Nenek Siapa Ni?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kalau confession ni disiarkan, terima kasih saya ucapkan kepada admin.

Beribu-ribu maaf kepada semua, izinkan saya bahasakan diri sebagai aku. Rasa lebih selesa menulis begitu sebab macam lebih dekat dengan pembaca.

Based on tajuk kat atas korang boleh teka yang post ni berkisar tentang seorang nenek. Yes, nenek aku, sebelah ibu. Sebelum tu aku bagi sedikit klu tentang latar belakang keluarga dan nenek aku supaya korang lebih faham jalan cerita. Nenek aku ni berumur kira-kira 99 ke 110 tahun. Apa yang aku boleh katakan, itu hanya anggaran. Sebab zaman dulu, orang tua-tua mana ada daftar kelahiran dalam tempoh seminggu macam kita. Nenek aku ni anak sulung. Dalam IC dia lahir 1917. Tapi menurut nenek aku, adik dia anak kedua, lahir tahun 1915. Adik dia adalah satu-satunya yang tahun lahir dia direkodkan dengan tepat sebab itu anak lelaki pertama dalam keluarga nenek aku. Jadinya, nenek aku mesti lahir lebih awal dari 1915. Katakan lah nenek aku lahir tahun 1914, umur nenek aku sekarang kiranya dah 102 tahun (kalau confession ni published before 2017).

Nenek aku ni kalau korang tengok dia, badan sihat, tak ada masalah kesihatan langsung. Tapi dia ada perangai yang aku sendiri tak faham. Tak tahu lah ada clinical term yang boleh explain perangai dia ni ke tidak.

Pertama, dia ni suka berpura-pura sakit. Part ni memang semak sikit lah sebab dia macam ada ADD. Nenek aku duduk dengan makcik aku sekarang. Tapi bila makcik aku busy, ibu aku yang jaga dia. Gilir-gilir. Nenek aku memang dengki dengan bapak aku (menantu dia). Dia tak boleh tengok ibu aku duduk makan dengan bapak aku, tolong sendukkan nasi, makan sekali. Pada dia, ibu aku sepatutnya bagi layanan macam tu kat dia sahaja. Kat bapak aku tak boleh. Habis dijaja cerita bapak aku mengada nak makan berteman dan sebagainya kat tetamu yang datang ke rumah makcik aku masa dia duduk dengan makcik aku. Padahal sebagai isteri, ibu aku wajib layan suami dia. Nenek aku ada anak lelaki lain. Tapi semua tak nak jaga disebabkan perangai dia. Suka cari salah anak menantu cucu, mengata hal orang tu jangan cakap lah. Benda yang tak ada, diadakan. Kau tak cakap apa, dia kata kau cakap dia macam-macam. Sedangkan kami semua layan dia elok je. Time makan, ajak makan sekali. Kalau dia buat perangai pura-pura sakit tak boleh bangun, ibu aku bawak makanan masuk bilik dia siap makan bersuap lagi. Aku tahu nenek aku buat-buat sakit sebab pegi ke klinik mana-mana pun, doctor kata nenek aku sehat walafiat. Darah tinggi takde, sakit jantung takde, diabetes apatah lagi. Sampai doctor cakap kat nenek aku sendiri yang dia memang sehat, tapi dia je fikir diri dia sakit. Pernah sekali tu bapak aku sakit teruk, ibu aku kena pimpin masuk toilet dan sebagainya. Nenek aku berjalan ke bilik ibu aku, nampak ibu aku dok papah bapak aku. Ibu aku perasan dia mengintai kat pintu. Tiba-tiba 5 minit lepas tu dia menjerit dari bilik dia suruh ibu aku datang dekat dia macam nak runtuh rumah. Bapak aku tengah dalam bilik air perlukan orang pegang, ibu aku terpaksa suruh bapak aku duduk dulu kat kerusi. Bila sampai kat nenek aku, dia cakap kat ibu aku, dia nak kencing. Tolong papah pegi bilik air. Ibu aku cakap tadi elok je mak berlajan. Dia cakap bila masa dia jalan? Dia sakit dok terbaring dari tadi. Ibu aku mmg pasti dia yang mengintai tadi sebab takde orang lain dalam rumah. Dia dah banyak kali kantoi berlakon konon tak larat nak bangun, tapi aku baru nampak dia berjalan lalu depan bilik aku. So, ibu aku mintak dia kencing dalam pampers dulu sebab bapak aku nk mandi. Terus nenek aku mengamuk, cakap bukan-bukan kat ibu aku anak derhaka lah, pentingkan suami dan sebagainya. ya Allah sedih aku dengar ibu aku cerita. Dia herdik macam-macam lah. Dia nak perhatian semua kat dia saje. Orang lain tak boleh curi limelight dia. Kalau kenduri ramai-ramai, sebolehnya dia nak baring tengah-tengah orang ramai, buat-buat sakit. Kalau kau lalu depan dia buat dek, dia akan bunyi macam menggelupur tak tahan sakit macam nak putus nyawa. Kalau kau layan dia, tak sampai 5 minit dia boleh bangun duduk menyandar borak dengan kau siap tanya gaji kau berapa, kerja apa, duduk mana dan sebagainya. Hampir semua anak cucu tahu perangai dia yang ni. Semua malas nak layan, sebabtu dia menjadi-jadi. Ibarat tantrum orang tua-tua lah.

Yang kedua, nenek aku kan dah tua. 100 lebih dah umur dia. Btw, adik dia yang kedua pun dah meninggal. Nenek aku ni keturunan macam sebelah siam macam tu. Dulu keluarga dia ada bela benda macam saka. So, pernah lah sekali tu dia macam jatuh sakit teruk 5 tahun lepas. Sampai macam mayat keadaan dia masa tu. Tapi masa tu memang betul dia sakit. First time aku tengok dia sakit betul-betul. Panggil ustaz semua datang, diorg kata nenek aku nazak dah ni. Kitorg kumpul semua adik beradik, baca yasin. Nenek aku makin teruk. Hospital pun suruh bawak balik je. Tiba-tiba satu hari tu dah seminggu dia macam jasad tak bernyawa, dia bangun macam biasa, macam takde apa-apa. Family kitorg bersyukurlah nenek aku dah okay. Seram tu toksah cakap lah. Tapi aku tak fikir sangat masa tu. Lama-lama aku perasan nenek aku ni dia macam roar macam bunyi binatang. Part ni aku tak tahu nak explain macam mana. Sebab bunyi. Bila dia bernafas, hela keluar nafas tu ada bunyi macam harimau atau singa macam tu. Slow je bunyi tu, tapi kau mesti boleh dengar. Macam hmrrrrrrr macam tu. Aku pulak naik takut. Sampai sekarang nenek aku bunyi macam tu. Tapi dengan certain orang je dia keluarkan bunyi tu. Orang-orang yang dia nak takutkan. Antaranya aku lah. Masa dia tengah marah pun dia akan bagi kau dengar dia marah macam singa. Ibu aku ada rujuk ustaz, berubat cara jauh sebab nenek aku memang tak kasi ustaz datang dekat dia. Dia macam tau-tau ibu aku mintak ustaz tu bacakan apa-apa kat dia. Jadi dia elakkan. Atau dia tenung ibu aku tanda marah and tak puas hati. Aku ada discuss dengan makcik lain, diorg cakap nenek aku mungkin dah terambil benda tu tanpa dia sedar. Tapi seriously kau tengok dia nampak sangat tua. Yelah sebab dah 100 lebih. Tapi dia masih kuat mengalahkan aku. Dia suka selerakkan barang-barang mak aku dalam stor. Mangkuk pinggan dan sebagainya. Kotak-kotak pinggan tu bukan ringan nak angkat. Dia boleh angkut sorang. Gila. Bila tanya dia tak pernah mengaku. Dia cakap dah memang kat bawah. Sedangkan ibu aku letak kat atas, tak pernah bawak turun kecuali kenduri. Pelik kan nenek aku ni. Gagah perkasa lain macam. Theory makcik aku, nenek aku ni maybe ada benda dalam badan dia. Ustaz pun kata nenek aku lain macam kalau perhatikan dia. Dia kata nenek aku macam ada pendinding or penunggu dok jaga. Susah nak tembus kalau baca jarak jauh. Dia boleh repel and protect diri dia. Lagi satu nenek aku ni dia macam suka sorok-sorok letak benda kat celah-celah almari, celah dapur ibu aku, kat stor. Kitorg banyak kali terkejut masa dok ushar dia buat kerja dia tu, lepas tu dia sergah dengan muka bengis mata nak terkeluar. Luruh jantung aku kejap sampai nak nanges. Setakat sekarang kitorg dok hantar-hantar ayat al Quran kat dia through ustaz tu, dia macam tahu. Siap berkias dengan ibu aku. Bukan mak tak tau kau dok jampi-jampi mak kan? Terkejut beruk ibu aku. So ibu aku sekarang baca Quran kat sebelah bilik nenek aku kalau time dia stay dengan kitorg. Magrib kang mula lah dia panas lah apa lah. Dia memang marah, tapi ibu aku baca jugak. Nanti dia tak tahan, dia mintak makcik aku datang ambik dia duduk sana pulak. Macam tu lah keadaan dia sampai sekarang. Seram aku bila fikir nenek aku ni macam tu.

Banyak lagi perangai dia yang kitorang dah tak tau nak buat macam mana. Layan pun dah layan, tak layan lagi dia buat perangai. Kalau nak cerita semua, 1001 malam pun memang tak habis. Tapi aku nak tanya, korang ade tak ahli keluarga yang macam nenek aku? Ke nenek aku normal je sebenarnya?

Aku naik biol memikirkan hal ni. Balik rumah ibu je memang aku seram kalau dia ada.

Thank you in advance untuk nasihat-nasihat korang.

– CC

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit