Salam admin dan pembaca (kalau approve).
Confession aku simple saja. First of all, aku seorang wanita berkeluarga, dah 3-an dah pun. Kisah aku ni mungkin agak cliche bagi ramai orang. Tapi rasanya tak salah kalau kita ingatkan balik sebab benda simple ni kadang-kadang kita terlepas pandang.
Aku ada seorang abang yang juga dah berkeluarga. Masa mula-mula dia kawin dulu, aku tak berapa suka kak ipar(akak) aku ni. Sebabnya dia tak berapa mesra. Asal datang rumah parents aku je (masa tu aku belum kerja dan belum kawin) muka mesti tak ceria. muka penat dan letih. Alasan dia selalu mesti dia cakap penat keja dan mengantuk. Biasanya diorang datang waktu malam lepas keja. Diorang stay pun selang 2-3 pintu je dari rumah parents aku. Mula-mula aku pun faham la maybe dia penat, tapi lama-lama aku rasa macam dia takda effort pun nak mesra-mesra dengan family. Cubala ringankan sikit mulut tu berbual-bual, kalau tak dengan aku pun, dengan mak ayah aku tu ke. Takkan hampir setiap kali datang pun alasan penat keja. Mak aku pulak memang jenis cerewet, so memang dia ‘mengata’ la dengan perangai akak aku ni. Pernah aku tegur abang aku supaya tegur wife dia. abang aku senyum2 saja and kata nanti dia cakap dengan wife dia.
Abang aku ni memang jenis anak yang bertanggungjawab. So bila aku bgtau dia yang mak terasa dengan wife dia, mestila dia amik kisah. So tak lama lepas tu aku pun dah start keja, so aku jarang amik port pasal diorang dah sebab aku pun dh busy. Masa ni aku dh faham kenapa akak aku selalu penat. Yela, mana dengan nak fikir keja, balik nak tengok2 rumah lagi, masak, kemas dll. So lepas daritu aku dah tak kisah sangat dah kalau dia datang muka letih berat mulut semua tu. Still aku rasa dia kena la jaga juga airmuka bila jumpa orang tua tapi sebab dah lama dah kawin so pandai2la diorang. takkan asyik nak tegur je. Macam goody-goody sangat pulak dh aku ni.
Long story short lepas dah beberapa tahun jadi kak ipar, aku dh boleh geng dengan akak aku ni. Dia ni kalau dengan adik beradik, sembangnya boleh tahan jugak tapi tengok tajuk dengan timing jugak la. So conclusionnya aku rasa dia ni jenis moody jugak kot. Moody jenis pilih bila nak mesra hahahah. Tapi dia still tak boleh nak sembang2 dengan makayah aku macam dia sembang dengan adik beradik yang lain. Adik-beradik aku tak ramai pun, setakat 3 orang sj. aku anak no 2. Kadang2 bila dia datang rumah parents aku, aku still perasan dia tak cakap pun dengan mak aku. Mak aku pun memang tak berapa tegur dia. Bukan gaduh ke apa tapi dah memang jenis tak bercakap sesama sendiri dah diorang ni. Aku sebagai anak rasa tak best la tengok kakak ipar aku macam ni. Macam tak hormat orang tua pulak dah. Seriously memang dia tak kan cakap sepatah pun dengan mak aku. Aku kalau jumpa mentua, teruk2 pun tanya khabar, berbasa-basi la sikit. Orang tua2 ni, kita tegur je la sikit2. Tapi aku memang tak pernah tegur akak aku pasal ni, dekat abg aku pun aku pernah tegur sekali sj la yang dulu tu. Sebabnya aku rasa macam benda ni sangat sensitif dan tak tau macam mana nak tegur supaya diorang tak kecik hati atau terasa dengan teguran aku.
Baru2 ni, akak aku confess yang abg aku xsuka balik rumah parents dia(parents kak ipar). selalunya akak balik sorang sj sebab abg konon ada keja. Aku tak pernah tau hal ni sebab aku rasa kerap jugak dengar diorang balik kampung akak. Tak tau pulak yang kerap balik tu akak sj. So kat sini aku terkilan jugak dengan perangai abg aku. Aku tak sangka dia pun jenis xberapa nak hormat mentua (aku simpulkan sendiri je la benda ni dah memandangkan dia jarang ikut balik). Tak hormat kat sini bukan maksud biadap tapi tula, jarang jumpa, bila jumpa duk diam je tak reti bertanya khabar. Aku ckp dengan kak ipar, hal ni dia bincang dengan abg la, takkan aku nak masuk campur urusan rumah tangga diorang pulak. Dalam hati aku duk pikir nak cakap yang maybe kak ipar pun kena lebih rajin datang jenguk mak aku and tanya khabar jugak. Memang aku sendiri mak aku ni jenis yang cerewet and susah sikit nak hadap tapi layankan saja la…orang tua. Kadang bila datang tapi tak bercakap apa pun sama je dengan tak datang especially bagi orang tua2 la. Diorang ni kan sensitif sikit.
So kesimpulannya, kita yg muda2 ni, ingatla jugak benda simple dan mudah ni. Hormat orang tua especially ibubapa dan mentua kita. Kalau kita nak pasangan kita sayang parents kita macam parents sendiri, kita pun kena jugak sayang parents pasangan macam dia sayang parents dia. Give and take, hormat-menghormati. Orang tua2 ni memang cerewet and mulut pun kadang2 boleh tahan jugak hahah tapi kita takyah la nak ego sangat. Bebelan2 manja tu masuk telinga kiri keluar telinga kanan dahla. Takyah nak simpan dalam hati sangat. Yang penting diorang bukan stok2 macam ibu mertuaku dalam citer P.Ramlee tu. Sekian.
– leena
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit