Tinggal Solat Kerana Futsal

Assalamualaikum. Terpanggil utk menulis. Cerita ini dah lama. Tiba2 teringat sbb bila byk ustaz2 tegur pasal meremehkan solat. Memang betul dan tak nafikan mmg tejadi dikalangan masyarakat terutama muda remaja.

Saya merupakan salah sorg pemain ftsl sbuah ipta di Malaysia. Nak dijadikan cerita masa tu U sy ni menjadi tuan rumah liga ipt.

Team kami antara team cap ayam yg dibawa oleh sesorg yg ada nama dlm dunia futsal di Malaysia. Menggunakan pemain local u dan tanpa import pemain2 handalan mcm ipt2 yg lain. Coach kami memang bijak. Dengar dari kwn2 coach cerita, dia ada 3 buku taktikal yg di tulis oleh dia sendiri. tapi xpasti la betul ke tak.kalau yg cerita tu kaki kencing, hancing la pala kita semua.hehe..

okey.cerita meremehkan solat ni terjadi apabila kami dijadualkan utk bermain pada waktu magrib. tak silap sy game bermula dlm jam 7 mmg time magrib. setiap game 20+5+20=55 minit. Kalau diikutkan, 55 minit mmg sempat nak solat sbb biasa nya mgrib ke isyak dalam sejam lbh je kan.tapi nak main tournemnt kan,mestilah kena turun awl.kena panaskan badan,buat regangan dlu.

Kami sebagai tuan rmh, mmg tak dpt nak jamak la sbb kami menetap di sini. So masa game dijalankan, futsal ni biasanya keluar masuk pemain tu agak kerap kerana pemain dibenarkan keluar masuk tanpa had. Jd ada dikalangan pemain yg jenis jaga solat, masa dia keluar utk diganti player lain meminta kpd coach utk lari kejap ke surau utk solat. Tapi tidak dibenarkan. Saya tak tahu cerita nya, tp selepas dia cerita yg dia dah minta tp tidak dibenarkan. Terkejut sy sbb klau dilihat.coach nampak seperti org yg jaga solat. siap buat solat jemaah sama2 2,3 hari sblum game.Saya sempat lari sekejap tanpa minta dekat coach sbb sy bukan pemain yg sllu diturunkan. Kebetulan masa tu game dah masuk pusingan kalah mati. Dan harapan utk main tu mmg tak ada.

Saya cerita di sini bukan utk aib kan siapa2 pun. sy pun xberitahu ipta mana tahun bila kat mana.

Cuma di sini sy memikirkan mmg ramai org tak solat sbb dunia. ustaz2 cerita bukan cerita bohong, tapi realiti org skrg yg mmg rasa solat tu tak penting.

Kat sini saya tak salahkan coach 100%. Saya rasa kesalahan ni terbahagi kpd 3 pihak:

1. Penganjur – Boleh dikatakan futsal liga ipt ni di sertai oleh golongan melayu islam dan penganjur ada list nama dan boleh tgk muslim berapa ramai. Peratusan golongan non- muslim dlm satu pasukan sgt sedikit. team kami pun 100% muslim walaupun ada foreigner 2,3 org. Sepatutnya, game waktu magrib dilewatkan sedikit agar ada ruang utk pemain solat magrib.

2. Coach. Tanggungjawab sbgai muslim sgt penting. Di sini la juga boleh coach gunakan kebijaksaan dalam pengurusan taktikal klau coach boleg gilirkan pemain supaya sempat pergi solat tanpa ganggu perlawanan.Bukan taktikal utk mng semata2.Selain itu juga, boleh gunakan suara dan kuasa kamu untuk meminta kpd penganjur rehat antara 1st half dan 2nd half dipanjangkan sedikit supaya pemain boleh solat sebentar. Semua coach nak kan kemenangan tapi bila kamu halang org utk pergi solat.tkt dosa tu awk yg tanggung. Berat sgt dosa tinggal solat. x12 org.tak tau la berat mana.

3. Pemain. Sebagai muslim, kena la rasa solat tu tanggung jwb yg sgt penting sbb dia termasuk dlm rukun islam ke-2. tiang agama. Sepatutnya kena tegas sbb suruhan Allah lbh agung dari segala-galanya. Ni baru coach kata tak boleh sekali dah terus tak solat. Lemahnya iman pemuda skrg.

4. Diri saya sndiri. Saya pergi solat sendiri. Patutnya tggungjwb sy kena tegur apa yg slh. Tegur kwn2, Tegur coach. Bukan pentingkan diri. Semoga Allah ampunkan dosa sy sbb sy lalai utk meningatkan kwn2.

Sy tak kata sy baik, tapi ni pengalaman yg sy nk kongsikan utk renungan. Semua org memainkan peranan utk menghidupkan semula islam. Klau perkara dunia yg xpenting mcm futsal yg tak tentu dpt duit ke tak pun sggup tinggalkan solat. Klau sbb gaji, harta, periuk nasi tak tahu la kan.

Semoga kita semua diberi hidayah dan keampunan. Solat adalah tiang agama. Mcm mana Islam nak menang kalau taing tak ada. Ya saya yakin janji Allah Islam akan menang. Tp mustahil dgn umat yg lemah mcm kami. Kena la kuat mcm tentera al-fateh.

Wassalam. Terima kasih sudi membaca.supaya bermanfaat.

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit