Aku Langgar Segala adat Melayu

Aku duk baca confession, byk betol kesah tak puas hati dgn hantaran2. Aku kawin mmg langgar habis segala adat melayu. Semua! Aku kawin tak plan.

Kesah dia cmni, aku kawin dgn lelaki bukan warganegara Malaysia. Sblum kawin kami pernah jumpa 3 kali je seumur hidup, itu pon dia dtg jual barang kat aku kat ofis. Pastu aku nak beli barang yg dia jual, dia dah tak kerja kat Malaysia. Tp beberapa bulan lepas tu, dia add kat FB, terus proposed kawin. Aku yg mmg sedia gatal merela ni, kata ‘ya’ lah pas tempoh seminggu, kasi can buat istikharah apa bagai. Dr time propose ke kawin lambat gaklah, lbh 2 tahun sbb banyak pancaroba dr segi kerja & family dia tak suka dia kawin dgn org bukan senegara. Cam dosa besarlah kawin dgn bangsa asing.

Tp nak dijadikan cerita, sebelum kawin aku p ke tengah lautan mencari rezeki, dan pulang ke darat hari jumaat, sbb bakal laki aku (skrg dah laki) kata dia boleh dtg Malaysia hari Sabtu. Maka masa hari Sabtu tu lah baru parents aku tau, aku plan nak kawin. Haaa mmg takde majlis bagailah yg di plan. Kesahnya sbnrnya nak buat paperwork utk kawin je. Sbb dia dtg Malaysia seminggu je. Tp Alhamdulillah dlm masa 3 hari, (Ahad, Isnin, Selasa) kami dapat selesaikan segala paperwork berkenaan sprt ujian HIV, imigresen, embassy, wisma putra, pemastautin bagai. Nsb aku dah p kursus kawin 5 tahun lepas sblum kawin, laki aku takyah sbb tak fhm bhs melayu. Rabu pagi dpt surat kebenaran pejabat agama, pas zohor rabu tu, terus nikah, hari kerja. Juru nikah mmg kami dah sound awal2 suh standby dr malam selasa. Rakan2 ofis dan sedara mara pon di inform malam selasa yg sama. Ramai lah trkejut, ada lettew yg sangka bukan2 tue, cm aku tak tau je korg. Haha.. Yg dtg pon org pencen n cuti bersalin je.

Masa kawin mas kawin (mahar) je dia kasi, dlm Euro lah tp. Hantaran duit takde, hantaran dulang yg glamor2 tu takde, Majlis besaran takde, photographer takde, pelamin takde, kad kawin takde, bunga telur takde, bridesmaid takde, kompang, silat, sesi karaoke, dan berbalas pantun lg lah takde. Mak bapak aku tak letak nilai sesen pon, laki aku bagi mahar ikut suka hati dia je. Yelah nak discuss byk2 payah sbb kena ckp English. Mak aku kebetulan kena denggi masa aku nak kawin, walaupon dia tak brapa setuju kawin pesen cmtu, tp dia tak berdaya nak ckp banyak akibat denggi. Bapak aku plak, on je, sbb dia dah meroyan aku tak brlaki2 and kata aku anak dara tua. Aku almost 29 masa kawin.

Bg aku hantaran tak mngambarkan lelaki tu kedekut or hidup kau akan senang ke tak. Mana aku nak sangka, dlm masa stahun lbh kawin, laki aku bayar semua balance loan rumah aku, smpai habis. Kira2 dlm 480k. (Dia bukan anak org kaya, infact org sebangsa dia pon taknak dia kawin dgn anak pmpuan dorg sbb dia ni dr keturunan miskin. Cuma rezeki dia earn dlm USD and simpanan dia dr beberapa tahun kerja). Dia kata riba’ tu haram, Allah perangi riba’ sbb tu dia gelabah bayarkan loan.

Kesimpulannya, apa kata kawin tu kita husnuzon je. Takyah nak judge duit hantaran tu mngambarkan laki tu kedekut or tak. Rezeki tu dtg dlm brmacam2 cara. Bukan duit hantaran je. Kau ingt sblum kawin aku trfikir dia nak byrkan loan? Loan rumah plak tu. Bukan personal loan yg 2-3k. Masa kawin aku tak tau pon dia ni ada duit ke tak, cuma aku tau kerja dia je. Masa kawin, rumah kereta bagai pon dia takde. Kereta pon baru beli semalam. Proton Persona je pon, Alhamdulillah kami happy dan aku mmg support Proton tegar. By the way, Allah tu adil. Smpai skrg hampir stahun stgh kawin aku takde anak lagi, walaupon rumah dah settle bayar. Kami long distance, jumpa selang 2-4 bln. Doakan ada rezeki anak utk kami.

Kesimpulannya, kecik jelah hal2 hantaran nih. Takyah kalut2lah. Niat kawin tu biar betul kerana Allah and nak ikut sunnah. Nikah, anak, membuka pintu rezeki. Sbb tu mmg janji Allah. Kalau rasa sempit/ susah itu adalah 1 ujian.

– Temah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit