Salam. Hai nama aku Niia. Umur 26 thn. Dah kerja dan tinggal bersama mak ayah dan nenek aku. Abang abang aku semua dah kahwin dan tinggal di rumah sendiri. Aku nak berkongsi tentang nenek aku. Aku rasa mungkin semua orang tua sama sikap dengan nenek aku, dgn cerewetnya, suka membebel dan macam2 perangai lg lah. Tapi sikap nenek aku ni lain sangat dengan orang2 tua lain, mungkin lain orang lain perangai.
Aku cerita lah sikit latar belakang nenek aku. Nenek aku ni dah kematian suami hampir 30 tahun, sejak dari tu dia tinggal dgn anak2 yg belum kahwin. Bila anak2 dia semua dah kahwin, tinggal la dia sorang2 kt rumah tu,, sampailah mak aku pencen dan kami pindah balik kampung, then buat rumah sebelah rumah nenek. Bolehla buat peneman nenek. Nenek aku masa zaman muda2 jenis yg suka berjalan. Selalu ikut suami dia pindah2 negeri, sbb datuk aku dulu tentera. Kalau zaman sekarang ni kira kaki travel lah. Tak boleh bayang aku kalau zaman tu dah ada instagram, fesbuk semua, confirm nenek aku dah jadi ‘instafemes’. Tambah2 nenek aku suka berhias. Haaa segala fesyen saloma sarimah semua dia tahu. Hahah.
Tapi tu cerita masa dia muda dulu2 lah. Sekarang ni dia dh tua. Dah 85 tahun. Aku perhatikan nenek masih tak boleh ‘move on’ dengan kehidupan dia yg dulu. Maksud aku sekarang ni dia dah selalu sakit2. Bila dia sakit mula lah dia merintih2 dan mengadu kt kami kenapa dia jd mcm ni? kenapa dia sakit? kenapa dia susah? Bila dia tanya soalan ni kat mak aku, mak aku nasihatkan dia supaya selalu ingat Tuhan, ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Biasalah kan dunia berputar, masa tak boleh nk diundur dah. Semua orang akan lalui zaman muda, tua semua tu..tapi nenek aku mcm tak boleh nak terima. Entah. Aku pun tak faham apa yg ada dlm fikiran dia. Tiap2 hari dia akan merintih nasib dia. Mak ayah aku mampu dengar je la semua tu, sbb dh puas nasihat pun macam tu jugak perangai dia. Yg paling kecewa, nenek aku dia akan solat bila dia rasa nak solat je. Lain sgt dgn org2 tua yg sebaya ngn dia yg sllu pergi masjid, mengaji, berzikir. Aku rasa ni lah penyebab hati dia tak tenang. Selalu fikir tentang keburukan org lain.
Satu hal lg, nenek aku suka ‘bawa cerita’. Benda yg takde dia akan ada adakan. Kadang2 tu sampai anak menantu dia bergaduh. Anak2 dia sendiri pun ada yg sampai bermasam muka, dek percaya kan kata2 mak diorang. Aku bukanlah nak firnah dia ke apa, tapi mak aku sendiri yg cerita kat aku tentang perangai nenek. Mak aku kecewa dengan nenek. Tiap2 hari mak aku akan masak, then bg lauk kt nenek. Kira nenek tak payah masak dah dari pagi ke malam. Tapi nenek aku degil, dia nak masak sendiri. Kalau kami bg lauk ke beli apa2 kat dia, mmg dia akan komen..” tak sedapla benda nih..” “ benda basi kau bg kt aku..” then dia akan buang dlm tong smpah. Bila ada org datang melawat dia, dia akan mengadu katanya dia penat, kena masak sdiri la bla bla bla. Ya Allah. Mmg sakit hati bila dengar dia ckp mcm tu. Mak aku smpai nangis2 dah kecewa ngn mak dia.
Bukan mak aku je yg kena mcm tuh, anak2 perempuan nenek aku semua kena. Ada je yg dia tak puas hati. Nenek aku ni, aku perhatikan, dia akan sayang gila2 kt menantu perempuan dia, tp menantu lelaki semua dia nak buat musuh. Kalau pasal menantu perempuan, dia akan back up baek punya. Kau cakap lah bulan bintang pun, mmg dia tak percaya. Padahal dia tak tahu menantu2 ksygn dia tu semuanya hantu kt belakang dia. Bila dgn menantu lelaki semua dia akan lain. Bercakap pun mcm mahu tak mahu je padahal pakcik2 aku dan ayah aku ni semuanya rajin, baik dan boleh diharap. Tp layanan nenek aku dekat menantu lelaki dia dingin. Makan pun taknak semeja. Tiap2 hari ada je dengar dia membebel dan mengutuk dekat ayah dan pakcik2 aku. Dia akan baik bila dia nak mintak tolong ayah aku. Haritu dia nak mintak tlg ayah aku baiki paip umah dia, so pagi2 lg dah datang umah cari ayah aku dgn muka manis. Lepas ayah aku dah baiki semua, terima kasih pun takde. Haa takpe lah dah anak menantu dia sendiri jugak kan.
Sekarang ni sepupu aku pun dah jarang nak datang tidur umah nenek aku. Kalau dulu mmg seronok je tidur ramai2 ngn sepupu perempuan. Yerlah sekarang masing2 dh busy study, kerja ada komitmen sendiri..tp aku percaya sebab utama diorang dah malas nak dtg umah nenek adalah sikap nenek sdiri. Dah tiap tiap hari duk membebel..lepastu duk banding2 kan kau dengan anak si A,B,C sape tak stresss kan. Aku sendiri pun kalau pergi umah nenek tak boleh lama lama. Panas telinga panas hati semua ada. Kalau setakat bandingkan prestasi akademik aku boleh terima lg, ni dah smpai tahap paras rupa pun kena banding mmg pedih beb. Kami yg perempuan ni la selalu sgt kena bebel sbb kami tak kahwin lg. Dia kata kami tak laku. Ermm. Nenek ni dekat sepupu aku yg umur 16 tu pun dia dh cerita hal kahwin. Ko raseeee? Aku pernah tanya mcm ni dekat mak aku ..
“ mak, nenek dulu masa muda-muda jenis mcm mana eh? Mesti gedik kan? Mesti perasan hotstuff , sbb dia selalu cerita dia ramai peminat dulu..kan? ”
Dan soalan aku tu mak aku jawab dengan jelingan maut. Hahahaa
Okay lah setakat ni sj cerita aku. Di tahun baru ni, aku harap sangat sangat supaya Allah makbulkan doa kami, supaya nenek berubah. Selalu dekatkan diri kpd Nya. Kita tak tahu bila ajal menjemput. entah entah kita yg muda ni dulu dijemput pulang. Siapa tahu kan? Aku berharap nenek sempat bertaubat sebelum dia ‘pergi’. Korang yg baca ni pun tolong doakan juga ya. Masa aku tgh taip ni pun aku dengar sayup2 bunyi bising2 dari umah nenek. Ada la tu benda yg dia marahkan.
~niiaa
– niia
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit