Oh Pencuri !
Hai semua. Thankd admin kalau cerita nie diapprove.
Ok start dari sini aku intro dulu bagi korang semu senang faham. First aku pratikal di hotel dekat PD then disediakan hostel. Hostel die macam asrama satu bilik 8 org. Bilik aku ade tingkap dan ade jalan belakang tingkap tu (korang kena faham benda nie sbb die ade kaitan dgn cerita aku dkt bawah nanti) Bilik aku semua budak pratikal. 7 org tu semua dr geng yg sama then aku sorg je org luar dlm tu.
Cerita die bermula, baru 3 hari duduk sini dah ade kes kecurian. Ye ye tahu mmg normal la duduk hostel ade kecurian tapi kes nie macam misteri sikit. First bilik yg kena bilik aku. Time tido tgh malam si fatin ( bukan nama sebenar) cas hp die dekat tepi katil then bila bangun subuh tengok dah hilang. Time tu satu bilik tuduh aku curi sebab aku org luar. Kesian kan. Tapi aku biar berlalu pergi sebab aku tak buat. Then kehilangan hp tu senyap macam tu tanpa ade ape2 tindakan ( guard dtg buat spotcheck tapi tak jumpa) .
Senyap beberapa minggu muncul cerita baru bilik sebelah aku pulak kena curi. Kali nie kena curi duit. Banyak jugak la dlm rm200. Time nie masing2 dah ketakutan sebab kes berlarutan kan. Sma jugak spotcheck dibuat tapi tak jumpa jugak. Kes nie berlarutan setiap minggu and care die curi sama je. Utk hp time charge hp bangun pagi dah tak ade. Sepanjang kes nie berlaku tak pernah jumpa pon brg yang hilang and benda tu senyap je
Klimaks nya, satu hari tu aku kerja pagi balik dlm pukul 3ptg then terus tido. Time tgh tido tu tetiba pintu bilik aku diketuk dgn kuat. Jeng jeng.. Aku pon dlm sedar tak sedar buka la pintu. Korang tahu spe yg dtg? Guard dtg bgtau bilik sebelah ade kes curi duit rm250 dan semua locker dikopak dan brg2 semua selerak. Oh lupa jugak tilam dorg disimbah air ( tak sure air ape la ) Nie kira kes paling gempak la. Then guard masuk dlm bilik aku utk buat bual bicara dgn aku yg sedar tak sedar nie. Then guard pergi ke tingkap bilik aku utk tgk keadaan. Tetiba nampak kesan tampak kasut dan pisau dekat tepi tingkap. Lepas ambik gambar semua guard pon bla. Malam tu guard dtg bgtau pencuri tu masuk ikut bilik aku (pintu bilik aku berkunci) then panjat keluar ikut tingkap bilik aku lepastu panjat tingkap bilik sebelah ( korang faham tak nie). Dah malam sikit polis dtg semua and semua org atasan turun buat siasatan. Cap jari dgn bahan bukti semua kena ambik.
Oh ye sebelum tu jugak, barang aku jugak ade hilang macam duit dgn kad bank. Yg pelik lepas kes curi duit tu, esoknya budak bilik sebelah jumpa barang aku dlm bakul barang die. Then budak bilik aku jugak ade hilang hp sekali lagi. Time tu hp die charge tepi katil aku je dan malam tu aku tido lambat pukul 3am mcm tu tapi tak ade ape2 pon.
Kes nie sangat misteri sebab die curi tanpa kteorang sedar bila die mencuri. Waktu die mencuri pon tak dpt nak agak sebab siang atau malam pon boleh hilang tanpa sedar. Sampai ke hari nie kes nie jadi tanda tanya kteorang semua siape yg mencuri. Dan kes curi nie jadi bilik aku dgn bilik sebelah aku je. Setakat nie brg yg hilang handphone (6 biji) dan duit (rm800) dlm masa sebulan. Aku syak org yg curi nie dah kaya kot.
Terima kasih youalls sebab sudi baca cerita nie. Sorry kalau panjang dan tak menarik.
si muk
– si muk
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit