnya masa kau dihabiskan kat ofis untuk selesaikan tugasan ofis kau? Haa, kau jawablah sendiri.

C) PERFORMANCE APPRAISAL (PA)

Ini perkara yang paling obvious aku nampak especially time-time akhir tahun macam sekarang ni. Time tu lah kau akan nampak staf-staf yang selama ni kau tak pernah nampak sepanjang tahun kau kat ofis tiba-tiba muncul kat ofis. Kau ingatkan staf baru, tapi staf tu sebenarnya lagi senior dari kau. Kau jugak akan nampak staf-staf yang kaki mengular and malas buat kerja akan jadi ter-amat sangat super rajin dan sanggup overtime tanpa dibayar gaji overtime. Yang selekeh pun akan jadi sangat handsome and lawa. Sebabnya, nak markah PA diorang kaw-kaw lah kan.

Staf-staf yang ada rupa and bossnya dari jantina yang lain akan menggunakan rupa paras diorang untuk membodek boss diorang. Segala jenis susuk akan dipakai untuk melariskan bodekan diorang tu.

Tapi, korang tau tak markah PA yang korang dapat kalau dari hasil dari bodekan dan gorengan tahap hangit tu sebenarnya tak berkat? Kalau kau staf yang berdedikasi tapi markah PA kau rendah takpelah. Kau kena ingat yang rezeki bukan datang dari markah PA tu je, tapi boleh datang dalam bentuk lain-lain. Contohnya sihat tubuh badan, mak ayah panjang umur, anak-anak dengar kata, ada rumah yang selesa dan selamat, kereta tak selalu buat hal/accident, nak buat sesuatu kerja dipermudahkan dan dapat diselesaikan dalam masa yang singkat, etc.

Ni staf yang kerja satu habuk pun tak buat tapi pandai ampu boss and dapat markah 150% out of 100%, korang pandai-pandailah fikir berkat ke tak rezeki korang dapat tu. Macam kat tempat aku ni kalau PA outstanding, dapat kenaikan gaji yang boleh dikatakan agak best, and dapat wang saguhati bernilai sebulan gaji pekerja yang dapat minimum wage. Kalau tiap-tiap tahun dapat PA outstanding, mana taknya kaya. Korang fikirlah sendiri.

D) STATIONERY DAN PENGGUNAAN PERALATAN PEJABAT
Yang ni pun aku perasan ramai staf kat ofis aku buat. Alat tulis request banyak-banyak kat staf Admin tapi alat tulis tu diambil untuk kegunaan peribadi contohnya jual balik kat orang luar ataupun bagi pada anak-anak.

Printing paper pun pakai printer colour tapi print benda-benda peribadi, print assignment anak, etc. Kertas A4 dan toner printer pun kadang-kadang kena sapu dengan sesetengah staf yang tiada tamadun ni. Memang sekarang ni dengan kegawatan ekonomi negara tapi matlamat tidak menghalalkan cara ye pembaca sekalian.

Telefon ofis digunakan untuk bergayut dengan member atau balak/awek. Penggunaan Internet di komputer pejabat digunakan untuk surf Facebook atau Youtube sepanjang sehari di ofis. Bape jam je kau spend masa kat ofis untuk buat tugasan ofis kau? Kau jawab sekarang.

Oklah, ini sahaja coretan aku untuk kali ini. Sebenarnya ada banyak lagi yang aku nak share tapi takpe sampai sini je dulu. Insha Allah kalau diberikan peluang untuk menulis lagi, aku akan tulis dan kongsi dengan korang semua.
Hidup ni sementara je, dan kita kalau boleh nak cuba kumpulkan sebanyak mungkin pahala untuk akhirat kelak. Aku pun bukanlah perfect, and aku pun cuba nak perbaiki diri aku ni. Mana yang baik aku cuba kongsikan dengan semua, mana yang jahat tu aku cuba elakkan.

Apa yang kita buat semua ni perlulah mendapat keberkatan dari Tuhan supaya dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Terima kasih pada korang yang sudi membaca post aku ni. Adios.

-Za

– Za

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit